Monday 19 March 2012

CIRI-CIRI NAQIB ATAU NAQIBAH

DARI BUKU 'USRAH DAN HARAKAH'
:ya'qub muhammad hussin




1.Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama

Seorang naqib mestilah mempunyai kefahaman yang baik dalam agama supaya dengan kefahaman itu ia dapat memberikan ‘ilmu ,batas-batas hukum-hakam dan tasawwur islam yang benar dan tepat kepada anggota usrah.

Termasuk di dalam syarat kefahaman ini ,ialah memiliki fikrah da’wah dan harakah yang bersih dari unsur-unsur ghulu dan bermudah-mudahan.Di antara yang utama ialah memahami Marhalatud-dakwah dan Maratibul-‘Amal.

Dengan ini naqib dapat mengambil manfaat dari huraian rukun bai’ah ketiga-Rukun ‘Amal

2.Iman yang mendalam

Lantaran ianya akan sentiasa menjadi asas paling kukuh bagi dirinya dan menjadi contoh kepada orang-orang yang berada di bawah bimbingannya.

Sayugia dalam hal ini pada naqib,menjaga dirinya supaya segala ‘amal-‘amal fardi yang wajib,ditunaikan dengan sebaiknya,memelihara syakhsiahnya dan kebiasaan yang menggambarkan keimanannya serta menekuni ‘amalan-‘amalan yang sunat sera berkebajikan.


3.Bersifat amanah

Tanggungjawab ini dapat dipelihara dengan cara menyedari bahawa ia sedang memikul satu amanah untuk memelihara agama dan cita-cita jama’ah dan kelak ia akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH ‘Azza Wa Jalla.

Lantaran itu ia mestilah berhati-hati dalam melaksanakan tanggungjawab .Jangan sekali-kali ia memperkatakan hal-hal yang tidak ia ketahui atau kurang kepastian.Ini dapat mengelakkan dirinya dari melakukan kesalahan atau kekeliruan.Jika hal seperti itu dilakukan bererti ia telah menzalimi angota-anggota usrahnya dan dirinya sendiri.

Di antara perkara yang perlu dijaga amanahnya ,sebagai amanah ‘ilmu ialah tidak mengeluarkan sesuatu hukum dalam perkara ‘aqidah dan ‘ibadah kecuali benar-benar pasti tentang hukum-hakamnya.

Selain dari itu hendaklah sentiasa pastikan bahawa segala arahan jama’ah dipatuhi dan disampaikan’Hendaklah seorang naqib mengutamakan kepentingan Islam dan jama’ah mengatasi kepentingan dirinya sendiri.

4.Keikhlasan yang tinggi

Keikhlasan dituntut dalam semua perkara dan urusan.Namun dalam urusan tarbiyyah ,keikhlasan lebih dituntut ke atas naqib kerana hanya dengan adanya sifat ini di dalam diri seseorang barulah lahir kepadanya sifat sanggup berkorban dan bersungguh-sungguh dalam segala perkara.
Seorang naqib sentiasa dituntut dengan berbagai bentuk pengorbanan.Ia perlu mengorbankan masa lapang,masa kerja,perasaa,keluarga,harta kekayaan dan berbagai kepentingan lain untuk cita-cita Islam.

Kesanggupan untuk berkorban dalam hal-hal tersebut serta kesungguhan dalam kerja-kerja jama’ah tidak akan berhasil dan berterusan seandainya tidak didasari oleh keikhlasan yang tinggi.

5.Ber’amal dengan ‘ilmu

Seseorang dihormati dan dicontohi kerana beramal dengan ‘ilmu.Alangkah malangnya orang yag dipandang memiliki banyak ilmu tetapi tidak beramal.Sayugia seorang naqibmemastikan dirinya termasuk dalam deretan ‘amilin jama’ah agar ia sentiasa dihormati dan diikut dalam pembinaan petugas-petugas jama’ah yang berada di bawah asuhannya.

Dewasa ini kita melihat ramai di kalangan yang berilmu tidak beramal sejajar dengan ilmu yang mereka miliki .Natijahnya kita melihat mereka menjadi gologan yang tersisih dari arus ‘amal islami,sekalipun mereka terpandang dari sudut ‘ilmu.

6.Syakhsiah yang terpuji

Watak peribadi senantiasa diberi perhatian menjadi daya tarikan oleh manusia.Apa lagi sebagai pendidik,setiap patah perkataan,tutur kata dan gerak langkah akan memberi bekas di hati anak didiknya.Sayugia seorang naqib adalah seorang ayah,seorang guru,seorang pemimpin,dan seorang sahabat yang sentiasa menjadi tumpuan perhatian dan penialian orang-orang bawahannya.

Lantaran itu syakhsiah yang terpuji sudah pasti menjadi bekalan dan senjata yang amat diperlukan dalam menyempurnakan tanggungjawabnya.Sifat-sifat seperti lemah lembut,pemaaf,sabar,penyayanag,tenang dan hikmah adalah di antara cirri-ciri akhlaq yang wajar sekali menadi perhiasan bagi dirinya.

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai naqib ,seseorang hampir pasti menghadapinya dengan sabar dan sanggup memperbaiki mereka dengan cara hikmah dan bijaksana.


7.Mengenal jiwa

Hikmah Allah Subhanahu wa Ta’ala mendahului segala-galanya.Di antaranya manusia dicipta dengan berbagai bakat dan pembawaan .Ada yang dapat dipupuk dan dimanfaat kearah kebaikan dan ada pula yang sampai menjadi penghalang.Semuanya ini perlu ditangani secara bijaksana dalm mendidik manusia.

Oleh itu,seseorang naqib sebaiknya ,dapat mengenal jiwa seseorang ,bakat daya(potensi) dan kecenderungan tertentu sehingga membolehkannya menghadapi mereka secara bijaksana,memahami keperluan dan dapat mengelak pertentangan .Kejadian manusia adalah sesuatu yang seni dan mendidik mendidik mereka juga adalah sesuatu yang seni.

8.Pergaulan yang baik

Hubungan seorang naqib dengan ahli-ahli usrahnya adalah hubungan yang berterusan.Ia bukanlah hubungan di dalam majlis usrah semta-mata.

Seseorang naqib mestilah pandai bergaul atau bermu’ayasyah dengan semua anggota usrah dan dapat menyesuaikan diri dengan berbagai suasana dan keadaan.Ia mestilah memastikan tidak ada seorang pun anggota usrahnya merasa dipinggirkan atau tidak diberi perhatian.

Ia mestilah berusaha mewujudkan suasana adanya kemesraan di kalangan seluruh anggota usrahnya,saling mengambil berat terhadap nasib sahabat-sahabat dan merasa adanya tanggungjawab untuk memelihara nasib sesame ahli.

Hendaklah sentiasa diambil ingatan,bahawa tujuan dasar usrah ialah persahabatan dan kasih saying kerana Allah.



9.Menjauhi segala muhlikat

Peribadi yang bersih,tenang dan bersahaja adalah watak yang diperlukan sebagai seorang pendidik.Sayugia diingatkan supaya ara naqib dapat memelihara diri mereka dari hal-hal yang haram atau meragukan atau dapat disebut sebagai perkara-perkara muhlikat.Jika perkara-perkara tersebut terjadi,sudah pasti menjejaskan kerohanian para naqib dan rasa hormat orang lai terhadap mereka.

Demikian juga mereka tidak disibukkan dengan urusan yang bersifat keduniaan atau hiburan dan bersenang-senangan yang membazir dan berlebih-lebihan.Dalam hal ini,adalah lebih baik mereka memilih hidup yang sederhana ,bersih dan tenang serta jauh dari pengaruh dari keduniaan semata-mata

10.Muhasabahdan mujahadah

Tanggungjawab sebagai seorang naqib,lebih dituntut untuk membuat muhasabah dan mujahadah .Setiap ‘amal-kerja yang telah berlaku perlu dinilai secara syari’at Ilahi.’Amal dakwah dan tarbiyyah lebih perlu dinilai supaya ia dapat diperbaiki dan dibersihkan agar dakwah benar-benar menjadi bersih dan murni.

Kita adalah jama’a yang mengajak seluruh ummat Islam kepada kebaikan.Tetapi kita juga tidak lupa menghisab dan memperbaiki diri kita sendiri bila terlanjur membuat kesalahan dan dosa.Justeru kita sanggup menegur dan memeriksa diri sendiri,di mana pun juga kita melakukan kesalahan,apalagi sebagai golongan yang mendidik orang.

Sifat sanggup menegur dan memperbaiki diri sendiri selamanya adalah sifat terpuji.Renungilah kata-kata Saidina Umar al-Khattab:

“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung di hadapan Allah,dan timbanglah ‘amal diri kamu sebelum kamu ditimbang di hadapan Allah”

2 comments:

  1. Nice blog n byk ilmu bermanfaat..alhmdulillah..^^

    ReplyDelete
  2. Al-Hamdulillah...blog yang menarik untuk dikongsi. Terima kasih atas ilmu & perkongsian penulis blog ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...