Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, 11 October 2011

KONSEP KEADILAN DALAM ISLAM - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



ISLAM mewajibkan sikap adil dalam keluarga. Ketua keluarga yang disebut suami wajib berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap mekanisme berkeluarga, memberi nafkah kepada anak isteri dan mendidik mereka supaya menjadi orang yang baik. Maksudnya, manusia bukan sahaja wajib menunaikan keperluan asas, dalam masa yang sama wajib menunaikan keperluan rohani yang menjadi ciri hidup bagi seseorang manusia. Waris lelaki yang terdekat wajib mengambil alih menunaikan kewajipan apabila wanita tiada suami dengan sebab kematian, perceraian dan sebagainya. Di sinilah hikmahnya golongan lelaki mendapat bahagian sekali ganda daripada bahagian perempuan dalam pembahagian harta pusaka.

Islam mengizinkan poligami kerana menangani masalah masyarakat, dengan syarat wajib berlaku adil terhadap keluarga dalam semua urusan secara menyeluruh, meliputi isteri dan anak-anak. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berlaku adil atau zalim maka haram baginya berpoligami.

Allah menegaskan menerusi ayat 3 surah An Nisa' yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja".

Isu poligami menjadi sasaran musuh Islam dan mereka yang jahil dan sombong di kalangan umat Islam. Mereka sebenarnya mempertikaikan hukum Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil. Poligami adalah penyelesaian daripada Allah bagi menghadapi masalah masyarakat, jangan anggap ia semata-mata untuk memuaskan nafsu.

Peningkatan jumlah wanita daripada lelaki dengan kelahiran, bencana alam atau peperangan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Itulah penyelesaian daripada Allah dengan alasan wajib yang menjamin keadilan keluarga. Sesiapa yang melanggarnya, terimalah balasannya di dunia dan di akhirat. Pihak kerajaan juga wajib memantau masalah keluarga agar berlaku adil kerana keluarga adalah komponen masyarakat yang wajib keluarga dipelihara dengan baik dan saksama.

Hubungan kejiranan ditegaskan dengan kewajipan yang besar, sehingga kewajipan terhadap jiran digabungkan bersama beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata-kata yang baik atau diam".

Jiran perlu dimuliakan tanpa mengira agama yang dianut kerana Nabi Muhammad S.A.W sendiri memberi hak kejiranan kepada yang bukan Islam. Baginda bangun berdiri apabila jenazah seorang penganut agama Yahudi lalu di hadapan Baginda. Adalah berdosa apabila seseorang yang beriman membiarkan jirannya menderita kesusahan tanpa apa-apa pertolongan.

Dalam masyarakat generasi awal umat Islam, tidak wujud rumah kebajikan bagi orang tua dan anak yatim, kerana mereka tidak ada yang terbiar dalam kelompok masyarakat. Berlaku zalim terhadap anak yatim, ibu tunggal dan jiran adalah dosa besar. Kewajipan dan perintah ini dijaga oleh setiap masyarakat kerana takut berdosa.

Islam juga mewajibkan hubungan secara kemanusiaan, walaupun berbeza agama. Hak rakyat bukan Islam dalam Negara Islam hendaklah dijamin dengan seadil-adilnya, tanpa mengira kaya atau miskin. Penganut agama Islam diwajibkan membayar zakat bagi membela orang-orang yang memerlukan bantuan melalui zakat fitrah, zakat harta simpanan, zakat perniagaan, zakat pertanian, zakat ternakan dan lain-lain.

Penganut bukan Islam pula dikenakan bayaran jizyah (sumbangan diri), kharaj (daripada hasil pertanian) dan usyur (daripada perniagaan) dengan cara yang tidak zalim dan tidak membebankan. Seperti juga harta kutipan zakat, harta ini digunakan bagi membantu mereka yang susah. Jelasnya orang Islam dan bukan Islam tetap dikenakan bayaran. Perbezaannya ialah, amalan zakat bersifat ibadat dan aspek ibadat Islam tidak boleh dipaksa terhadap penganut bukan Islam.

Pada zaman Khalifah Umar berlaku peristiwa menarik, Abu Ubaidah bin Al Jarrah mengambil keputusan membatalkan bayaran jizyah daripada penduduk bukan Islam di wilayah Jordan dan wang yang sudah dipungut juga dipulangkan'semula. Tindakan ini dibuat kerana ancaman tentera Rom Timur menyebabkan kerajaan Islam tidak dapat menjamin keamanan penduduk bukan Islam.

Antara syarat mengambil jizyah, pemerintah hendaklah menjaga keselamatan rakyat dan hak-hak yang lain. Penduduk bukan Islam tersebut tidak mahu mengambil wang tersebut sebaliknya menegaskan mereka lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Mereka menyedari keadilan pemerintahan Islam dan kezaliman penjajah Rom Timur yang seagama dengan mereka.

Suatu ketika Khalifah Umar bertemu dengan seorang tua penganut agama Yahudi yang meminta sedekah. Peminta sedekah itu lalu dibawanya kepada pengawal Baitulmal dan meminta supaya diberi bantuan yang cukup kepadanya sehingga akhir hayat. Khalifah Umar berkata, "Alangkah tidak baiknya kerana kita mengambil bayaran jizyah pada masa muda dan sihatnya, kemudian kita biarkan dia apabila dia tua".

Institusi Kehakiman Teraju Utama Masyarakat Bersih & Adil

Institusi kehakiman adalah perkara penting bagi menegakkan keadilan sebenar dalam masyarakat secara praktikal. Undang-undang yang adil sekalipun, kadang-kadang menjadi tidak adil dengan sebab pelaksanaannya pincang. Hukum Islam yang dinyatakan oleh Allah Yang Maha Adil, dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasul yang bersifat adil perlu dilaksanakan dengan adil juga. Islam menetapkan cara yang menjamin dan mengukuhkan tegaknya keadilan dalam aspek kehakiman. Antaranya menetapkan pemisahan kuasa kehakiman daripada dipengaruhi oleh badan yang lain.

Syarat hakim, saksi, keterangan dan adab mahkamah dan hakim mestilah dengan cara yang jelas dan wajib. Mereka yang terlibat dalam bidang ini mestilah seseorang yang sanggup bertanggungjawab dengan Allah dan sesama manusia. Badan kehakiman adalah satu kewajipan yang ditetapkan oleh Al Quran, hadis Nabi Muhammad S.A.W dan ijma'. la termasuk dalam urusan ibadah, pemerintahan dan memikul amanah besar dalam Islam, walaupun ianya fardu kifayah.

Banyak ayat Al Quran yang mewajibkan melaksanaan hukum Allah dengan adil, disertakan dengan amalan Nabi Muhammad dan Para Sahabat.

Hukum yang berkait dengannya dan adab-adabnya, menjadi fardu ain kepada orang yang ditugaskan menjadi hakim.

Badan kehakiman diberi hak mengendalikan pertelingkahan dalam masyarakat dengan kebebasan yang tersendiri, tanpa diganggu oleh pihak yang lain. Nabi Muhammad sebagai Rasul pilihan Allah menjadi contoh yang ulung dan unggul, tidak menyalahgunakan haknya menjadi ketua negara apabila berlaku pertelingkahan antara manusia dan dalam banyak perkara.

Baginda S.A.W berjaya memisahkan kedudukannya sebagai ketua negara dan tidak mempengaruhi kehakiman dengan melantik orang lain menjadi hakim dalam perkara yang melibatkan peribadinya tanpa apa-apa gangguan. Keadaan ini menyebabkan orang Yahudi dan Musyrikin yang paling bermusuh dengan Islam berubah menjadi penganut dan sahabat yang setia. Mereka melihat keadilan Islam secara langsung terhadap diri mereka sendiri dan perkara ini tidak berlaku di kalangan mereka sebelum kedatangan Islam.

Sebelum wafat, ketika dalam keadaan uzur, Nabi Muhammad S.A.W. datang ke masjid. Setelah menunaikan solat, Baginda menyampaikan pidatonya yang berbunyi; "Sesiapa yang aku pernah jatuhkan maruahnya sila tampil untuk beritahu, supaya aku dihukum kerana menzalimi maruahnya. Sesiapa yang pernah aku zalimi hartanya, sila nyatakan, supaya aku boleh membayar gantinya. Sesiapa yang aku pernah pukul belakangnya, ini dia belakangku silalah balas ke atas belakangku ini".

Khalifah Umar bin Al Khattab pernah bertelingkah dengan seorang Arab Badwi selepas membeli kudanya. Beliau menyedari kuda itu cacat sewaktu menunggangnya dan ingin membatalkan pembelian. Khalifah Umar memulangkan kuda itu kepada tuannya dan meminta kembali harga yang dibayar, tetapi si Badwi itu menolak. Khalifah Umar tidak memaksanya tetapi menyerahkan hal ini kepada Badan Kehakiman supaya hak mengendalikan pertelingkahan dalam masyarakat dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan tanggungjawab, dengan kebebasan yang tersendiri, tanpa diganggu oleh pihak yang lain.

Generasi Sahabat yang awal menerima tarbiyah yang menanamkan iman, melahirkan takwa dan menjadikan mereka pemimpin yang paling berwibawa yang pernah dilahirkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W, bertindak dengan adil serta memantau badan kehakiman di semua peringkat perkara ini di hadapan Hakim Syuraih yang dilantiknya. Oleh kerana kecacatan berlaku di luar tempoh membatalkan jualan, Hakim Syuraih memutuskan jualan itu tidak boleh dibatalkan.

Menurut satu peristiwa lain, baju rantai besi kepunyaan Khalifah Ali hilang, tiba-tiba dijumpai berada di tangan seorang Yahudi kafir yang paling bermusuh dengan umat Islam. Khalifah Ali tidak merampasnya secara paksa, tetapi dibawa ke mahkamah. Apabila Khalifah Ali tidak dapat mengemukakan saksi, hakim tidak membenarkan baju rantai besi itu dirampas, sebaliknya diserahkan kepada Yahudi itu.

Setelah keluar dari mahkamah, lelaki Yahudi itu menghadap Khalifah Ali. Dia mengaku baju rantai besi itu sebenarnya kepunyaan Khalifah Ali, lalu menyerahkannya kepada khalifah dan berikrar masuk Islam kerana melihat keadilannya.

Kesemua cerita ini dan banyak lagi cerita sepertinya menunjukkan kerajaan Islam adalah kerajaan yang paling awal melaksanakan sistem pemisahan kuasa badan kehakiman daripada badan yang lain dalam kerajaan. Tujuannya bagi menegakkan keadilan dalam aspek perundangan.

Ini menunjukkan bahawa keadilan Islam dalam aspek kehakiman adalah menyeiuruh terhadap semua makhluk tanpa mengira anutan agama, pangkat dan kedudukan seseorang.

Keadilan Undang-Undang Islam

Nabi Muhammad adalah contoh umat yang terbaik, dilantik oleh Allah mengikut pilihan-Nya, ditarbiyah dan dikawal dengan sifat-sifat yang wajib pada diri-Nya. Benar, amanah, menyampaikan semua ajaran Allah, bersifat bijak dan terpelihara daripada melakukan kesalahan.

Sekiranya berlaku kesilapan juga, itu adalah kerana Allah ingin menunjukkan hikmah di sebaliknya dan dengan tujuan Allah ngin membetulkannya dengan wahyu dan sebagainya. Sesungguhnya Rasul itu memiliki sifat manusia, tetapi dikawal selia oleh Allah bagi menjadi contoh kepada orang lain. Melalui Nabi Muhammad S.A.W, Allah peringatkan manusia dan menunjukkan cara beramal dengan Al Quran.
Sesungguhnya Allah Taala menegaskan di dalam Surah An Nahl ayat 44 yang bermaksud, "(Kami utuskan Para Rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab suci (yang menjadi panduan); dan Kami pula turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan, 'supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya".

Penjelasan dan penerangan daripada Nabi Muhammad itu dinamakan hadis atau sunnah, ia menjadi pentafsir secara praktikal dan tepat.

Golongan yang menolak hadis adalah golongan yang sesat kerana bercanggah dengan kenyataan Al Quran sendiri, serta hakikat yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad yang mewajibkan para sahabat mengumpulkan hadis dengan amanah. Banyak perintah Al Quran yang tidak menyatakan cara amalannya seperti ibadat dan Iain-lain dan ini memerlukan penjelasan cara amalannya daripada Nabi Muhammad S.A.W.

Walaupun hadis yang banyak itu sudah bercampur dengan perkara-perkara yang tidak sihat dari segi kesahihannya, tetapi Allah Taala melahirkan para sarjana berwibawa lagi amanah daripada segi ilmu dan akhlaknya supaya dapat mengumpulkan semuanya dengan cermat dan bertanggungjawab. Mereka memilih dan menapis hadis tersebut dengan teliti berpandukan ilmu, amanah dan akhlak mereka Al Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka.

Mereka mengkaji dan meneliti semua hadis tersebut yang terkumpul di dalamnya segala ucapan, amalan, keputusan dan pengakuan Nabi Muhammad S.A.W dalam masa 23 tahun melaksanakan tugas menjadi Rasul.

Para sarjana juga merekodkan secara khusus hadis yang berkait dengan aspek cara hidup dari segi individu, keluarga, masyarakat dan negara, ini termasuklah bidang perundangan dan kehakiman bagi melaksanakan keadilan, selama tempoh pemerintahan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat di seluruh wilayah Islam pada zamannya.

Sehubungan itu, Allah menegaskan dalam Al Quran menerusi ayat 7 surah Al Hasyr maksudnya, "Apa-apa yang dibawa oleh Rasul, hendaklah kamu mengambilnya".

Apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah itu bukan sahaja apa yang disebut dalam Al Quran, tetapi termasuk juga perkara yang tidak disebut di dalamnya. Setiap orang di kalangan Khulafa' Rasyidin bertindak bertanya kepada Para Sahabat berkaitan tindakan Nabi Muhammad S.A.W apabila mereka tidak mendapatinya dalam Al Quran. Apabila pasti tidak ada maklumat, barulah mereka akan bertindak menceri penyelesaian dengan kebijak^naan tersendiri.

FAKTOR PENENTANGAN MANUSIA TERHADAP ALLAH


Para Ulama sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar. la dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan
yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.

Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah As Syams, Allah berfirman yang bermaksud, "Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenai) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)". 

Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu Al Quran mendedahkan bahawa penghuni neraka lebih ramai daripada penghuni syurga. Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan Baginda Nabi Muhammad S.A.W, menolak Al Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum-Nya.

Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah Taal selaku Pencipta mereka :

  1. Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.
  2. Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun ipian yang enam.
  3. Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta syurga dan neraka.
  4. Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.
  5. Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.
  6. Berputus asa daripada rahmat Allah (kasih sayang-Nya).
  7. Tidak mempercayai qada' dan qadar Allah malah mempertikainya.
  8. Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.
  9. Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).
  10. Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.
  11. Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.
  12. Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah Taala.
  13. Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.
  14. Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.
  15. Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.
  16. Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan Iain-lain.
  17. Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.
  18. Meninggalkan tugas utama amar ma'ruf dan nahi mungkar.


Apabila individu Muslim mampu mengelakkan diri daripada 18 perkara di atas, pasti mereka akan meniti kejayaan sebenar. Tidak ada seorang pun yang boleh mengagak bagaimana nasibnya pada masa akan datang, sama ada akan jadi baik atau sebaliknya, semua itu telah ditentukan Allah dalam aspek qada dan qadar yang telah ditetapkan-Nya. Walau bagaimanapun, manusia perlu berubah jika keadaan dirinya pada masa kini tidak memperlihatkan bahawa dia seorang yang baik malah menyanggah banyak hukum Allah Taala.


Friday, 4 March 2011

Menjawab 50 Soalan , Bertanya 1 Soalan


 

KISAH ABU YAZID AL-BUSTAMI

ILMU BENTENG PENYELAMAT DIRI


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan.   Tiga kali mimpinya itu berulang.  Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir.  Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi.  Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.  Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu.  Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh.  Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya.  Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Menjawab 50 soalan bertanya satu soalan

Ketua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu.  Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu.  Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah!  Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.  Kata Abu Yazid, "saya sudah jawab semua pertanyaan tuan.  Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?"
Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi,"

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.  "beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit."
Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya.  Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.
Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu.  Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju."

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu.  Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.

"bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH."  Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam.   Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini."

Semua paderi memeluk Islam 

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya. 
"Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar.  Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan.  Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi.  Saya hanya menunggu waktu."
"Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi.
"Dari ketua sebelum saya."  Jelas ketua paderi.
"Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar."  Sambung ketua paderi itu.
"Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!"

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.
Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut.  Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Bil
Pertanyaan Ketua Paderi
Jawapan Abu Yazid Al-Bustami
1. Yang satu tidak ada duanya Kewujudan Allah Maha Esa.  Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.
2. Yang dua tiada tiganya Malam dan siang.  Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.
3. Yang tiga tiada empatnya Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.
4. Yang empat tiada limanya Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5. Yang lima tiada enamnya Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.
6. Yang enam tiada tujuhnya Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi.  Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.
7. Yang tujuh tiada lapannya Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.
8. Yang lapan tiada sembilannya Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.
9. Yang sembilan tiada sepuluh Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.
10. Sepuluh yang sempurna Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya.  Itulah dia sepuluh yang sempurna.
11. Yang sebelas Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.
12. Yang dua belas Bilangan bulan dalam setahun.
13. Yang tiga belas Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci:  Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.  Jumlahnya  tiga belas.
14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.  Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala.  Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing.  Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.
15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta’ala ( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar.  Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya.  Lantaran itu mereka menduduki neraka.
16. Tempat roh dalam badan manusia Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.
17. Al Zariyati Zarwa Nama empat macam angin.
18. Al Hamilati Wakra Awan gemawan di dada langit.
19. Al Jariyati Yusra Perahu-perahu yang belayar di laut.
20. Al Mukassimati Amra Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.
21. Yang empat belas Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa.  Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."
22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam.  Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.
23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh. Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.
24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi. Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.
25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan. Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.
26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk. Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai
27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi. Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.
28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat. Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.
29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh. Tongkat Nabi Musa Alaihissalam
30. Wanita yang paling utama. Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.
31. Gunung yang paling utama Gunung Tursina
32. Binatang yang paling utama. Kuda.
33. Bulan yang paling utama. Bulan Ramadhan.
34. Malam yang paling utama. Lailatul Qadar.
35. Tentang Atta’mah Hari Kiamat.
36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan. Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari.  Lima itu ialah lima waktu solat 
37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.
38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu. Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut.  Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.
39. Nakir, fatil dan kitmir. Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.
40. Sabid dan Labad Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.
41. Sam dan Ram. Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.
42. Maksud keldai Makwak. Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.
43. Maksud anjing menyalak. Anjing menyalak bermaksud:  Awas!  Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.
44. Maksud jeritan kuda. Kuda menjerit bermaksud:  Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.
45. Maksud jeritan unta. Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.
46. Maksud nyanyian burung Bulbul. Nyanyian Bulbul bermaksud:  Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.
47. Maksud bunyi katak. Bunyi katak bermaksud:  Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.
48. Maksud kata-kata burung Nakus. Maksud kata-katanya:  Maha suci Allah sungguh-sungguh!  Wahai anak Adam!  Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.
49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat. Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih...
50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam                                        Jawapan : Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit

Saturday, 19 February 2011

Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa?


Al-Quran diturunkan kepada ummat Islam sebagai mukjizat kebesaran Nabi Muhammad s.a.w. yg penuh dengan pelbagai jenis ilmu dan rahsia yg terkandung di dalamnya yg perlu diterokai. Persoalan yg wujud di sini jika kita benar-benar meneliti isi kandungan dalam Al-Quran,banyak terdapat perkataan atau lafaz sumpah ( qasam ) yg diguna pakai.Semua lafaz qasam ini kepada siapa Allah tujukan dan mengapa?

Lafaz qasam yg terkandung di dalam Al-Quran ini sebenarnya Allah datangkan dengan berbagai bentuk sebagai untuk menegaskan dan meneguhkan kisah-kisah terdahulu dan lain-lain serta segala isi kandungan,kejadian atau amaran yg sudah dijanjikan oleh Allah akan berlaku satu masa akan datang nanti dan ajaran yg terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.Lazimnya lafaz sumpah yg terkandung dalam Al-Quran itu terdiri daripada 2 bentuk :

1 ) lafaz yg diturunkan dalam bentuk kisah-kisah umat terdahulu

Lafaz qasam seperti ini terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri yg Allah datangkan dalam bentuk kisah-kisah umat terdahulu dari kalangan para anbia.Contoh seperti firman Allah :


 
Demi Allah sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya

( Al-Anbia : 57 )

Dalam contoh yg lain dalam Al-Quran menceritakan tentang kaum kuffar Mekah sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan dan rasul : 
 

Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan,nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat- umat ( yang lain ).
( Fathir : 42 )


Bentuk lafaz qasam seperti ini memang banyak terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.
2 ) lafaz qasam yg digunakan oleh Allah s.w.t. sendiri
Merupakan satu bentuk sumpah yg Allah s.w.t. sendiri yg melafazkannya.Bentuk lafaz qasam seperti ini terbahagi kepada beberapa jenis :

i. qasam menggunakan isim dhamir ( المضمر )
Iaitu satu bentuk lafaz sumpah yg dibuang dan ia menunjukkan satu bentuk jawapan kepada sumpah tersebut dengan disertakan huruf lam.Contoh dalam firman Allah : 



Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.Dan ( juga ) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah,gangguan yang banyak yang menyakitkan hati
( Ali - Imran : 186 )

Melihat kepada ayat di atas,huruf lam itu merupakan huruf Lam qasam iaitu sebagai menjawab kepada sumpah yg dilafazkan.Akan tetapi lafaz qasam itu sudah dibuang atau dihazafkan dan takdir kepada ayat ini ialah : والله لتبلون ولتسمعن sebagai menjawab lafaz sumpah tersebut. Lafaz qasam wallahi ( والله ) dalam ayat dibuangkan.

ii. lafaz qasam secara zahir

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi dan terperinci tentang lafaz sumpah yg terkandung dalam Al-Quran,perlu kita ketahui dan fahami beberapa perkara terlebih dahulu.Bila menyebut tentang lafaz qasam yg digunakan dalam Al-Quran,kita perlu ketahui tentang beberapa perkataan yg berkaitan dengan qasam ini iaitu : ( القسم ) , ( الحلف ) , ( اليمين ).Ketiga-tiga kalimah ini membawa maksud sumpah tetapi mempunyai perbezaan maksud yg tersendiri dalam bahasa arab.
Kita cuba lihat satu persatu dengan lebih halus : 

1 ) القسم
Perkataan yg berasal dari ( قسم ) dan mengandungi makna yg tersendiri iaitu : pembahagian dan pengasingan.Di mana kalimah asal ini mempunyai banyak kata terbitan yg boleh diterbitkan. Antaranya : ( قسم ) iaitu dengan meletakkan tasydid atau syaddah pada huruf Sin yg membawa maksud banyak iaitu pembahagian dan pengasingan yg banyak.Contoh dalam firman Allah : 


Dan ( malaikat-malaikat ) yang membagi-bagi urusan
( Az-Zariyat : 4 )


2 ) الحلفPerkataan yg berasal dari ( حلف ) dan juga membawa maksud sumpah,perjanjian.Dalam bahasa arab perkataan ini jika disebut dengan baris yg beza membawa maksud yg berlainan dan berbeza. Jika disebut atau dibaca ( الحِلف )iaitu dengan baris kasrah pada huruf Ha,ia membawa maksud perjanjian di antara sesuatu kaum.Manakala ( الحلف ) yg dibaca dengan baris fathah pada huruf Ha,ia membawa maksud sumpah yg ini yg sedang kita cuba kupaskan dengan lebih terperinci lagi.Contoh dalam firman Allah :


Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina
( Al-Qalam : 10 )

Zamakhsyari mengatakan bahawa perkataan ( ح – ل – ف ) ini tidak pernah digunakan di dalam Al-Quran melainkan hanya untuk penegasan dan pengukuhan dengan sumpah.Di mana Zamakhsyari menegaskan bahawa sumpah dengan nama Allah.Seperti dalam contor bait syair :



3 ) اليمين
Perkataan ini tidak pernah ada di dalam Al-Quran melainkan dalam bentuk isim sahaja iaitu kata nama.Kalimah yg berasal dari ( يمن ) dan terdapat sedikit pertambahan huruf iaitu huruf Ya dan menjadi ( اليمين )atas wazan ( فعيل ).Perkataan ini sebenarnya mempunyai maksud dan makna yg banyak.Antaranya bermaksud : tangan kanan manusia,kekuatan,kemampuan, sumpah.

Kalimah ini terkandung di dalam Al-Quran dan digunakan dalam beberapa sighah iaitu :

i. Dalam bentuk mufrad iaitu tunggal ( يمين ) dalam sighah ( أيمن ) atas wazan أفعل dan keduanya dalam sighah ( ميمنة ) atas wazan مفعلة
ii. Perkataan ( يمين ) ini diulang sebanyak sembilan kali di dalam Al-Quran yg menunjukkan maksud pada tangan yg kanan dan kalimah ini hanya terdapat dalam bentuk mufrad sahaja.Firman Allah :

Lalu dihadapinya berhala-berhala itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya ( dengan kuat)
( As-Saffat : 93 ) 


Perkataan ini juga mengandungi maksud tangan kanan yg di sandarkan kepada Allah.Firman Allah : 



dan langit digulung dengan tangan kananNya
( Az-Zumar : 67 )


Dalam ayat ini yg dimaksudkan dengan tangan kanan Allah itu ialah satu gambaran tentang kebesaran dan kekuasaan Allah pada hari kiamat dan Dialah yg maha berkuasa pada hari kiamat nanti.

iii. Perkataan ( يمين ) diulang sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dalam bentuk lafaz mufrad dan jamak yg membawa maksud arah dari kanan.Dan arah kanan yg dimaksudkan di sini ialah arah yg betul.Firman Allah : 


Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit,condong dari gua mereka ke sebelah kanan
( Al-Kahfi : 7 ) 


Selain itu juga,ia membawa maksud yg lain iaitu martabat kemuliaan.Dalam firman Allah :



Dan golongan kanan,alangkah bahagianya golongan kanan itu
( Al-Waqia’ah : 27 )

iv. Perkataan ( الميمنة ) yg terdapat di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali membawa maksud martabat kemuliaan dan kebahagiaan 

v. Perkataan ( يمين ) ini juga terkandung di dalam Al-Quran yg mengandungi maksud asal sumpah itu.Firman Allah : 



Dan ( jika ada ) orang-orang yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka,maka berilah kepada mereka bahagiannya.Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.
( An-Nisa : 33 )


Begitulah serba sedikit yg perlu kita ketahui dan fahami terlebih dahulu tentang tiga perkataan ini dimana sebenarnya ketiga-tiga kalimah ini memang terkandung di dalam Al-Quran dalam berbagai konteks penggunaan.Kita cuba lebih terperinci lagi berkaitan dengan qasam ini.Jika di lihat di dalam Al-Quran itu sendiri sebenarnya terdapat beberapa bentuk lafaz qasam yg Allah s.w.t. gunakan dalam beberapa tempat.Antaranya :

1 ) Sumpah Allah s.w.t. dengan zat dan sifat Allah

Kita boleh melihat dengan jelas lafaz sumpahan ini dalam firman Allah s.w.t. terhadap golongan munafik :



Maka demi Tuhanmu,mereka ( pada hakikatnya ) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan,kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan,dan mereka menerima dengan sepenuhnya.
( An-Nisa : 65 )


Di sini kita dapat lihat satu bentuk atau satu konteks qasam yg Allah s.w.t. lontarkan kepada golongan munafik yg sudah sememang pada hakikatnya mereka tidak beriman kepada Allah. Dalam ayat ini Allah s.w.t. bersumpah dengan zat dan sifatNya terhadap munafik di mana kaum munafik ini mereka tidak akan beriman kepada Allah sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menjadi hakim di kalangan mereka dan menghakimi dalam segala perkara yg benar dan batil. 

Dalam konteks situasi yg lain boleh kita lihat :

Demi Tuhanmu,sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan
( Maryam : 68 ) 


Dalam ayat ini terang dapat kita lihat bagaimana Allah s.w.t. bersumpah dengan zat dan sifatNya yg maha agung dimana Allah akan bangkitkan dan menghimpunkan semua manusia pada hari kebangkitan iaitu hari kiamat bersama semua syaitan yg mana mereka menyembah selain dari Allah.Contoh lain juga : 


Maka aku bersumpah dengan Tuhan Yang memiliki timur dan barat,sesungguhnya Kami benar-benar Maha KuasaUntuk mengganti ( mereka ) dengan kaum yang lebih baik dari mereka,dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan.
( Al-Maa’rij : 40 – 41 ) 


Melihat kepada ayat ini juga jelas ia adalah satu sumpahan di mana Allah s.w.t. bersumpah sesungguhnya Allah itu yg menciptakan timur dan barat dan Dialah yg memilikinya.Disebalik lafaz qasam Allah ini sebenarnya terkandung satu penafian terhadap hari kiamat.Dimana lafaz sumpah Allah dalam ayat ini sebenarnya menolak dakwaan dan penafian bagi golongan yg menafikan tentang hari kebangkitan iaitu hari kiamat.

2 ) Sumpah Allah s.w.t. terhadap makhlukNya

Bentuk qasam seperti ini banyak terkandung di dalam Al-Quran.Jika menyebut tentang lafaz qasam Allah terhadap makhlukNya,kita akan dapat ketahui bahawa bentuk sumpah ini di mana Allah bersumpah kepada makhlukNya terhadap asal usul keimanan iaitu makrifatullah dimana menjadi satu kewajipan terhadap makhlukNya untuk mengetahui dan beriman kepada Allah. Adakalanya di dalam Al-Quran itu Allah bersumpah tentang keesaan Allah iaitu hanya Allah sahaja tuhan yg satu dan esa.Adakalanya Allah bersumpah tentang hari kebangkitan manusia iaitu hari kiamat.Adakalanya Allah bersumpah tentang hal keadaan manusia.Sebagai contoh di sini : 


Demi ( rombongan ) yang bershaf-shaf dengan sebenar-benarnya.dan demi ( rombongan ) yang melarang dengan sebenar-benarnya ( dari perbuatan-perbuatan ma'siat ).dan demi ( rombongan ) yang membacakan pelajaran. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa

Disini kita dapat fahami di mana Allah s.w.t. bersumpah tentang Maha Esa Allah dimana tiada tuhan melainkan Allah sahaja.Rombongan yg bersaf-saf yg dimaksudkan dalam ayat ini ialah para malaikat atau makhluk lain seperti burung dan sebagainya.
Dalam contoh yg lain : 


Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bagian-bagian Al-Quran.Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia
( Al-Waqia’ah : 75 -77 )


Allah s.w.t. bersumpah tentang kebenaran Al-Quran itu bahawa Al-Quran yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar
Dalam contoh lain : 


Demi malam apabila menutupi ( cahaya siang ).dan siang apabila terang benderang.dan penciptaan laki-laki dan perempuan.sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza
( Al-Lail : 1 – 4 ) 


Ini juga adalah satu bentuk lafaz sumpah Allah s.w.t. terhadap makhluk yg menceritakan tentang hal keadaan manusia.Dalam ayat ini menceritakan keadaan manusia di atas muka bumi itu bagaimana.

3 ) Sumpah Nabi Ibrahim a.s. 

Demi Allah,sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya
( Al-Anbia : 57 )


Nabi Ibrahim a.s. yg digelar sebagai Khalilullah bersumpah dengan nama Allah dimana ungkapan itu bermaksud bahawa Nabi Ibrahim akan menjalankan tipu helahnya untuk menghancurkan berhala-berhala kaumnya selepas mereka meninggalkan tempat-tempat berhala itu. 

4 ) Sumpah Nabi Muhammad s.a.w. 


Dan mereka menanyakan kepadamu : “ Benarkah ( azab yang dijanjikan ) itu?Katakanlah : “ Ya, demi Tuhanku,sesungguhnya azab itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput ( daripadanya ) ”.
( Yunus : 53 )


Nabi s.a.w. bersumpah dengan nama Allah menegaskan tentang azab yg dijanjikan oleh Allah dan kebenaran janji Allah tersebut terhadap azab dan siksaanNya yg sudah dijanjikan pada hari kiamat nanti.

5 ) Sumpah kaum kafir dengan nama Allah 


Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh : "Allah tidak akan akan membangkitkan orang yang mati".( Tidak demikian ),bahkan ( pasti Allah akan membangkitnya ) sebagai suatu janji yang benar dari Allah akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui
( An-Nahl : 38 )


Dalam ayat ini Allah s.w.t. menceritakan kepada kita bagaimana kaum kafir bersumpah dengan nama Allah dengan sebenar-benar sumpahan dengan keimanan mereka bahawa Allah itu tidak akan membangkitkan manusia yg telah mati.Mereka mendustakan rasul-rasul dengan khabar yg disampaikan oleh para rasul.Padahal hari kebangkitan itu adalah satu kepastian dan janji Allah tetapi mereka tidak ketahui dan tidak ramai manusia yg tahu. 

Demikianlah beberapa bentuk lafaz sumpah yg terkandung di dalam Al-Quran mengikut kepada kontesk dan situasi.Kita cuba petik satu bentuk lafaz qasam yg ada di dalam Al-Quran.Dimana dalam Al-Quran terdapat lafaz sumpah yg digunakan atau dilafazkan oleh kaum kafir.Apa yg dapat diperhati disini,lafaz sumpah yg diungkapkan oleh kaum kafir ini adalah lafaz yg diungkap ketika pada hari kiamat dan juga diungkap ketika di dunia.Kita cuba perhatikan kepada firman Allah ini : 


Dan ( ingatlah ) hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik : " Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dulu kamu katakan ( sekutu-sekutu ) Kami? ".Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan : " Demi Allah,Tuhan kami,tiadalah kami mempersekutukan Allah.Lihatlah bagaimana mereka telah berdusta kepada diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan
( Al-An’am : 22 – 24 ) 


Perhatikan dalam ayat ini bagaimana Allah menyebutkan tentang kaum kafir yg mensyirikkan Allah apabila pada hari kiamat nanti.Allah s.w.t. melontarkan persoalan kepada mereka yg menyekutukan Allah dimana kaum kafir ini sudah maklum mereka menyembah berhala.Lalu mereka berkata kepada Allah dengan bersumpah bahawa mereka sebenarnya tidak menyekutukan Allah.Itulah jawapan mereka kepada Allah yg berupa satu pendustaan.

Persoalan yg terkandung dalam ayat ini ialah mempersekutukan Allah atau syirik.Itu yg dilontarkan oleh Allah kepada kaum musyrikin dan dibalas dengan satu jawapan dalam bentuk lafaz sumpahan. 

Melihat kepada semua ini,timbul satu tanda tanya.Sebenarnya apa tujuan disebalik lafaz qasam ini yg terkandung di dalam Al-Quran itu?

1 ) Sebagai menegaskan dan mengukuhkan tentang sesuatu khabar berita dan sesuatu perkara.Seperti yg kita kupas sebelum ini lafaz qasam yg terkandung dalam Al-Quran ini memang banyak dan mengikut kepada situasi dan konteks.Secara kesimpulannya boleh dilihat bahawa lafaz qasam yg ada dalam Al-Quran ini mengukuhkan lagi tentang kisah-kisah umat terdahulu,peristiwa pada hari kiamat,amaran dan azab Allah dan lain-lain lagi.Jika kita melihat khususnya dalam biah atau suasana berada di tanah arab,sudah menjadi satu kebiasaan melafazkan sumpah dengan nama Allah kerana maksud yg tersirat disebalik sumpah itu ialah untuk menguatkan lagi kata-kata tersebut dan memastikan kata-kata itu terlaksana. 

Akan tetapi ada perbezaan antara sumpah kalam manusia dengan sumpah kalam Allah sendiri. Dimana sumpah dalam kalam manusia ini adakalanya mengandungi unsure keraguan dan was-was jika dibandingkan dengan sumpah Allah dalam Al-Quran itu adalah satu perkara yg pasti dan benar tiada langsung syak keraguan apa-apa.Kita lihat satu contoh bagaimana Allah sendiri bersumpah di dalam Al-Quran : 


Aku bersumpah demi hari kiamat. dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali ( dirinya sendiri ).Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan ( kembali ) tulang belulangnya?Bukan demikian,sebenarnya Kami berkuasa menyusun ( kembali ) jari jemarinya dengan sempurna
( Al-Qiamah : 1 – 4 ) 


2 ) Menetap kebenaran Nabi Muhammad s.a.w..Jika melihat kepada masyarakat arab mereka terlalu yakin dan beriktikad bahawa mereka benar-benar beriman padahal hakikatnya keimanan mereka itu adalah dusta semata-mata yg tidak ada hujah atau bukti bahkan mereka menyekutukan Allah s.w.t. lagi.Kebanyakkan lafaz qasam dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam quran adalah satu perintah dari Allah ke atas baginda untuk membenarkan ajaran yg disampaikan oleh baginda.Kita lihat dalam Al-Quran : 


Dan mereka menanyakan kepadamu : " Benarkah ( azab yang dijanjikan ) itu?Katakanlah : " Ya, demi Tuhanku,sesungguhnya azab itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput ( daripadanya )"
( Yunus : 53 )


Ketika Nabi s.a.w. ditanyakan tentang kebenaran janji azab Allah.Lalu Allah perintahkan baginda supaya bersumpah membenarkan apa yg sudah dijanjikan oleh Allah s.w.t.

3 ) Melahirkan sesuatu yg diterima akal dalam bentuk yg tidak boleh dirasai oleh pancaindera. Sesuatu perkara yg boleh diterima oleh akal manusia jika digambarkan dalam bentuk pancaindera,akal manusia mampu untuk menerima dan menguasainya.Kita lihat sendiri dalam Al-Quran itu dimana perumpaan wahyu itu dengan waktu dhuha ketika sinaran cahaya pada waktu siang,perumpamaan batil dengan malam dan kemenangan yg benar itu dengan siang menunjukkan bahawa malam itu adalah sesuatu yg samar-samar.Begitulah yg dimaksudkan. 

4 ) Memalingkan pandangan manusia dan makhluk-makhluk kepada kejadian-kejadian yg muncul kerana itu sebenarnya mampu memberikan kesan kepada manusia.Melihat kepada Al-Quran wujudnya di dalam satu lafaz qasam di mana Allah menyebut :
Demi bukit
( At-Thur )


Allah s.w.t. melafazkan sumpah itu pada satu tempat pada satu kejadian iaitu Thur.Dan yg dimaksudkan Thur dalam ayat ini ialah bukit.Sumpah di sini menunjukkan kepada kita bahawa tempat itu adalah bukit dan terdapat pokok-pokok seperti mana kisah Nabi Musa a.s. berkata-kata dengan Allah s.w.t. 

Begitulah yg boleh sikit sebanyak kita kupas.Sebenarnya sumpah atau qasam ini juga adalah salah satu dari kesenian balaghah Al-Quran yg perlu kita tahu dan fahami.Sesungguhnya sumpah yg dilafazkan oleh Allah dan juga para rasul dan anbia itu bukanlah satu rekaan atau sekadar ungkapan mainan tapi adalah satu kepastian dan janji-janji Allah terhadap makhlukNya.Wallahu a’lam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...