Wednesday, 2 February 2011

Sia-sia Je...

Objektif:

Memberi kesedaran kepada peserta perlunya kembali menilai diri meninggalkan perkara sia-sia yang telah biasa mereka lakukan kepada perkara yang lebih bermanfaat.

Material:

Marker Pen, Kertas Mahjung

Perlaksanaan:
1. Fasilitator mengagihkan Marker Pen dan Kertas Mahjung kepada peserta.
2. Fasilitator mengarahkan peserta menyenaraikan apakah perkara sia-sia yang mereka biasanya lakukan.
3. Bincangkan:

a. Bagaimana mereka dapat mengubah tabiat sia-sia itu kepada sesuatu yang lebih bermanfaat. Bincangkan?
b. Adakah bermain permainan video adalah perbuatan sia-sia atau bermanfaat?

Bentuk dua kumpulan dan debatkan.

4. Berikan lampiran dan minta mereka tulis senarai perkara sia-sia yang ingin ditinggalkan.

Beri syarat hanya satu perbuatan sia-sia pada setiap minggu. Hasilnya akan ditanya oleh fasilitator dari semasa ke semasa.

Kesimpulan:

Sebagai muslim utamakan perkara bermanfaat dan tinggalkan perkara yang tidak berfaedah. Ia menunjukkan tanda baiknya seseorang muslim itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...