Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

Monday, 10 June 2013

ISU EMPANGAN NAHDAH MENYATUKAN HATI RAKYAT BERSAMA MURSI



Penyokong setia yang berdiri teguh di belakang beliau dan rakyat yang ikhlas membantu beliau bukannya sedikit. Sekali mereka berhimpun akan memenuhi jalan raya. Tetapi Mursi tidak mahu rakyatnya setiap hari keluar berkumpul di jalan-jalan raya seperti kumpulan pembangkangnya. Setiap hari ada perkumpulan dan perkampungan dengan mendirikan khemah sama ada di Tahrir atau lain-lain. Namun kecundang dari sudut angka kerana yang menyertai hanya boleh dibilang dengan jari. Mereka diajar untuk berkampung dan berdemonstrasi serta tidak mempedulikan kehidupan dan membangunkan negara. Oleh sebab itu, Mursi dan Ikhwan cuba mengelakkan himpunan kerap diadakan walaupun sebenarnya mereka mampu mengumpulkan penyokong mereka jauh berganda dari kumpulan "Barisan Penyelamat" atau kempen "Tamarrud".

Saya yakin mereka yang akan keluar pada 30 Jun ini tidak ramai sekaligus usaha menumbangkan Mursi akan menemui kegagalan KECUALI melalui taktik kotor seperti komplot bunuh dan sebagainya (seperti didedahkan oleh Dr.Raghib Serjani).

Jika mahupun mereka terpaksa mengupah wang dan makanan. Kerana itu seorang pemimpin aliran Salafi/Wahabi Mesir, Syeikh Yaser Burhami secara sinis mencabar, "Jika kumpulan pembangkang berjaya mengumpulkan jutaan rakyat di Tahrir dan seluruh Mesir pada 30 Jun ini, saya sendiri akan minta Mursi letak jawatan!".

Mesir

Presiden Mursi: "Saya bersedia turun bertemu dengan semua pihak sama ada individu atau kumpulan bagi menyelesaikan isu Empangan Nahdah."

Jika Mursi sudah tawarkan untuk bertemu dengan sesiapa jua maka apa lagi alasan yang bakal dikemukakan oleh Barisan Penyelamat Mesir?

Bagi saya tawaran ini bukan untuk mereka. Jika benar Mursi tujukan kepada mereka memang tulus ikhlas benar hati Mursi. Masih mahu menghulurkan tangan kepada musuh. Biarkan mereka tunggu tarikh 30 Jun ini untuk huru-harakan negara.

Mesir

Jam 7 malam hari ini akan berlangsung dialog antara parti-parti politik Islam Mesir bersama Presiden Mursi khas bagi membincangkan isu pembinaan Empangan Ethopia "Nahdah" yang semakin buntu waktu ini. Dialog 13 buah parti politik Islam itu antaranya FJP,Parti Nur,Bina wa Tanmiyah,Asolah dan lain-lain.

Parti komponen dalam Barisan Penyelamat telah menolak sebarang dialog dengan Mursi sehingga 30 Jun ini yang mereka yakin Mursi akan tersungkur seperti Mubarak.

Isu Empangan Nahdhah ini semakin meruncing apabila Ethopia berdegil untuk meneruskam pembinaannya dan menolak perbincangan. Walaupun ada cadangan penyelesaian ketenteraan namun Mesir mahu menyelesaikan melalui diplomasi.

Politik Mesir Belum Reda

Politik Mesir sangat rumit. Banyak perubahan positif yang telah diusahakan oleh Presiden Dr Mohamed Morsi, namun badan kehakimannya masih dikelilingi para hakim yang pro-rejim Hosni Mubarak. Rakyat kebanyakannya juga masih belum dapat menerima pentadbiran Morsi yang dibayangi gerakan Ikhwan Muslimin.

Ketika Undang-Undang Kehakiman Mesir hampir dibentangkan dan bakal dibahaskan oleh anggota Dewan Senat Mesir, tidak semena-mena dewan itu telah dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi. Ini kerana, buat sementara waktu Dewan Senat mengambil alih kuasa perundangan Dewan Rakyat yang terlebih awal dibubarkan sebelum ini. Peraturan ini bakal meletakkan institusi kehakiman lebih telus dan bebas dari penyelewengan.

Antaranya berkaitan umur persaraan hakim. Pada zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat umur persaraan hakim adalah 60 tahun. Tetapi pada zaman Mubarak umur persaraan dilanjutkan menjadi 70 tahun. Hal ini menjadi sebahagiarf faktor utama meningkatnya pengangguran bagi para pelajar lepasan jurusan undang-undang.

Pada era Mubarak juga seorang hakim boleh melantik 40 orang daripada kaum kerabat mereka walaupun terdapat di kalangan mereka yang tiada kelayakan akademik. Jika undang-undang ini diluluskan maka hakim yang korup berada dalam bahaya. Jadi Dewan Senat mesti dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi yang korup juga. Tindak tanduk Mahkamah Tinggi Perlembagaan yang membubarkan Dewan Senat Mesir telah pun dijangka.

Sangat menghairankan apabila dua badan penggubal perundangan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Senat tidak wujud dalam satu masa. Begitu juga isu perlembagaan negara yang makin menimbulkan kekeliruan kepada rakyat yarig keluar menyatakan persetujuan mereka dalam referendum tahun lalu. Dalam masa yang sama terdapat puja kelompok di kalangan rakyat Mesir sibuk untuk menuntut mengadakan pilihan raya Presiden lebih awal melalui kempen kumpul tanda tangan sedangkan keutamaan perlu diberikan untuk mengisi kekosongan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Kempen mengumpul tanda tangan ini telah dimulakan oleh sekumpulan aktivis muda berdasarkan apa yang mereka anggap sebagai kegagalan pihak pemerintah dalam mentadbir negara. Mereka memulakan petisyen undi tidak percaya kepada Presiden Mursi dan pentadbirannya. Setakat ini, dikatakan bahawa pihak penganjur telah menerima lebih dua juta tandatangan.

Kempen yang dikenali sebagai “Tamarrud” ini yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu di Dataran Tahrir, tetapi ia telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini. Beberapa pihak yang berpengaruh telah mengumumkan bahawa mereka yang menyertai kempen ini. Antara mereka adalah ahli-ahli parti politik, artisan dan aktivis belia. Pengaruh kempen Tamarrud telah meluas dan memadai untuk memburukkan pemerintah Mesir sehingga Presiden Morsi menuntut satu laporan lengkap mengenai kempen tersebut dah bagaimana untuk menanganinya.

Jurucakap kempen Tamarrud, Mahmud Badr berkata, kempen ini dilancarkan selepas Presiden Mursi dilihat seperti tidak berkaliber untuk mentadbir negara itu. Ini kerana rakyat negara itu boleh menilai sendiri keadaan negara ini yang berterusan dilanda krisis ekonomi dan politik.

Konflik politik di negara itu mula tercetus selepas pemerintah Mesir melancarkan dekri presiden pada November tahun lalu dan terus berlarutan sehingga Perlembagaan baru digubal. Sehingga kini, Dr Morsi terus dikritik pihak pembangkang kerana didakwa cuba memperkukuhkan pengaruh Ikhwan Muslimin dalam pentadbiran negara. Lebih buruk lagi, para penentangnya menolak penerapan syariat Islam dalam perlembagaan baru yang akan dibentangkan.

Bagaimanapun, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakilkan Morsi dalam pilihan raya presiden yang lalu telah menolak penganjuran kempen tersebut dan menegaskan rakyat • mesti menghormati keputusan pilihan raya sebelum ini.

Pihak penganjur kempen yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menunggu sehingga pilihan raya 2016 untuk mengubah keadaan. Mereka juga bakal menganjurkan demonstrasi besar-besaran pada 30 Jun ini sebagai tanda simbolik semasa tarikh Presiden Morsi mengambil kuasa daripada junta tentera pada tahun lalu.

Dengan ini, telah jelas bahawa kempen ini merupakan satu bentuk pemberontakan terhadap pemerintah yang sah. Apa yang nyata sekali ialah sokongan rakyat kepada Presiden Morsi adalah lebih besar daripada kelompok penentangnya. Kempen "Tamarrud" ini hanyalah satu lagi episod penentangan pro-sekular dan liberal terhadap pembaharuan yang dibawa oleh Presiden Morsi.

PEMBANGKANG MESIR TOLAK SEMUA DIALOG,PERBINCANGAN DENGAN MURSI, TUNGGU 30 JUN!



Perihal kumpulan pembangkang Mesir bernama "Barisan Penyelamat". Dalam mesyuarat jawatankuasa mereka pada 8 Jun lalu yang berlangsung di Pejabat Parti Wafd, salah sebuah parti sekular komponen Barisan Penyelamat, ada dua keputusan yang dicapai:

1) Menolak sebarang bentuk dialog, perbincangan dan kerjasama sama ada dengan Ikhwan Muslimin atau Presiden Mursi sehingga detik 30 Jun ini iaitu hari yang mereka yakin akan menumbangkan "rejim" Mursi. Ia termasuk jemputan Pejabat Presiden Mesir kepada semua parti politik untuk membincangkan isu "Empangan Nahdha" oleh kerajaan Ethopia.

2) Mengekalkan Amru Musa, Presiden Parti Muktamar (bekas Setiausaha Agung Liga Arab) sebagai penggerak barisan tersebut yang mencetuskan kontreversi apabila terdedah beliau mengadakan perjumpaan rahsia dengan Naib Mursyidul Am Ikhwan, Khairat Shatir. Rakan-rakan komponen Barisan Penyelamat melihat Musa wajar dipecat kerana "khianat". Namun kontreversi itu berakhir apabila Amru Musa meminta maaf dalam mesyuarat tersebut dan dia kekal berada dalam Barisan Penyelamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...