KUALA LUMPUR, 10 Julai: PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan. (Penulis merakamkan ucapan Husam di perkarangan Stadium Merdeka) Walaupun semua pelusok jalan utama telah disekat oleh polis dan FRU yang telah dirancangkan oleh penganjur himpunan Bersih 2.0 untuk semua peserta Bersih berhimpun tetapi telah berjaya dirempuh oleh semua rakyat dengan keadaan aman untuk menuju ke stadium merdeka. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada, kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS. Husam musa, yang tiba kira-kira dalam 2.30 petang diiringi oleh pengikut-pengikutnya telah memberi ucapan kepada rakyat jelata yang berkumpul di sebuah hadapan kuil Budha menuju ke stadium Merdeka. Laungan beliau "BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik" disambut dengan penuh semangat dan telah menusuk ke semua jiwa yang hadir dalam himpunan itu di hadapan semua polis yang telah buat sekatan jalan. "Tahniah kepada semua rakyat jelata, yang saya lihat hari ini merupakan orang-orang muda ramai berkumpul disini dengan bersatu hati untuk membersihkan sistem politik negara kita. Semua bangsa berpegang teguh dengan berazam untuk berhimpun dengan tidak mengambil kisah dan merasa gentar dengan ugutan Najib yang menggunakan kuasa politik BN". Orang ramai yang berhimpun di situ juga telah telah dimaklumkan bahawa muka pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecederaan yang teruk disebelah kanan akibat ditembak pemedih mata. "Alhamdulilah DSAI selamat manakala Tok Guru Hadi Awang, Presiden PAS di tahan polis," katanya. "Saya juga merasa bangga dan terharu apabila melihat sokongan rakyat jelata untuk pertahankan pimpinan-pimpinan kita daripada di heret polis. "Rakyat jelata nampak hebat dan tidak berganjak disitu walaupun digertak dengan polis dan disembur dengan pemedih mata berulang kali semata-mata untuk pertahankan pimpinan dan menutut kebebasan pilihanraya di Malaysia ini yang telah dikotori oleh pihak tidak bertanggungjawab". Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata lagi, "polis boleh tahan pimpinan kita, tetapi mereka tidak boleh sekat dan halang kebangkitan rakyat malaysia." Hari ni merupakan hari bersejarah buat negara malaysia kerana rakyat telah berhimpun dengan aman sekali walaupun diri terpaksa dikorbankan, katanya. "Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun degan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih," katanya. "Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgar perintah Agong, Umno-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara". SPR mestilah menjadi badan kepercayaan awam, tetapi fenomena hari ini menunjukkan perhimpunan rakyat Malaysia telah dihalang. "Petugas Media juga disekat oleh polis. Ini jelas terbukti sistem pilihanraya negara kita lemah. Rakyat hilang terus kepada SPR yang ada di malaysia ini," katanya. "Kita memohon kepada Yang di Pertuan Agong agar bubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil," kata Husam. Dengan berbagai tragedi yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 akibat provokasi daripada polis dan FRU kepada rakyat, Husam percaya Pakatan akan menang dalam PRU ke 13 nanti dengan hapuskan Najib dan semua kuncu pimpinan Umno melalui kuasa rakyat. "Kita akan campakkan mereka keluar daripada Putrajaya dalam pilihanraya nanti. BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik," katanya dengan sambutan sorakan takbir dengan penuh semangat oleh rakyat jelata yang hadir di himpunan itu. |
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Wednesday, 13 July 2011
harakahdaily.net~ Pas Bangga Dengan Kebangkitan Rakyat
Wednesday, 29 June 2011
kenapa takut sangat kepada bersih - Harakah Daily
KUALA LUMPUR, 27 Jun: "Kalau pilihan raya bersih, tidak perlu cabar untuk kami menyertai pilihan raya tetapi soalannya sekarang adalah pilihan raya tidak bersih," kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSM), S Aruchelvan.
Dua hari lepas beliau bersama Presiden PSM, Dr Jeyakumar Devaraj serta 30 lagi penyokong mereka ditahan polis atas tuduhan cuba menghidupkan perjuangan parti komunis yang diharamkan.
(Aru [berbaju merah] melihat surat yang dikeluarkan oleh polis kepada beliau)
"Ini taktik lama, carilah taktik baru," kata Aru mengulas alasan polis yang cuba menghidupkan sostalgia kebencian terhadap komunis.
Aru mengulas tindakan polis serta cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencabar penganjur Bersih 2.0 agar menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya bukannya berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini.
Bagi Aru, tindakan BN yang mengerah segala NGO dan alatnya bagi menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan 9 Julai ini melambangkan satu ketakutan yang amat sangat.
Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan provokasi Mahaguru Seni Silat Lincah Malaysia, Tan Sri Omar Din Mauju yang berkata, beliau sendiri akan mengetuai pasukan silat lincah walaupun berkerusi roda bagi menentang apa yang Utusan sifatkan sebagai perhimpunan haram Bersih.
"Semua ini hanya lambang ketakutan kerana Najib tau semua kenyataannya sebelum ini bahawa pembangkang sudah hilang sokongan dan sebagainya akan terbukti salah apabila ramai orang berhimpun 9 Julai ini," kata Aruchelvan yang sentiasa menjadi penggerak utama mana-mana perhimpunan aman menuntut kebaikan untuk negara.
Menurut beliau, ekoran dari itulah bergeraknya segala kempen untuk memburuk-burukkan Bersih sekarang ini termasuklah usaha mengaitkan beliau dan PSM dengan komunis.
Sebelum beliau dan rakan-rakannya, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Srevanesen juga mendapat serangan yang sama.
Akhbar Umno, Utusan menjadikan Ambiga sebagai sasaran pembunuhan karektor apabila akhbar itu melebelkan Ambiga dengan pelbagai imej buruk.
Selain memburukkan peneraju Bersih, amaran tindakan undang-undang dan ISA juga dikenakan ke atas semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan kali ini.
Sabtu lepas, KDN telah memanggil 100 NGO yang antara lain membincangkan tentang perhimpunan Bersih.
Wednesday, 23 February 2011
Himpunan PTPTN dan MARA : 26 Feb 11'
Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.
Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.
Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.
"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.
Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.
Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.
Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.
"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.
"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.
Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu.
-/ harakahdaily
Subscribe to:
Posts (Atom)
