Tuesday 6 December 2011

ISLAM DAN PERKAHWINAN


Islam adalah agama yang syumul (universal). Agama yang mencakup semua sisi kehidupan. Tidak ada suatu masalah pun dalam kehidupan ini yang tidak dijelaskan. Dan tidak ada satu pun masalah yang tidak disentuh nilai Islam, walau masalah tersebut nampak kecil dan remeh. Termasuklah perkahwinan  yang begitu agung dan penuh nuansa. Dalam Islam, apabila cukup syaratnya, seseorang itu wajib berkahwin dan amatlah baik sekiranya niat untuk mendirikan masjid itu ditunaikan segera.
Perlulah difahami bahawa istilah kahwin muda dan sebagainya tidak seharusnya menjadi suatu isu atau dihangat-hangatkan seolah-olah pasangan tersebut belum mampu dek kerana umur yang muda (18-21) atau masih menuntut di universiti. Tidak kurang juga ada yang mengatakan bahawa pihak pengantin lelaki masih lagi kelihatan seperti kebudak-budakan dan tidak berubah. Perlulah diketahui bahawa melalui perkahwinan, manusia akan mengalami suatu bentuk perubahan yang cukup besar antaranya dari sudut gaya hidup, tingkah laku dan jiwa.
Dalam Islam, perkahwinan adalah berdasarkan perintah nikah dari beberapa ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Nabi, para ulama berbeza pendapat dalam nenetapkan hukum nikah. Menurut Jumhur Ulama, nikah itu sunnah dan boleh juga menjadi wajib atau haram. Perkahwinan termasuk dalam bidang muamalat, dan kaedah dasar muamalat adalah ibahah (boleh). Oleh kerana itu, asal hukum melakukan perkahwinan dilihat dari segi kaedah hukum Islam iaitu:

1) Ibahah (boleh/harus)
2) Sunnah (kalau dipandang dari pertumbuhan jasmani, keinginan berumah tangga, kesediaan mental, keupayaan membiayai kehidupan berumah tangga telah benar-benar ada)
3) Wajib (kalau seseorang telah cukup matang untuk berumahtangga, baik dilihat dari segi pertumbuhan jasmani dan rohani, mahupun kesediaan mental, kemampuan membiayai kehidupan rumah tangga dan supaya tidak terjerumus dalam lubang perzinaan)
4) Makruh (kalau dilakukan oleh seseorang yang belum sedia jasmani, rohani (mental), mahupun biaya rumah tangga)
5) Haram (kalau melanggar larangan-larangan atau tidak mampu membiayai keluarganya.

Dalam agama Islam, syarat perkahwinan adalah :
(1) persetujuan kedua belah pihak,
(2) mahar (mas kawin),
(3) tidak boleh melanggar larangan-larangan perkahwinan. 

Bila syarat perkawinan tak terpenuhi, maka perkahwinan tersebut tidak sah atau batal demi hukum.
Sedangkan rukun perkahwinan adalah :

(1) calon suami,
(2) calon isteri,
(3) wali,
(4) saksi dan
(5) ijab kabul.


Ringkasan Tata Cara Perkahwinan Dalam Islam

Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang tata cara perkahwinan berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah yang Shahih. Adapun Tata Cara atau Runtutan Perkahwinan Dalam Islam adalah sebagai berikut:


I. Khitbah (Peminangan)

Seorang muslim yang akan mengahwini seorang muslimah hendaknya ia meminang terlebih dahulu, kerana dibimbangi dia sedang dipinang oleh orang lain. Dalam hal ini Islam melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain (Muttafaq 'alaihi). Dalam khitbah disunnahkan melihat wajah yang akan dipinang (HR: [shahih] Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi No. 1093 dan Darimi).

II. Aqad Nikah

Dalam aqad nikah ada beberapa syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi :
a. Adanya suka sama suka dari kedua calon mempelai.
b. Adanya Ijab Qabul.
c. Adanya Mahar.
d. Adanya Wali.
e. Adanya Saksi-saksi.

Dan menurut sunnah sebelum aqad nikah diadakan khutbah terlebih dahulu yang dinamakan Khutbatun Nikah atau Khutbatul Hajat.

III. Walimah

Walimatul 'urusy hukumnya wajib dan diusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya diundang orang-orang miskin. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja bererti makanan itu sejijik-jijik makanan.

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, yang artinya: "Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (HR: [shahih] Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).

Sebagai catatan penting hendaknya yang diundang itu orang-orang salih, baik kaya maupun miskin, kerana ada sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, yang ertinya: "Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan bersama orang-orang yang bertaqwa". (HR: [shahih] Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim 4:128 dan Ahmad 3:38 dari Abu Sa'id Al-Khudri).

(Sumber Rujukan: Berbagai Sumber dari Al-Qur'an dan As Sunnah serta Kitab-Kitab Hadis).

p/s: Tahniah kepada sahabat dan sahabiah di Mesir yang baru saja melangsungkan perkahwinan. InsyaAllah giliran admin pula akan menyusul tak lama lagi, nantikan! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...