Showing posts with label Khas (FUTUR). Show all posts
Showing posts with label Khas (FUTUR). Show all posts

Sunday, 3 April 2011

Sebab-Sebab Keciciran Di Jalan Dakwah (Fasal Kedua)

Pertama :  Sebab-sebab yang berhubung dengan organisasi

Kelemahan sudut tarbiyah (Bidang Kependidikan/Kejurulatihan)

Sudut atau bidang tarbiyyah/kejurulatihan di dalam sesuatu organisasi(yang lemah) hanya mengambil ruang yang kecil berbanding dengan bidang-bidang lain seperti pentadbiran, penyusunan politik di mana bidang-bidang ini hampir mengambil keseluruhan ruang. Perkara ini jelas sekali dapat dilihat dalam cara hidup pemimpin-pemimpin harakah, pentadbir-pentadbirdan orang-orang yang bertanggungjawab menguruskan persoalan politikdan lemasyarakatan. Urusan-urusan tarbiyah/pendidikan samaada dari segi teori dan amali. Akibatnya tindakan dan cara muamalah (perhubungan) mereka jauh sekali dari akhlak Islam.

Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai

Perkara ini jika terus menerus akan menyebabkan kegagalan kerja (tugas) serta menyebabkan kerugian pada amilin. Sesuatu organisasi yang sedar lagi matang ialah organisasi yang mengetahui keupayaan anggotanya, mengetahui kecenderungan dan kebolehan mereka serta juga mengetahui titik-titik kekuatan dan kelemahan mereka. Berdasarkan inilah organisasi itu memilih dan memberi tugas kepada seseorang anggotanya mengikut apa yang sesuai dengan kebolehan, kecenderunagan, tabie dan kedudukannya.

Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota

Pembahagian kerja dengan betul kepada anggota adalah suatu perkara yang mustahak lantaran tanpa penaggihan kerja yang betul, kerja yang tertumpu pada sekumpulan kecil anggota sahaja sedang anggota yang ramai tidak mempunyai kerja. Hubungan dengan anggota juga semakin longgar dan lemah.

Tidak mengambil berat hal ahli

Seseorang ahli kadang kala menghadapi keadaan yang susah sama seprti orang-orang lain juga. Mereka kadangkala menghadapi masalah dan kerumitan yang berbagai-bagai seperti masalah kejiwaan, keluarga, kewangan dan sebagainya.

Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera

Memang menjadi suatu kebiasaan kepada bagi sesuatu organisasi mendahulukan masalah-masalah yang mesti diselesaikan. Adalah menjadi perkara biasa juga sesuatu harakahaitu menggunakan cara yang tertentu untuk menyelesaikan maalah tersebut.Kadangkala masalah itu hanya dapat diselesaikan denagn sepatah sahaja tetapi jika ditangguhkan ianya akan menyusahkan organisasi.

Pertikaian dalaman

Sebab-sebab berlakunya pertikaian dalaman

*Kadangkala kerana kelemahan pimpinan, iaitu pihak pimpinan tidak berjaya menguasai barisan dan tidak dapat membuat keputusan.

*Kadangkala kerana campurtangan dari kuasa luar yang bertujuan untuk menimbulkan fitnah
kadangkala ada perlumbaan untuk mendapatkan kedudukan khususnya jawatan dalam organisasi dan pentadbiran.

*Ada kalanya kerana tidak iltizam dengan dasar organisasi atau kaedah atau prinsipnya. Tidak mahu mengikut keputusan yang dibuat oleh badan-badan organisasi, malah mahu menonjolkan diri sendiri.

Kadangkala tidak ada kerja atau program. sedang kerja atau program itu menggerakkan ahli untuk bersungguh-sungguh untuk organisasi.

Pimpinan tidak layak

Faktor berlakunya kelemahan pada pimpinan

Kadangkala kelemahan berlaku kerana kurangnya kemampuan untuk berfikir sekira-kira kepimpinan tidak dapat memenuhi kepimpinan ahli. Ada kalanya kepimpinan hanya berupaya dari sudut pemikiran sahaja tetapi lemah dalam sudut-sudut yang lain.

Kadangkala kelemahan itu disebabkan oleh kelemahan dalam kebolehan daya mentadbir dimana pimpinan tidak menggunakan kebijaksanaan dan kemampuannaya untuk mentadbir dan menggunakan kaedah serta asas-asas pentadbiran yang perlu. Hal ini menyebabkan kerosakan program dan menimbulkan masalah yang akhirnya membawa ahli gugur dari kehidupan dakwah.

Sifat-Sifat yang perlu ada Pimpinan

*Mengenali dakwah
*Mengenali diri
*Mengambil berat tentang ahli
*Teladan yang baik
*Mempunyai pandangan yang mantap
*Keazaman yang kuat
*Daya tarikan semulajadi
*Penuh yakin

Sumber: olahan daripada Buku Golongan yang Tercicir di Sepanjang Jalan Dakwah oleh : Fathy Yakan

Wednesday, 30 March 2011

Sebab-sebab keciciran

Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan
  • Kelemahan sudut tarbiyyah
  • Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
  • Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota
  • Tidak mengambil berat hal ahli
  • Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
  • Pertikaian dalaman
  • Pimpinan tidak layak
Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu
  • Tabi’e/ perangai yang tidak tetap
  • Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan
  • Melampau
  • Bermudah-mudahan dan longgar
  • Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
  • Cemburukan orang lain
  • Fitnah senjata

Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan
  • Tekanan ujian
  • Tekanan keluarga
  • Tekanan persekitaran
  • Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
  • Tekanan bermuka-muka
dipetik daripada buku golongan yang tercicir sepanjang jalan, Fathi Yakan

Tuesday, 8 March 2011



Muhasabah untuk diri saya yang teramat dhaif ini.......


Bila sebut soal lemah tenaga batin , kebanyakan pemikiran lebih fokus kepada lemahnya seorang lelaki dalam usaha memuaskan isterinya..adakah tenaga batin yang dikumpul semata-mata untuk itu?,padahal tenaga batin ini banyak kegunaannya..ketika kita bersukan umpamanya..banyak tenaga batin yang perlu digunakan, ataupun jika ada seorang sahabat ajak kita bermain futsal kita boleh menjawab...sori bro..lemah tenaga batin! - hanya cadangan..... jangan salahkan sesiapa jika anda didekahkan oleh sahabat2 anda!

Untuk menghuraikan keadaan kerana saya tidak mahu para pengamal tenaga batin datang menyerang blog ini kerana salah faham...bolehlah kita sebutkan tenaga batin itu sebagai tenaga dalaman.

Dalam berdakwah kita memerlukan tenaga dalaman dan kelemahan tenaga dalaman ini selalunya akan disebut FUTUR .Tenaga batin dalam berdakwah ini amat berbeza dengan tenaga batin dengan perumpamaan biasa.Kerana Tenaga Batin dalam berdakwah semakin digunakan dengan syarat istiqamah (berterusan - sedikit atau banyak) maka makin akan banyak tenaga akan terhasil!

Jiwa manusia tak jauh berbeza dengan anggota tubuh yang lain. Tangan akan lelah jika terus mengangkat. Kaki akan lenguh jika terus berlari. Mata akan berair jika tak cukup tidur., dan lelahnya jiwa ketika semangat kian surut.  



Ada sesuatu yang aneh dirasakan Ka’ab bin Malik. Entah kenapa, sahabat yang begitu dekat dengan Sayyiduna Rasulullah S.A.W  ini merasa enggan untuk segera berangkat bersama yang lain menuju ke Perang Tabuk. Padahal, hampir tak seorang pun yang luput dari perang besar ini. Semuanya siap ikut. Paling tidak, memberikan sumbangan yang mereka punya. Ada apa dengan Ka’ab?
Selama ini, hampir tak satu pun peluang jihad disia-siakan Ka’ab. Tapi di Tabuk ini, ia merasa kalau ladang gandumnya yang sedikit  benar-benar menyibukkannya. Ah, nantilah.... Nanti saja, akan saya kejar rombongan Sayyiduna Rasulullah S.A.W itu. Nanti, dan nanti. Akhirnya, Ka’ab benar-benar tertinggal hingga peperangan yang memakan waktu sekitar satu setengah bulan itu berakhir.

Mungkin, bukan cuma Ka’ab yang sempat merasakan keanehan itu. Kita pun secara sadar atau tidak, pernah merasa ada sesuatu yang ganjil. Semangat untuk aktif tiba-tiba mengendur. Dan keasyikan pun muncul saat diri cuma sebagai penonton. 

Beberapa ulama dakwah menyebut gejala ini sebagai penyakit futur. Sayid Muhammad Nuh misalnya, menyebut lemahnya semangat dakwah yang sebelumnya berkobar-kobar sebagai futur.

Secara bahasa, futur ertinya berhenti setelah sebelumnya bergerak. Allah swt. berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 19 dan 20 yang di antaranya menyatakan kalau malaikat tidak pernah futur. 

“Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada (futur) henti-hentinya.” 

Manusia memang bukan malaikat. Al-Insan atau manusia berasal dari kata nasiya yang berarti lupa. Kadar keimanan manusia pun boleh naik turun. Itulah di antara kelemahan manusia. Dan saling memberi nasihat adalah ubat agar lupa supaya sabahat-sahabat tidak lumpuh dalam berdakwah.

Masalahnya, tidak semua yang sedang bermasalah boleh melapangkan dada menerima nasihat. Bahkan boleh jadi, mereka tidak sedar kalau dirinya sedang bermasaalah Setidaknya ada tiga keadaan yang menunjukkan kalau  seseorang itu memang positif futur. 

Pertama, ada kemalasan dalam menunaikan ibadah. Apa saja. Biasa solat, mathurat , tilawah, zikir, apalagi infak. Kalaupun tertunaikan cuma sekadar menggugurkan kewajiban. Tidak ada semangat berlumba dalam kebaikan. (Fastabiqul Khairat)

Kedua, ada keinginan untuk selalu menyendiri. Selalu muncul seribu satu alasan agar diri boleh selalu menyendiri. Alasannya boleh jadi macam-macam. Mulai kesibukan ekonomi, urusan keluarga, sibuk menghadapi peperiksaan,kenduri sana-sinun, mencari ilmu dan guru diluar gerakan dan sebagainya. 


Puncanya... selalu ada halangan dalam berbahagi dengan yang lain. 

Ketiga, munculnya kepekaan emosi yang berlebihan. Orang jadi mudah tersinggung. Jangankan ditegur, dipuji pun boleh menjadikan salah faham. Yang ada di benaknya cuma ada pola berpikir negatif. Semua orang selalu salah, kecuali yang benar-benar sesuai dengan dirinya. Dari situ pula, muncul penafsiran siapa yang bicara, bukan apa yang dibicarakan. 

Bayangkan jika sebuah amanah dipegang oleh mereka yang punya keadaan seperti di atas. Akan terjadi beberapa kemungkinan. Boleh jadi, amanah akan terbengkalai karena ditinggalkan dengan tanpa beban. Kemungkinan berikutnya, terjadi konflik dalam tugas yang diamanahkan. Kerana orang yang punya kecenderungan bekerja sendiri susah bersatu dalam kerja jemaah.

Betapa tidak selesanya jika futur menghinggapi diri. Kerana itu, perlu berhatihati agar tidak terjebak dalam futur. Ada beberapa sebab sehingga seorang mukmin dihinggapi penyakit futur. Pertama, berlebihan dalam memahami dan menerapkan ajaran agama. 

Sebab ini muncul karena kurangnya pemahaman bahwa Islam sangat sejalan dengan fitrah manusia. Tidak ada yang sulit dalam Islam. Pengamalan Islam akan menjadi berat jika diberat-beratkan. Bahkan, dalam jihad pun.

“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…” (QS. 22: 78) 

Sayyiduna Rasulullah S.A.W. pernah memberi nasihat, “Sesungguhnya agama Islam itu mudah dan tidaklah orang yang berlebihan dalam beragama melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (HR. Bukhari) 

Dalam hadits lain, Sayyiduna Rasulullah S.A.W. bersabda, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah tidak akan merasa bosan sampai kamu sendiri yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang terus-menerus sekali pun sedikit.” (Mutafaq ‘alaih)

Sebab kedua, berlebihan dalam hal yang dibolehkan, mubah. Seorang mukmin menempatkan keperluan hidup sebagai keenderaan untuk kebahagiaan akhirat. Bukan untuk kerja sampingan dunia tetapi kerja keutamaan dunia.

Abu Sulaiman Ad-Darani mengatakan, “Siapa yang kekenyangan maka akan mendapat enam bahaya: kehilangan manisnya bermunajat kepada Allah, susah menghafal ilmu, kurang memperdulikan keadaan sekeliling (karena mengira semua orang kenyang seperti dirinya), merasa berat beribadah, dan bergejolak syahwatnya. Karena, seorang mukmin akan menyibukkan diri berada di lingkungan masjid sementara orang yang perutnya kenyang akan sibuk di sekitar tempat pembuangan sampah.” (Riwayat Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumidin) 


Ka’ab bin Malik memang pernah mengalami surut semangat dalam dakwah dan jihad. Tapi, sahabat yang banyak meriwayatkan hadits ini memohon ampun pada Allah karena kekhilafannya. Walaupun, keampunan itu mesti ia tebus dengan mengasingkan diri dengan kaum muslimin selama empat puluh hari

Ada juga sesetengah pembaca yang radikal akan isu akan berfikir..eh..asyik hentam je..lain kali bagi la jalan penyelesaiannya macam mana? - eh ya juga kerana saya juga radikal....

KAEDAH MERAWAT KELESUAN AKIBAT FUTUR

Kaedah Utama  : Jangan Tinggal Usrah walaupun bumi bergegar dan jiwa bergoncang dalam keadaan apa jua sekalipun.

1. Menjauhi maksiat dan keburukan serta punca-punca yang boleh membawa ke arah perlakuannya kerana sebagaimana ibadah boleh menghindarkan diri daripada maksiat, malaikat juga boleh menjauhkan seseorang daripada amal-amal kebajikan.

2. Istiqamah dengan amalan-amalan harian bagi meningkatkan kekuatan rohani dan jasmani. Hanya dengan persiapan rohani dan persediaan jasmani sajalah dapat mengharungi liku-liku perjuangan menegakkan islam yang penuh dengan ranjau dan halangan.

3. Menjaga waktu-waktu yang utama dan menghidupkan amalan ketaatan. Sebagai contoh, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, solat dhuha, membaca zikir dan doa pada waktu-waktu yang tertentu.

4. Menjaga diri daripada bersikap melampau dan terlalu menyusahkan diri dalam urusan agama Allah iaitu dengan bersikap sederhana serta menjaga amalan-amalan kebiasaan mengikut sunnah.melakukan amalan yang sedikit tetapi istiqamah adalah lebih baik daripada melakukan banyak amalan tetapi tidak kekal.

5. Menggabungkan diri dengan jemaah Islam dan meninggalkan uzlah. Hanya dengan menyertai jemaah seseorang itu dapat meningkatkan diri dan tidak mudah tertipu oleh tipu daya syaitan.

6. Mengenali cabaran-cabaran di jalan dakwah.dengan mengenal pasti halangan dan mehnah yang bakal ditempuhi akan menyiapkan para petugas Islam agar tidak mudah berputus asa dan hilang semangat.

7. Bersikap teliti dan melaksanakan kerja secara sistematik. Kerja-kerja yang tidak berperancangan dan dilakukan secara sembrono akan menemui jalan buntu.

8. Selalu bergaul dengan orang yang salih dan banyak melakukan amal soleh.

9. Memberi hak-hak tubuh badan dan jasmani seperti rehat dan penjagaan yang sebaiknya.

10. Memberi ruang pada jiwa untuk menikmati perkara-perkara yang harus seperti bergurau, bermain dan berekreasi mengikut syariat

11. Selalu membaca buku sirah nabi dan sejarah orang-orang yang soleh. Ini kerana buku-buku tersebut mengandungi pelbagai teladan bagi setiap muslim.

12. Sentiasa mengingati mati dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti azab kubur dan hari kebangkitan.

13. Sentiasa membayangkan nikmat syurga dan azab neraka. Ini akan memantapkan lagi iman dan menguatkan semangat untuk memikul amanah Allah.

14. Selalu menghadiri majlis ilmu. Ini kerana ia akan mengembalikan kerajinan pendengar untuk melakukan kerja-kerja Islam.

15. Memahami tasawur Islam dengan mengamalkan kesyumulan agama itu sendiri. Ini akan mengelakkan pemahaman yang cetek terhadap Islam.

16. Sering memuhasabah diri. Insyallah ia akan cepat menyedarkan kita daripada kealpaan.

PENUTUP

Kelesuan petugas-petugas Islam kini adalah akibat tidak memahami bahaya membiasakan diri dengan sifat malas sehingga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti futur. Syaitan akan segera mengambil kesempatan untuk melalaikan umat Islam sehingga jauh daripada janji kemenangan (nusrah) yang dijanjikan oleh Allah.

Wallahu'alam..

Sumber : Al-Quran , Hadith dan Pelbagai yang dibenarkan

P/s : Artikel ini ditujukan untuk saya sendiri..saya sendiri..saya sendiri....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...