Showing posts with label Syria. Show all posts
Showing posts with label Syria. Show all posts

Wednesday, 12 June 2013

Syria

Tahun lepas, ketika ditanya, mengapa Allah melewatkan kemenangan umat Islam di Syria, ulama kita menjawab, 'Denganya Allah mempersiapkan tenteraNya dengan latihan yang cukup untuk menghadapi musuhNya di bumi Syam.'

Ya, melalui penentangan bersenjata ke atas regim Bashar al Asad yang sudah melangkaui dua tahun, barisan jihad bersenjata umat Islam Syria semakin kukuh dan tersusun.

Hari ini, ketika ditanya lagi, mengapa Allah terus melewatkan kemenangan umat Islam di Syria, ulama kita menjawab, 'Dengannya Allah melondehkan isi sebenar mazhab (baca firqah/kumpulan) SYIAH yang tidak mampu lagi untuk menyembunyikan kebusukan niat dan perancangan jahat mereka ke atas umat Islam.'

Ya, melalui kezaliman dan pembunuhan keji tanpa kasihan belas ke atas rakyat sendiri yang telah mencecah 100 ribu nyawa, di samping lebih sejuta orang yang menjadi pelarian perang, Bashar al Asad terus dipertahankan dan dibantu tanpa selindung lagi oleh Iran dan Hizbollah (baca Hizbut Thaghut).

Kini, jelaslah, dengan hikmat kejadian dan kehendak Allah melewatkan kemenangan di Syria berbanding kemenangan umat yang lebih awal diperolehi di negara-negara Arab yang telah mencetuskan revolusi rakyat, jelaslah kepada umat Islam bahawa SYIAH pelampau adalah di belakang Hizbollah dan Iran.

Bapa revolusi rakyat, syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi telah secara terang-terangan menarik balik pujiannya ke atas Hizbollah, lalu menggelarkannya sebagai Hizb al Thaghut. Beliau juga membidas keras negara Iran yang pernah dilunakinya dulu sepanjang usaha beliau dan para ulama Sunni (termasuk para ulama Ikhwanul Muslimin) dalam menjayakan projek besar 'taqribul mazahib' yang tidak pernah membuahkan kejayaan diimpikan.

Sokongan Syiah Hizbollah dan Iran ke atas regim haram Bashar al Asad adalah makar (perangkap) Allah ke atas kumpulan Syiah yang tidak pernah berubah akidah, pemikiran dan sikap mereka terhadap umat Islam. Mereka tidak menunggu apa-apa selain kerosakan ke atas umat Islam.

Mari bersatu. Kita ada Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang berjuang menegakkan ugamaNya. Bersatulah dan jangan berpecah-belah.

Bersama beri sokongan kepada rakyat Syria dalam jihad memerdekakan negara mereka daripada penghisap darah Bashar al Asad.

Haram ke atas umat Islam di Malaysia menyatakan sokongan ke atas regim Bashar al Asad, sang penyembelih rakyat sendiri.

Jika ditanya, adakah kemenangan akan diperolehi umat Islam?, jawablah dengan penuh yakin, 'Adakah Allah akan membiarkan hamba-hambaNya yang beriman dan berjuang untuk terus dibunuh?'

Tiada janji manis selain janji Allah dan rasulNya.

Esok kita berhimpun ramai-ramai di kedutaan Syria. Esok adalah Hari Untuk Syria.

Syeikh al-Qaradhawi Seru Pertahankan Syria



Rakyat Syria aliran Ahli Sunnah yang membentuk hampir 80% daripada penduduk negara itu sedang dihapuskan secara sistematik oleh tentera Syria sendiri di samping mendapat dokongan fanatik Syiah yang datang dari Iran, Iraq, Lubnan dan Yaman.

Kini, beberapa kelompok Syiah dari Bahrain, Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu telah dilihat berjuang bersama tentera rejim Presiden Bashar al-Assad. Sebenarnya mazhab al-'Alawi anutan Bahsar itu hanyalah kelompok minoriti di Syria. Mereka menjadi kuat kerana menguasai pasukan tentera sejak zaman penjajahan Perancis. Hari ini rejim yang zalim itu mendapat sokongan negara besar seperti Rusia dan China.

Pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrullah mengakui bahawa sebilangan besar anggotanya di Lubnan Syiah berjuang menentang pejuang yang dikatakan puak pemberontak di Syria (bermazhab Sunni) terutamanya di bandar al-Qosair. Kemasukan pejuang Hizbullah ke Syria sangat menggemparkan banyak pihak. Dilaporkan bahawa jumlah mereka itu menjangkau 4,000 orang.

Masyarakat Islam di dunia Arab tidak lagi memanggil kumpulan pejuang pimpinan Hasan Nasrullah itu sebagai Hizbullah (Golongan yang bersama Allah) sebaliknya menggelarkan mereka Hizbu Syaitan atau golongan yang bersama dengan syaitan.

Menurut tinjauan pendapat baru-baru ini yang dilakukan oleh beberapa TV satelit pan-Arab, 85% daripada responden mengganggap Hizbullah sebagai musuh orang-orang Arab dan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi menyeru seluruh dunia Islam menjadikan hari Jumaat (14 Jun 2013) sebagai "Hari untuk Syria". Beliau menyebut demikian dalam kenyataan medianya pada minggu ini.

Beliau juga menyeru umat Islam mengadakan demonstrasi pada hari jumaat ini bagi menyatakan sokongan kepada rakyat dan pejuang pembebasan Syria khasnya bandar al-Qusair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan (Hizbullah) dan pasukan bersenjata dari Iran serta lain-lain yang membantu rejim Syria.

Terdahulu dalam program "As-Syari'ah wal-Hayah" di stesen TV al-Jazeera (6 Jun 2013), Syeikh al-Qaradhawi menyebut, "Mereka (Syiah) sebenarnya telah mengkhianati kita sejak sekian lama dan akhirnya pada hari ini, semuanya menjadi jelas."

Katanya lagi, "Di Syria mereka sedang membunuh saudara seakidah kita bersama pasukan Hizbullah. Jangan panggil mereka Hizbullah, mereka selayaknya digelar Hizbu Syaitan dan Allah tiada kena-mengena dengan mereka."

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan tertegaknya negara-negara blok Syiah di rantau itu, "Mereka (Syiah) sedang menjalankan operasi penghapusan etnik di Syria dengan tujuan untuk membina 'Negara Syiah Barat' di sebelah barat Syria. Dengan tertegaknya negara baru itu, umat kita akan dibahagikan dan semakin kecil."

Sementara itu, pergerakan Ikhwan Muslimin di Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari iaitu pada 13-14 Jun ini bagi membincangkan isu umat Islam di Syria.

Kita menyedari bahawa kuasa politik Islam kelompok Sunni tidak berada dalam keadaan yang terbaik. Mesir ketika ini masih bergelut dengan saki baki sekular-liberal yang berusaha sedaya upaya untuk mengugat kestabilan dan menyekat arus perubahan yang dipimpin oleh Presiden Dr.Muhammad Morsi.

Negara Arab Saudi, walaupun mempunyai kekayaan, namun tidak tampil sebagai kuasa politik yang disegani. Dari segi ketenteraan juga negara itu tidak memiliki gah walaupun berbilion-bilion dolar AS dikorbankan untuk membeli senjata dari sekutunya di barat.

Negara Turki juga sedang berhadapan dengan masalah tersendiri. Pakistan juga menghadapi masalah ekonomi dan politik tidak berkesudahan. Negara-negara umat Islam di Asia dan nusantara terletak agak jauh dari Timur Tengah dan tidak merasai apa-apa ancaman tentang hegemoni Syiah.

Walau pun begitu, kita tidak boleh berpeluk tubuh.


Tuesday, 11 June 2013

Syria

Dengan pendirian yang amat jelas Syeikh Dr Yusuf Qardhawi terhadap Iran dan Hizbullah yang berkait juga dengan masalah hubungan Sunni-Syiah, maka sudah tibalah umat Islam di negara ini khususnya menentukan sikap tanpa ragu-ragu lagi untuk menyokong rakyat Syria dalam perjuangan mereka memerdekakan tanah air mereka dan menyelamatkan diri dan keluarga mereka dari regim Basyar Assad yang zalim

Saya perturunkan kembali fatwa yang diputuskan oleh Muktamar Syria anjuran al-Ittihad al-Alami Lil Ulama al-Muslimin (The International Association of Muslim Scholars) yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi) dan Rabitah Ulama Suriyiin (Syria) dari 1 - 3 Julai 2012 di Istanbul, Turki .

1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.

2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.

3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

4) Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria.

5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan kerana lain

(Syeikh Raed Solah, Pemimpin Gerakan islam Palestin wilayah 1948 turut hadir dalam muktamar ini dan menegaskan 'Hari ini Damsyik (dibebaskan) esok Baitul Makdis pula!)

LINK ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201299169787047&set=a.1728667542295.98486.1406644655&type=1&theater

Monday, 10 June 2013

PENGISYTIHARAN JUMAAT DEPAN SEBAGAI HARI UNTUK SYRIA

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media terbaru menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari Jumaat depan bersamaan 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria".

Kenyataan tersebut menyeru umat Islam keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan kepada rakyat Syria khasnya di El-Qosair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan dan militia dari Iran serta pasukan bersenjata Syiah yang lain dalam memberikan bantuan kepada rejim Syria.

Sementara Ikhwan Muslimin Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari, 13 dan 14 Jun ini bagi membincangkan isu Syria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...