Thursday 13 June 2013

Adil Syarat Wajib Seorang Pemimpin




Antara syarat layak bagi seseorang pemimpin adalah memiliki peribadi yang baik dan adil dalam melaksanakan urusannya pada ummah. Pemimpin mestilah berlaku adil, memelihara diri sendiri daripada dosa besar, tidak berterusan dengan melakukan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah walaupun tidak berdosa. Syarat ini wajib bagi semua jawatan penting dalam urusan agama dan dunia.

Islam mewajibkan pemimpin supaya bersikap adil dalam semua keadaan. Ini menunjukkan keadilan Islam bukannya satu teori di awangan yang tidak berpijak di alam nyata, tetapi ia adalah perintah Allah yang dilafazkan dengan ayat al-Quran. Antara perintah Allah adalah dalam surah al-Maidah ayat 8 :


“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Allah menegaskan lagi dalam surah an-Nahl ayat 90;


“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.”

Islam mewajibkan kerajaan memantau secara menyeluruh perlaksanaan keadilan dalam negara. Ia merangkumi kelompok kecil seperti keluarga, seterusnya dalam masyarakat, negara dan bangsa, penganut Islam dan bukan Islam, kawan dan musuh, pada masa aman dan peperangan, manusia, binatang, alam sekitar dan lain-lain.

Kewajiban menunaikannya juga dikenakan kepada semua pihak, bukan sahaja ketua negara, juga kepada individu, pemimpin keluarga dan masyarakat di semua peringkat. Semua pihak wajib bersama kerajaan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

Nabi Muhammad menyatakan s.a.w menyatakan, “Setiap orang di kalangan kamu menjadi penjaga dan orang disoal berkenaan jagaannya. Pemimpin negara adalah penjaga rakyatnya, dia disoal berkenaan rakyatnya. Suami penjaga keluarganya, dia disoal berkenaan tanggungjawabnya. Isteri adalah penjaga rumahtangga, dia disoal berkenaan urusannya. Khadam adalah penjaga harta majikannya, dia disoal berkenaan tugasnya. Anak adalah penjaga harta peninggalan ibu bapanya, dia juga disoal berkenaan pengendaliannya.”

Golongan pertama disebut dalam hadis ini ialah imam atau pemimpin. Tugas pemimpin dalam mentadbir negara akan disoal pada hari kiamat nanti sama ada adil atau zalim. Begitu juga anggota masyarakat yang lain kerana mereka juga adalah anggota dalam masyarakat negara yang besar. Tugas masing-masing tidak selesai dengan mati meninggal dunia ini, bahkan semua urusan diteruskan di hadapan Allah pada Hari Kiamat kelak.

Hak Wanita

Islam memberi penekanan pada wanita dalam aspek keluarga iaitu dalam mengurus rumah tangga dan mendidik anak di rumah kerana kesibukan suami. Inilah cara yang sesuai dengan fitrah manusia. Islam tidak membenarkan wanita menjadi pemimpin dalam sesebuah negara kerana ia boleh menjejaskan fitrah dan kerukunan rumah tangga yang menjadi komponen penting dalam masyarakat. Hidup berkeluarga akan pincang tanpa peranan wanita kerana ia melibatkan pendidikan anak dan keluarga.

Namun begitu, wanita tetap mempunyai peranan yang besar dalam politik. Contohnya, pada zaman awal pemerintahan Islam, kaum wanita turut terlibat dalam Perjanjian Setia di Aqabah bagi mendirikan negara yang berdaulat. Ini bermakna, Islam mendahului lebih dari seribu tahun daripada demokrasi Barat yang memberi hak kepada wanita dalam pilihan raya. Dalam demokrasi Barat, wanita diberi hak pilihan raya di peringkat majlis perbandaran di Bandar Wyoming Amerika pada abad ke-19, kemudian diikuti oleh negara Barat yang lain.

Islam turut melibatkan wanita dalam keputusan yang besar ketika perjanjian Hudaibiyah. Dalam satu peristiwa, Nabi Muhammad menerima pendapat Ummu Salamah bagi menghentikan ibadah umrah kerana melaksanakan keputusan Allah yang berkait dengan pelaksanaan perjanjian itu. Orang bukan Islam yang masih bermusuh menghalang mereka menunaikan umrah sehingga menjadi syarat untuk berdamai dengan membatalkan umrah.

Dalam peristiwa yang lain pada zaman Khalifah Umar, seorang wanita memberi pendapat supaya penetapan mas kahwin secara paksa dihapuskan. Khalifah menerima pandangan sahabat dari kalangan wanita itu. Pada zaman Sultan Ahmad bin Tolun pula, seorang wanita alim yang bernama Sayyidah Nafisah dengan berani menentang perkara zalim sesudah menerima pengaduan orang ramai sehingga sultan itu mengalah dan menerima nasihatnya.

Hak Orang Bukan Islam

Dalam negara sekular, termasuk yang berasaskan kepada prinsip demokrasi tidak memberi layanan yang adil terhadap golongan yang tidak menyokong kerajaan, bukan warga negara dan golongan yang tidak seagama. Walaupun mereka mengaku berjuang atas prinsip hak asasi manusia, mereka tidak boleh menyembunyikan sentimen kebangsaan, kepercayaan parti dan anutan agama.

Islam yang berasaskan akidah atau iman mewajibkan keadilan dan hak pada semua manusia dalam sesebuah negara, walaupun tidak seagama, sebangsa dan senegara. Walaupun dakwah Islam mengajak semua manusia supaya menganut agama Islam, tetapi Islam melarang memaksa penganut agama lain, kerana paksaan tidak menghasilkan Islam yang sebenar daripada keyakinan dan iman yang tumbuh dalam hati. Namun, dalam aspek politik, Islam memberi hak kepada semua manusia termasuk mereka yang memusuhi negara dan umat Islam. Maka kepada orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam lebih-lebih lagi diberi hak dengan adil dan diharamkan berlaku zalim pada mereka.

Kepada orang bukan Islam yang diberi hak kerakyatan, dinamakan ‘Ahli al-Zimmah’ iaitu golongan yang diberi kesanggupan dan jaminan. Bermakna sanggup menjadi rakyat dan kerajaan Islam wajib memberi jaminan hak yang adil bukan sahaja menjadi rakyat, termasuk juga hak menganut agama, kegiatan ekonomi dan keselamatan.

Nabi Muhammad sendiri mengangkat golongan ini dengan menyatakan, “Sesiapa yang menyakiti Ahli al-Zimmah iaitu bukan Islam yang menjadi rakyat, maka dia menyakiti diriku sendiri.”

Dalam aspek politik dan pentadbiran pula, mereka diizinkan memegang jawatan menteri kabinet yang terlibat dalam pentadbiran yang bukan dasar yang dinamakan para fuqaha (Wazarah al-Tanfiz) dan jawatan-jawatan yang sesuai dengannya. Amalan ini berlaku ketika negara Islam memerintah masyarakat majmuk dan luas wilayahnya.

Hingga kini, masih wujud zuriat bukan Islam yang hidup mesra dengan masyarakat Islam. Sebagai contoh satu peristiwa pernah berlaku pada zaman Khalifah Umar di Wilayah Barat yang bersempadan dengan Wilayah Rom. Abu ‘Ubaidah sebagai pemimpin bertindak memulangkan bayaran cukai yang diambil daripada rakyat bukan Islam kerana merasa tidak mampu menjamin keselamatan mereka daripada ancaman tentera Rom. Golongan Kristian tersebut tidak mahu menerimanya kerana lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam yang adil.

Islam mewajibkan hak diplomatik kepada rakyat sesebuah negara yang mempunyai perjanjian dengan negara Islam. Islam juga mewajibkan hak perlindungan kepada rakyat negara musuh yang datang meminta perlindungan politik dengan jaminan tidak boleh menyerahnya kepada negaranya yang berlaku zalim.

Allah menegaskan dalam surah at-Taubah ayat 6;


“Jika seseorang di kalangan musyrikin datang meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya, sehingga dia dapat mendengar kalam Allah, kemudian sampaikan dia ke tempat yang aman.Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).”

Kenyataan ini menunjukkan Islam lebih awal memberi perlindungan politik kepada pelarian dan pendatang yang dizalimi di tanah air sendiri, mendahului lebih seribu tahun daripada Perjanjian Geneva dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Wednesday 12 June 2013

Syria

Tahun lepas, ketika ditanya, mengapa Allah melewatkan kemenangan umat Islam di Syria, ulama kita menjawab, 'Denganya Allah mempersiapkan tenteraNya dengan latihan yang cukup untuk menghadapi musuhNya di bumi Syam.'

Ya, melalui penentangan bersenjata ke atas regim Bashar al Asad yang sudah melangkaui dua tahun, barisan jihad bersenjata umat Islam Syria semakin kukuh dan tersusun.

Hari ini, ketika ditanya lagi, mengapa Allah terus melewatkan kemenangan umat Islam di Syria, ulama kita menjawab, 'Dengannya Allah melondehkan isi sebenar mazhab (baca firqah/kumpulan) SYIAH yang tidak mampu lagi untuk menyembunyikan kebusukan niat dan perancangan jahat mereka ke atas umat Islam.'

Ya, melalui kezaliman dan pembunuhan keji tanpa kasihan belas ke atas rakyat sendiri yang telah mencecah 100 ribu nyawa, di samping lebih sejuta orang yang menjadi pelarian perang, Bashar al Asad terus dipertahankan dan dibantu tanpa selindung lagi oleh Iran dan Hizbollah (baca Hizbut Thaghut).

Kini, jelaslah, dengan hikmat kejadian dan kehendak Allah melewatkan kemenangan di Syria berbanding kemenangan umat yang lebih awal diperolehi di negara-negara Arab yang telah mencetuskan revolusi rakyat, jelaslah kepada umat Islam bahawa SYIAH pelampau adalah di belakang Hizbollah dan Iran.

Bapa revolusi rakyat, syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi telah secara terang-terangan menarik balik pujiannya ke atas Hizbollah, lalu menggelarkannya sebagai Hizb al Thaghut. Beliau juga membidas keras negara Iran yang pernah dilunakinya dulu sepanjang usaha beliau dan para ulama Sunni (termasuk para ulama Ikhwanul Muslimin) dalam menjayakan projek besar 'taqribul mazahib' yang tidak pernah membuahkan kejayaan diimpikan.

Sokongan Syiah Hizbollah dan Iran ke atas regim haram Bashar al Asad adalah makar (perangkap) Allah ke atas kumpulan Syiah yang tidak pernah berubah akidah, pemikiran dan sikap mereka terhadap umat Islam. Mereka tidak menunggu apa-apa selain kerosakan ke atas umat Islam.

Mari bersatu. Kita ada Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang berjuang menegakkan ugamaNya. Bersatulah dan jangan berpecah-belah.

Bersama beri sokongan kepada rakyat Syria dalam jihad memerdekakan negara mereka daripada penghisap darah Bashar al Asad.

Haram ke atas umat Islam di Malaysia menyatakan sokongan ke atas regim Bashar al Asad, sang penyembelih rakyat sendiri.

Jika ditanya, adakah kemenangan akan diperolehi umat Islam?, jawablah dengan penuh yakin, 'Adakah Allah akan membiarkan hamba-hambaNya yang beriman dan berjuang untuk terus dibunuh?'

Tiada janji manis selain janji Allah dan rasulNya.

Esok kita berhimpun ramai-ramai di kedutaan Syria. Esok adalah Hari Untuk Syria.

Gerakan Amal Tarbawi Wajib Diperkasa




Sebagai sebuah Gerakan Islam, Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt.

Tanpa Amal Tarbawi atau perlaksanaan Amal Tarbawi yang lemah serta tidak konsisten bakal mengundang 1001 masalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan bahawa segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemah dan lembabnya perlaksanaan Amal Tarbawi.

Amal Tarbawi sangat berkait rapat dengan pengkaderan serta pembinaan aqidah, fikrah dan syakhsiyyah. Agar setiap anggota Gerakan Islam samaada pemimpin atau ahli biasa, wakil rakyat atau staff pejabat memiliki skema pentarbiyahan yang mantap dan lengkap.

Aqidah mereka aqidah yang tulen, fikrah mereka fikrah Islamiyyah dan syakhsiyah mereka pula adalah syakhsiyah yang soleh. Inilah rahsia kekuatan Gerakan Islam sehingga ia mampu bertahan dalam menangkis dan mengelak serangan musuh yang bertubi arus dari segenap sudut.

Apabila Amal Tarbawi mula tidak diendah atau perlaksanaannya bersifat acuh tidak acuh lantaran memberi keutamaan kepada skil politik seperti penampilan imej, kenyataan media, penampilan di tengah-tengah kemelut masyarakat, mengupas dan menjuarai isu, enggagement dengan pelbagai pihak dan sebagainya lagi yang saya tidak nafikan kepentingannya, maka ia membawa implikasi yang besar dan sukar buat masa depan perjuangan.

Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Harakah Islamiyyah.

Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu, usrah diabaikan, tamrin ditinggalkan, qiyamulail dilupakan, ziarah diketepikan. Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum, pertemuan-pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain, hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita, mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan.

Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah dikalangan kita melalui bertanya khabar, makan setalam, bertentang mata, bahu membahu, sama-sama mengaminkan doa rabitah dan lain-lain elemen (di samping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas) yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam.

Tanpa usrah, tamrin dan lain-lain aktiviti Amal Tarbawi, dapat dilihat kesannya hari ini. Bermula dengan renggang hubungan antara anggota sesama anggota mahu pun anggota dengan pimpinan, ianya mengheret kita kepada suasana yang lebih sukar iaitu mudah berburuk sangka dan mudah tercetus pergeseran sesama sendiri hanya dengan sedikit khilaf atau isu kecil yang saya percaya ianya tidak akan mencetus pergeseran apalagi pertegkaran jika ukhuwwah di antara kita tebal dan kebal.

Sementara itu, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ukhuwwah sangat penting bagi sebuah Gerakan Islam. Ianya menguatkan benteng atau kubu perjuangan dari asakan musuh yang mahu memecahbelahkan saf kita, semangat kerja berpasukan, melancarkan orientasi gerak kerja yang dirancang, mengelak krisis dan perpecahan dalaman dan sebagainya.

Lebih bermakna jika perjuangan yang kita dokong ini bertunjangkan ukhuwwah fillah yang mantap lantas ia menghasilkan kemanisan berjuang dan kelazatan berjamaah. Kemanisan dan kelazatan ini bagai formula yang paling kental bagi mengelak berlakunya futur dalam perjuangan apalagi insiden keluar jamaah meninggalkan perjuangan atau pecah wala' dan retak thiqah kepada pimpinan.

Itu baru kita bercakap soal ukhuwwah. Masih banyak lagi perkara lain yang juga penting seperti soal wala', thiqah, dengar dan taat, iltizam atau komitmen, istiqamah atau pro aktif, tadhiyyah atau pengorbanan dan banyak lagi, yang hanya mahu dihasilkan melalui Amal Tarbawi.

Kesimpulannya, adalah menjadi kewajipan kita di semua peringkat, cawangan, kawasan, negeri, pusat bahkan dewan-dewan untuk melihat semula isu Amal Tarbawi yang sedikit sebanyak mengalami gangguan perlaksanaannya masa kini.

Mudah untuk dikesan, saya sebutkan di sini betapa jika kita cadangkan program bermalam seperti 2 hari satu malam atau lebih, akan ada pandangan yang menolaknya dengan alasan kalau kita buat program melibatkan aktiviti bermalam, bimbang penyertaan kurang atau program itu bakal tidak mendapat sambutan. Lebih parah, pandangan seperti ini mewakili ramai di kalangan ajk mesyuarat tersebut.

Aktiviti Amal Tarbawi tidaklah sekadar usrah dan tamrin justeru Tarbiyyah bukan suatu yang rigid. Kita boleh menampilkan apa jua bentuk aktiviti asal sahaja membawa kita ke arah pencapaian yang menepati piawaian sebuah Gerakan Islam dengan elemen-elemen yang saya sebutkan tadi.

Kreativiti dalam menganjurkan aktiviti agar tidak dilihat stereo type atau jumud dan sebagainya sangat diperlukan. Yang penting kita perkasakan Amal Tarbawi. Harap gesaan ini mendapat sambutan semua pihak organ parti atau jamaah.

Segala kelemahan jangan dibiarkan berlarutan kelak ia membarah. Segala kekurangan jangan dipandang sebelah mata kelak ia membusung. Segala masaalah jangan dianggap remeh kelak ia meruncing.

Selamat memperkasakan Amal Tarbawi!



Kisah Jatuh Bangun Pemerintahan Islam Di Andalusia


Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan “Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat. Tempoh tersebut hampir mencapai lapan abad! 800 tahun, suatu jarak yang seharusnya menjadi renungan buat masyarakat Islam di seluruh dunia.

Tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus. Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh Islam kawakan seperti Ibn Hazm (994M-1064M), Ibn Rushd (1126M-1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas (1225M-1274M) dan Maimonides (1135M-1205M), seorang ahli teologi yang pernah terkenal di Andalus ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi.

Kejayaan Islam membina ketamadunan di Andalus, sesungguhnya sesuatu yang sangat mengkagumkan. Lebih memberi kesan jika ia turut ditinjau dari aspek perkembangan dan kejatuhan Andalusia itu sendiri demi mencari kesimpulan yang baik oleh kita semua.

Secara integral, para sejarawan bersepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad. Beliau adalah tokoh Islam terkenal telah memimpin pasukan tenteranya mengharungi Gibraltar (asalnya Jabal Tariq) yang memiliki kedudukan strategik pintu gerbang para pedagang antarabangsa, di mana para pedagang lazimnya menggunakan laluan tersebut bagi mengharungi lautan Atlantik dan Mediterranian.

Sebelum pembukaan Islam, wilayah Andalus dimonopoli secara rakus oleh golongan bangsawan (noble lord) sehingga berlaku penindasan terhadap golongan bawahan. Krisis ini menyebabkan ramai rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran negara mereka. Kesannya menyebabkan banyak tanah pertanian terbiar beku, industri-industri terpaksa ditutup dan ia sekaligus melumpuhkan ekonomi Andalus.

Menyedari kepincangan itu, Gabenor “Visigothic” (Visigoth) iaitu Count Julian berpaling tadah dan menentang Raja Don Roderick, beliau turut bekerjasama dengan Tariq ibn Ziyad untuk mengembalikan keadilan di wilayah tersebut. Pendirian Julian itu juga diriwayatkan ada kaitannya dengan tindakan Don Roderick yang merogol isteri dan anak perempuannya.

Tariq ibn Ziyad memimpin pasukan Islam hanya berjumlah 7000 orang, berdepan pula dengan tentera Don Roderick yang berjumlah seramai 100 000 orang. Lalu bagi meningkatkan semangat pasukan tenteranya di perlawanan yang tidak seimbang ini, dikatakan bahawa Tariq ibn Ziyad mengarahkan agar kapal mereka dibakar sambil digambarkan beliau berpidato;

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran..."

Kalimat ini dikobarkan oleh Tariq ibn Ziyad bagi menaikkan semangat pasukan tentera Islam dan akhirnya tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalus. Walau bagaimanapun ia diragui oleh sesetengah pengkaji terutama hal yang melibatkan pembakaran kapal kerana usaha menakluk Andalusia pada peringkat pertama melalui jalan laut sebenarnya dirintis awal oleh Tarif ibn Malik atau dikenali Abu Zurah bin Malik al-Nakha'ei.

Tarif yang mula-mula bersama kekuatan pasukan armada laut bagi meraih jalan ke arah penaklukan Semenanjung Iberia itu. Hal itu telah mendorong Gabenor Qayrawan, Musa ibn Nusair dan seterusnya Tariq ibn Ziyad bergerak bersama demi menakluk Andalus. Oleh itu ada keraguan bagi Tariq mengarahkan kapal dibakar kerana sepatutnya Tarif yang lebih layak memerintahkan begitu. Kerana Tarif memimpin kekuatan armada, sedangkan Tariq memimpin kekuatan artileri.

Kemenangan tentera Islam menguasai medan Gibraltar telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalus sehingga Tariq dapat meneruskan penguasaan ke Cordova dan Toledo. Kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk Bandar Zaragoza, Leon, Malaga, Sevilla dan beberapa buah bandar lain.

Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umaiyyah di Andalus. Khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Dimashq telah mewakilkan beberapa orang Gabenor untuk mentadbir Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Andalus dari tahun 718-756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri.

Apa yang menarik untuk diperhatikan sejarah pemerintahan Andalus ini ialah pemerintahannya kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Umayyah, walaupun kerajaan Bani Abbasiyah telah mula bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H/ 750M. Ini bermaksud, walaupun kerajaan Islam yang memimpin majoriti umat Islam sudah beralih kepada Bani Abbasiyah, namun Andalus terus diungguli oleh para pemerintah dari kelompok Umayyah.

Fakta sejarah mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalus, masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kejahilan dan kegelapan pimpinan Raja Roderick. Lantas, usaha-usaha dilakukan oleh pemerintah Islam di Andalus telah memberikan impak positif sehingga Barat kemudiannya dapat membina tamadun mereka yang membanggakan pada hari ini.

Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya mengawal masyarakat di Andalus walaupun mereka mempunyai pelbagai latar belakang. Ada di kalangan mereka berbangsa Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun, antara punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ini juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya yang merenggangkan hubungan mereka sesama mereka. Fahaman racist yang menebal akhirnya mengakibatkan Andalus turut menjadi lemah.

Sebenarnya pemerintahan Islam di Andalus berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadunnya. Gambaran ini dapat difahami menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya mampu mewujudkan kestabilan selagi mana ia tidak bertentangan dengan akhlak Islam. Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan tamadun Islam Andalus menguasai dunia dan meniti di bibir umat manusia.

Namun begitu, seakan sudah menjadi lumrah zaman bahawa di sana ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun di dalam "Muqaddimah"-nya sebagai sunnatuLlah. Kitaran ketamadunan itu menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa yang berada dipuncak pasti akan melalui tempoh kejatuhan.

Kitaran inilah yang turut melanda Andalus sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin menunjukkan ketidakmampuan untuk dipertahankan. Apa yang dimaksudkan ialah ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari sudut politik pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan intelektual dan fizikal.

Kejatuhan Andalus tidak berlaku sekelip mata, tetapi melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada dikalangan pemimpin umat Islam ketika itu yang berjaya mempertahankan Andalus. Tiada Salahuddin Al Ayubi, tiada Saifuddin Qutuz, dan tiada Muhamad Al Fateh. Bibit-bibit kejatuhan bermula setelah pemerintahan Andalus dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan kecil.

Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, satu khalifah, berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil. Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa'if, ia wujud disebabkan semangat puak, sikap fanatik terhadap bangsa. Mereka tidak langsung berpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyah dan seakan menjurus kepada ketuanan kaum sesama sendiri.

Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah dan penguasaan wilayah. Akibatnya, Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai "al-Qurtubah" akhirnya menjadi bandar yang terakhir jatuh sepenuhnya ke atas Raja Ferdinand. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Andalus di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir di Granada dari tahun 620H-897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamatkan maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada digulingkan dengan cara yang lebih teruk.

Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah gugup dan menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra' atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

Berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, pergolakan anak-beranak diraja berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada. Sikap Abu Abdullah yang hilang pertimbangan dan tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang diputuskan oleh bapanya, menyebabkan beliau memberontak sehingga sanggup mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tetap tidak menyebelahi Abu Abdullah.

Tetapi kerakusan Abu Abdullah tidak padam, bahkan perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama dengan Raja Ferdinand untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang relatif disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada kepada kerajaan Ferdinand, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella itu sebagai satu-satunya raja yang berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Andalus.

Kejatuhan Andalus rupanya adalah kelemahan pemerintahan sanggup menggadai prinsip demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya mampu dicapai buat sementara waktu sahaja. Selain itu ia turut disebabkan beberapa faktor internal dan eksternal, iaitu :
Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan pemerintahan di Andalus. Kebanyakan mereka hanya mewariskan kepimpinan melalui sistem monarki yang pada waktu itu sudah korup, tiada akauntibiliti dan hilang integriti di mata rakyat.
Tiada wala' terhadap khalifah yang sah mentadbir kerajaan. Masing-masing menyimpan hasrat untuk menguasai wilayah pemerintahan sehingga berlaku perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.
Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.
Perbezaan fikrah yang wujud sehingga hilang adabul ikhtilaf di kalangan mereka, lalu perbezaan tersebut banyak membawa jatuh-menjatuhkan, runtuh-meruntuhkan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.
Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.
Kesan daripada faktor-faktor inilah umat Islam dibunuh atas restu Pope dan ada yang dihalau keluar dari Andalusia, bahkan ada di antara mereka yang terus diperangi lagi dan lagi walaupun sudah bersedia keluar dari Andalusia. Ia turut terpalit kepada kaum Yahudi, di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterusnya runtuh.

Syeikh al-Qaradhawi Seru Pertahankan Syria



Rakyat Syria aliran Ahli Sunnah yang membentuk hampir 80% daripada penduduk negara itu sedang dihapuskan secara sistematik oleh tentera Syria sendiri di samping mendapat dokongan fanatik Syiah yang datang dari Iran, Iraq, Lubnan dan Yaman.

Kini, beberapa kelompok Syiah dari Bahrain, Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu telah dilihat berjuang bersama tentera rejim Presiden Bashar al-Assad. Sebenarnya mazhab al-'Alawi anutan Bahsar itu hanyalah kelompok minoriti di Syria. Mereka menjadi kuat kerana menguasai pasukan tentera sejak zaman penjajahan Perancis. Hari ini rejim yang zalim itu mendapat sokongan negara besar seperti Rusia dan China.

Pemimpin Hizbullah, Hasan Nasrullah mengakui bahawa sebilangan besar anggotanya di Lubnan Syiah berjuang menentang pejuang yang dikatakan puak pemberontak di Syria (bermazhab Sunni) terutamanya di bandar al-Qosair. Kemasukan pejuang Hizbullah ke Syria sangat menggemparkan banyak pihak. Dilaporkan bahawa jumlah mereka itu menjangkau 4,000 orang.

Masyarakat Islam di dunia Arab tidak lagi memanggil kumpulan pejuang pimpinan Hasan Nasrullah itu sebagai Hizbullah (Golongan yang bersama Allah) sebaliknya menggelarkan mereka Hizbu Syaitan atau golongan yang bersama dengan syaitan.

Menurut tinjauan pendapat baru-baru ini yang dilakukan oleh beberapa TV satelit pan-Arab, 85% daripada responden mengganggap Hizbullah sebagai musuh orang-orang Arab dan umat Islam.

Sehubungan dengan itu, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr.Yusuf Al-Qaradhawi menyeru seluruh dunia Islam menjadikan hari Jumaat (14 Jun 2013) sebagai "Hari untuk Syria". Beliau menyebut demikian dalam kenyataan medianya pada minggu ini.

Beliau juga menyeru umat Islam mengadakan demonstrasi pada hari jumaat ini bagi menyatakan sokongan kepada rakyat dan pejuang pembebasan Syria khasnya bandar al-Qusair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan (Hizbullah) dan pasukan bersenjata dari Iran serta lain-lain yang membantu rejim Syria.

Terdahulu dalam program "As-Syari'ah wal-Hayah" di stesen TV al-Jazeera (6 Jun 2013), Syeikh al-Qaradhawi menyebut, "Mereka (Syiah) sebenarnya telah mengkhianati kita sejak sekian lama dan akhirnya pada hari ini, semuanya menjadi jelas."

Katanya lagi, "Di Syria mereka sedang membunuh saudara seakidah kita bersama pasukan Hizbullah. Jangan panggil mereka Hizbullah, mereka selayaknya digelar Hizbu Syaitan dan Allah tiada kena-mengena dengan mereka."

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan tertegaknya negara-negara blok Syiah di rantau itu, "Mereka (Syiah) sedang menjalankan operasi penghapusan etnik di Syria dengan tujuan untuk membina 'Negara Syiah Barat' di sebelah barat Syria. Dengan tertegaknya negara baru itu, umat kita akan dibahagikan dan semakin kecil."

Sementara itu, pergerakan Ikhwan Muslimin di Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari iaitu pada 13-14 Jun ini bagi membincangkan isu umat Islam di Syria.

Kita menyedari bahawa kuasa politik Islam kelompok Sunni tidak berada dalam keadaan yang terbaik. Mesir ketika ini masih bergelut dengan saki baki sekular-liberal yang berusaha sedaya upaya untuk mengugat kestabilan dan menyekat arus perubahan yang dipimpin oleh Presiden Dr.Muhammad Morsi.

Negara Arab Saudi, walaupun mempunyai kekayaan, namun tidak tampil sebagai kuasa politik yang disegani. Dari segi ketenteraan juga negara itu tidak memiliki gah walaupun berbilion-bilion dolar AS dikorbankan untuk membeli senjata dari sekutunya di barat.

Negara Turki juga sedang berhadapan dengan masalah tersendiri. Pakistan juga menghadapi masalah ekonomi dan politik tidak berkesudahan. Negara-negara umat Islam di Asia dan nusantara terletak agak jauh dari Timur Tengah dan tidak merasai apa-apa ancaman tentang hegemoni Syiah.

Walau pun begitu, kita tidak boleh berpeluk tubuh.


Tuesday 11 June 2013

Syria

Dengan pendirian yang amat jelas Syeikh Dr Yusuf Qardhawi terhadap Iran dan Hizbullah yang berkait juga dengan masalah hubungan Sunni-Syiah, maka sudah tibalah umat Islam di negara ini khususnya menentukan sikap tanpa ragu-ragu lagi untuk menyokong rakyat Syria dalam perjuangan mereka memerdekakan tanah air mereka dan menyelamatkan diri dan keluarga mereka dari regim Basyar Assad yang zalim

Saya perturunkan kembali fatwa yang diputuskan oleh Muktamar Syria anjuran al-Ittihad al-Alami Lil Ulama al-Muslimin (The International Association of Muslim Scholars) yang dipengerusikan oleh Prof Dr Yusuf al-Qardhawi) dan Rabitah Ulama Suriyiin (Syria) dari 1 - 3 Julai 2012 di Istanbul, Turki .

1) Wajib bagi umat Islam untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria kerana perjuangan mereka adalah di antara hak dan batil, di antara keadilan dan kezaliman. Perjuangan mereka juga adalah untuk melawan pemerintah yang membunuh dan menindas rakyat. Dan ini menunjukkan bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu dan menyatakan sokongan kepada umat Islam yang dizalimi.

2) Wajib ke atas setiap pemimpin umat Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan kepada kebangkitan rakyat Syria. Sokongan samada dari sudut bantuan kewangan, senjata dan pelbagai bantuan agar kebangkitan mereka mendapat kemenangan. Mereka juga perlu menyatakan sokongan dan memberi bantuan senjata kepada Tentera Pembebasan Syria yang telah berjihad dan berjuang melawan regim Basyar yang zalim.

3) Haram bagi umat Islam menyatakan sokongan dan dokongan kepada regim Basyar mahupun sekutunya dari sudut ketenteraan, harta benda, sokongan politik dan sebagainya.

4) Merupakan kewajipan untuk menyokong golongan yang memperjuangkan kebenaran. Maka, tidak ketinggalan kepada para alim ulama' dan juga pemikir Islam agar menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap kebangkitan rakyat Syria. Dan haram bagi mereka diam membisu melihat kezaliman demi kezaliman berlaku di Syria.

5) Haram membunuh di atas dasar hawa nafsu dan juga kepuakan. Haram hukumnya membunuh dan menumpahkan darah tanpa hak. Akan tetapi apabila berada di dalam medan jihad, maka ia merupakan kewajipan untuk mempertahankan maruah diri dan juga agama. Kami juga mengingatkan kepada Tentera Pembebasan Syria agar berjihad tujuannya adalah untuk mempertahankan maruah diri, agama dan juga negara bukan kerana lain

(Syeikh Raed Solah, Pemimpin Gerakan islam Palestin wilayah 1948 turut hadir dalam muktamar ini dan menegaskan 'Hari ini Damsyik (dibebaskan) esok Baitul Makdis pula!)

LINK ASAL : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10201299169787047&set=a.1728667542295.98486.1406644655&type=1&theater

Siapakah Adnan Menderes?



Ali Adnan Ertekin Menderes (lahir di Aydin tahun 1899 – meninggal di Imrali, 17 September 1961 pada umur 62 tahun) merupakan seorang negarawan Turki dan pimpinan pertama yang dipilih secara demokratis dalam sejarah Turki. Ia menjawat jawatan Perdana Menteri Turki antara tahun 1950–1960. Salah seorang pengasas Parti Demokrat pada tahun 1946, parti oposisi rasmi ke-4 di Turki.

Masyhur di kalangan masyarakat Turki tersebar kisah Adnan Menderes menaiki sebuah pesawat terbang. Semasa di angkasa, salah satu mesin pesawat mati. Pilot pesawat mengumumkan keadaan emergency. Menderes bersumpah, jika Tuhan selamatkan dirinya, dia berjanji untuk mengembalikan kejayaan Islam di Turki. Akhirnya pesawat pun terbakar. Satu-satunya penumpang yang selamat, hanya dirinya. Allahu a’lam.

Dia dikenali sebagai orang yang pertama kali mengembalikan azan ke dalam bahasa Arab, dimana sejak lama diubah oleh Kamal Attaturk ke dalam bahasa Turki.

Tahun 1950 bergabung dengan Parti Demokrat Turki dan menjadi calon untuk pilihanraya.Amerika pada masa itu mensasarkan bahawa Menderes akan kalah dengan manifesto-manifesto yang dibawanya. Antara kempen Menderes ialah:

-Azan dikembalikan ke dalam bahasa Arab.
-Ibadah haji diizinkan.
-Pembukaan kembali sekolah-sekolah agama (Islam) dan pengajaran agama di sekolah-sekolah umum.
-Membatalkan dasar yang melarang hijab bagi Muslimah.

Dan hasilnya sangat mencengangkan! Parti Attaruk menurun 32 keursi. Manakala Parti Demokrat meraih 318 keursi. Adnan Menderes dipilih menjadi PM Turki, dengan presiden Celâl Bayar

Semenjak dilantik menjadi PM, Menderes memenuhi janji-janji di dalam manifesto. Pelantikannya bertepatan dengan awal Ramadhan dan dalam masa yang sama, Menderes mengisytiharkankan azan dengan bahasa Arab, kebebasan berpakaian untuk muslimah, pengajaran di masjid-masjid, dan dibolehkan memakmurkan masjid.

Pada pilihanraya 1954, parti Attatruk sekali lagi menurun secara drastik hingga tinggal 24 keursi. Pada masa yang sama, Menderes mengizinkan peraturan yang membolehkan pengajaran Bahasa Arab, pengajaran Al-Qur’an di seluruh sekolah menengah, membangunkan 10,000 masjid dan 22 maahad Islam di Anatolia, dalam rangka akselerasi program para khatib, da’i, dan guru-guru Al-Qur’an. Menderes juga megizinkan penerbitan buku-buku Islam, majalah-majalah, atau lebaran yang menyerukan agar kembali berpegang teguh dengan ajaran Islam. Lebih dari itu, Menderes mengaktifkan kembali masjid-masjid yang dijadikan gudang-gudang untuk kembali menjadi tempat ibadah dan membuka 25 madrasah tahfiz Al-Qur’an.

Menderes mulai aktif menjalin hubungan dengan Dunia Arab melawan Israel. Antaranya, melaksanakan aturan ketat untuk setiap kargo yang masuk dari Israel, baik kargo ubat-ubatan atau barang yang 'Made in Israel'. Malah Menderes pernah mengusir Duta Israel di Turki tahun 1956.

Arus Islamisasi yang begitu deras, membuat golongan anti Islam di Turki kepanasan. Didalangi oleh para jeneral dari zaman Kamal Attatruk banyak menikmati kucuran dollar dari Israel, Jeneral Kamal Joe Russel menangkap dan menghukum gantung Menderes.

Sebab-sebab Menderes dihukum gantung telah ditulis oleh seorang wartawan bernama Sami Kohen, "Penyebab hukuman mati Menderes adalah, kebijakan politiknya yang teramat dekat dengan dunia Islam, sebaliknya dingin dan kaku dengan Israel. Selain itu, kunjungan terakhirnya ke beberapa negara Teluk, yang kemudian dilanjutkan beribadah haji, menjadi sebab kemarahann militer tentera Turki."

Dengan izin Allah, Menderes syahid di tali gantung

Seorang Adnan Menderes, hanya dalam 10 tahun perjuangannya, sekolah-sekolah Islam yang dibukanya, lembaga-lembaga tahfiz yang telah digerakkan, masjid-masjid yang dibangunkan, azan yang idikembalikan dalam bahasa Arab, ternyata membuahkan hasil semenjak tahun 1996 dengan kemunculan Necmettin Erbakan, dan sehingga penghujung tahun 2006, benih-benih dakwah Menderes muncul seperti: Abdullah Gull, Recep Tayip Erdogan, dan generasi terbaik Turki saat ini.

Tak ramai yang mengenal dan pernah dengar tentang Adnan Menderes di dalam dunia Islam. Mungkin sebab Menderes tak pandai mengarang buku-buku, hingga tak ada yang menggelarnya 'Allamah Mujtahid Mutlaq Syaikh.' Tetapi pengorbanannya menjadi teladan bagi generasi muda Turki, sejajar dengan Imam Syahid Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Raja Faisal dan lain-lain lagi

-Wallahua'lam-

Monday 10 June 2013

ISU EMPANGAN NAHDAH MENYATUKAN HATI RAKYAT BERSAMA MURSI



Penyokong setia yang berdiri teguh di belakang beliau dan rakyat yang ikhlas membantu beliau bukannya sedikit. Sekali mereka berhimpun akan memenuhi jalan raya. Tetapi Mursi tidak mahu rakyatnya setiap hari keluar berkumpul di jalan-jalan raya seperti kumpulan pembangkangnya. Setiap hari ada perkumpulan dan perkampungan dengan mendirikan khemah sama ada di Tahrir atau lain-lain. Namun kecundang dari sudut angka kerana yang menyertai hanya boleh dibilang dengan jari. Mereka diajar untuk berkampung dan berdemonstrasi serta tidak mempedulikan kehidupan dan membangunkan negara. Oleh sebab itu, Mursi dan Ikhwan cuba mengelakkan himpunan kerap diadakan walaupun sebenarnya mereka mampu mengumpulkan penyokong mereka jauh berganda dari kumpulan "Barisan Penyelamat" atau kempen "Tamarrud".

Saya yakin mereka yang akan keluar pada 30 Jun ini tidak ramai sekaligus usaha menumbangkan Mursi akan menemui kegagalan KECUALI melalui taktik kotor seperti komplot bunuh dan sebagainya (seperti didedahkan oleh Dr.Raghib Serjani).

Jika mahupun mereka terpaksa mengupah wang dan makanan. Kerana itu seorang pemimpin aliran Salafi/Wahabi Mesir, Syeikh Yaser Burhami secara sinis mencabar, "Jika kumpulan pembangkang berjaya mengumpulkan jutaan rakyat di Tahrir dan seluruh Mesir pada 30 Jun ini, saya sendiri akan minta Mursi letak jawatan!".

Mesir

Presiden Mursi: "Saya bersedia turun bertemu dengan semua pihak sama ada individu atau kumpulan bagi menyelesaikan isu Empangan Nahdah."

Jika Mursi sudah tawarkan untuk bertemu dengan sesiapa jua maka apa lagi alasan yang bakal dikemukakan oleh Barisan Penyelamat Mesir?

Bagi saya tawaran ini bukan untuk mereka. Jika benar Mursi tujukan kepada mereka memang tulus ikhlas benar hati Mursi. Masih mahu menghulurkan tangan kepada musuh. Biarkan mereka tunggu tarikh 30 Jun ini untuk huru-harakan negara.

Mesir

Jam 7 malam hari ini akan berlangsung dialog antara parti-parti politik Islam Mesir bersama Presiden Mursi khas bagi membincangkan isu pembinaan Empangan Ethopia "Nahdah" yang semakin buntu waktu ini. Dialog 13 buah parti politik Islam itu antaranya FJP,Parti Nur,Bina wa Tanmiyah,Asolah dan lain-lain.

Parti komponen dalam Barisan Penyelamat telah menolak sebarang dialog dengan Mursi sehingga 30 Jun ini yang mereka yakin Mursi akan tersungkur seperti Mubarak.

Isu Empangan Nahdhah ini semakin meruncing apabila Ethopia berdegil untuk meneruskam pembinaannya dan menolak perbincangan. Walaupun ada cadangan penyelesaian ketenteraan namun Mesir mahu menyelesaikan melalui diplomasi.

PENGISYTIHARAN JUMAAT DEPAN SEBAGAI HARI UNTUK SYRIA

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media terbaru menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari Jumaat depan bersamaan 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria".

Kenyataan tersebut menyeru umat Islam keluar di jalan-jalan raya menyatakan sokongan kepada rakyat Syria khasnya di El-Qosair serta mengutuk pembabitan tentera Hizbu Syaitan dan militia dari Iran serta pasukan bersenjata Syiah yang lain dalam memberikan bantuan kepada rejim Syria.

Sementara Ikhwan Muslimin Mesir melalui sayap politiknya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mengesahkan ulamak Islam seluruh dunia akan berhimpun di Kaherah selama dua hari, 13 dan 14 Jun ini bagi membincangkan isu Syria.

Memahami Pergolakan Politik Dunia Islam

Fokus di atas memang mempunyai skop yang luas. Ia memerlukan pencerakinan yang menyeluruh menyentuh berbagai daerah dan negara Islam; di samping seribu satu masalah-masalahnya. Sudah pasti untuk dapat memenuhi tuntutan yang ideal bagi tajuk ini suatu yang amat sukar, kalaupun tidak hendak dikatakan mustahil.

Apa yang sempat penulis perturunkan di sini hanyalah beberapa bentuk krisis atau pergolakan yang umum sahaja secara kasar. Rencana ini akan cuba menampilkan pergolakan setempat, pergolakan serantau dan pergolakan antarabangsa yang merangkumi pelbagai masalah.

PERGOLAKAN SETEMPAT

Dalam horizon yang bersifat mikro kita wajar menyorot permasalahan yang melingkari kitaran kita sendiri. Persoalan yang paling utama tentunya yang berkaitan dengan tasawwur, atau visi dan misi yang perlu dititik-beratkan. Persoalan yang berkait dengan hala-cara berfikir, perspektif yang betul dan kaedah pemikiran yang benar dan sahih terhadap tuntutan semasa adalah penting sekali. Perkara ini sering disebut sebagai wawasan, atau wawasan pemikiran.
Masalah Wawasan
Apa yang sering menjadi punca perbalahan dalam masyarakat Islam ialah bermula dari perbezaan visi dan nilai, urutan keutamaan dan kaedah pendalilan golongan elit dan pemimpin dalam masyarakat. Individu Islam berhadapan dengan pelbagai pengaruh pemikiran dari aliran modernisme, liberalisme, pragmatisme, meterialisme, obsecurantisme, secularisme, sosialisme sampailah kepada beberapa kaedah-kaedah pemikiran baru yang disebut sebagai pemikiran literal, kreatif, positif, negatif dan sebagainya yang mencorakkan hala-cara pemikiran.

Hal ini disemarakkan lagi oleh kepentingan peribadi mahupun kepentingan kumpulan sama ada dari pelbagai bangsa, mazhab dan budaya yang menghuni negara mereka. Kerana itu mereka sering berhadapan dengan perselisihan, perbalahan dan perpecahan, apatah lagi racun serangan pemikiran yang dilancarkan oleh penjajah sejak beberapa lama telah melumpuhkan sebahagian potensi khasnya golongan cendekiawan untuk berfikir lebih matang.

Di Pakistan aliran sosialisme Benazir Bhuto masih mendapat tempat di kalangan rakyat jembel dan golongan elit tertentu; meskipun sosialisme telahpun pudar dan Benazir Bhuto telahpun tiada; bahkan reput di daerah tempat lahirnya. Golongan yang memperjuangkan Islam masih belum mampu mendominasi medan politik dan menguasai Pakistan; meskipun misi asal pengasas negara tersebut ialah hendak menegakkan negara Islam seutuhnya.

Di Somalia perkembangan politiknya semakin merealisasi kehancuran. Aliran Islam belum berkesempatan untuk muncul sebagai alternatif bagi generasi yang akan datang. Politik sekular yang pernah dipelopori Ziyad Berri menolak masyarakat ke kancah politik perkauman yang berlandaskan kepentingan kabilah. Ia meledakkan perang saudara yang membawa Somalia ke arah masa depan yang lebih gelap.

Di Algeria faham sosialisme golongan elit yang memerintah sekian lama telah membuahkan pemerintahan diktator ketenteraan yang memusnahkan benih demokrasi dan mencantas suara rakyat Muslim yang inginkan alternatif Islam; selepas ternyata Parti Jabhatul Inqaz pimpinan Abbas Madani mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Golongan penindas tersebut menganggap bahawa aliran Islam adalah musuh dan pemusnah Algeria. Kini Algeria dilanda kemelut dalaman yang berpanjangan.
Masalah Kepimpinan
Kepimpinan adalah suatu masalah pokok dihadapi oleh umat Islam. Para leluhur dari kalangan Ansar dan Muhajirin setelah wafatnya baginda Rasul-Allah hampir-hampir berperang sesama sendiri. Umat Islam begitu sukar untuk menggalang perpaduan politik antara mereka kerana persoalan kepimpinan. Meledaknya perang antara mereka pada akhirnya adalah kerana masalah kepimpinan.

Masalah ini terus-menerus menjadi masalah umat di kebanyakan negara yang majoriti rakyatnya umat Islam. Bahkan ketika mereka menjadi golongan minoriti-pun masalah kepimpinan tetap menjadi masalah pokok. Dapatkah umat Islam mencari formula yang ampuh untuk menyelesaikan masalah yang telah memakan korban jiwa yang banyak dalam sejarah mereka masa lalu dan kini. Inilah suatu cabaran besar yang mereka hadapi.

Sebagai contoh, kewujudan kepimpinan yang mantap dan berwibawa, dan boleh menyatukan kumpulan-kumpulan Mujahidin di Afghanistan nampaknya belum bertemu garis noktahnya. Sejarah Afghanistan menyaksikan negara tersebut turut terjebak dalam jalur sejarah yang dilalui oleh Somalia, iaitu perkelahian antara kabilah. Apa yang ketara pengaruh kepentingan kelompok dan etnik menonjol dan ia menyemarakkan lagi api peperangan.

Persoalan yang mungkin timbul dalam kontek ini ialah apakah hakikat dan ciri kepimpinan Islam yang sebenar? Bagaimana ia dapat dilembagakan dalam negara-negara umat Islam? Bagaimana ia boleh berfungsi membawa umat ke arah masa depan yang mantap? Bagaimana ia boleh muncul dalam era tirani dan kuku besi seperti di sesetengah negara Islam? Bagaimana kepimpinan Islam yang tulen dapat dipertahankan pada masa kini?

Pendek kata ada berbagai soalan lagi yang boleh ditampilkan dalam konteks ini serta perlu dijawab dengan perancangan dan perlaksanaan.
Masalah Kemiskinan
Walaupun negara-negara umat Islam mempunyai hasil mahsul bumi yang kaya dan lumayan dengan berbagai-bagai jenis bahan galian, logam, bijih, berlian, minyak, gas asli, sumber-sumber pertanian dan sebagainya justeru kerana kedudukan strategiknya di muka bumi ini; namun rata-ratanya masih dibelenggu kemiskinan. Kafakiran terus-menerus mencerut mereka sehingga ke taraf kebuluran.

Ada negara yang dilanda kebuluran kerana kemarau panjang. Ada yang dilanda kebuluran kerana peperangan saudara. Ada pula yang papa kerana jerat hutang Bank Dunia. Ada pula berkeadaan demikian kerana kejahilan mentadbir dengan bersih dan bijaksana, maka agihan tidak dilaksanakan secara amanah dan berkesan. Tidak kurang pula yang dimiskinkan oleh kuasa imprealis dan kuasa besar setelah tadinya menikmati kekayaan hasil minyak atau pertanian; melalui perampasan aset atau pembekuannya; atas nama PBB mahupun NATO.

Sepatutnya seluruh rakyat di negara-negara Islam boleh menikmati secara seimbang dan berpatutan anugerah Allah ini, tetapi rata-ratanya masih dikongkong oleh kuasa penjajah ataupun idea penjajah. Meskipun negara-negara Islam mempunyai sumber kekayaan yang banyak, namun negara tersebut berhadapan dengan masalah tidak ada kestabilan politik, kehilangan keamanan dan hak-hak asasi manusia, di samping ketiadaan kebebasan bertindak.

Akibatnya rakyat menikmati kekayaan negara ini secara tempang kerana yang menikmati kekayaan hanya dua tiga kerat yang berkepit dibawah dokongan pemerintah yang korup dan tidak bermaruah.
Masalah Monarki dan Amalan Tidak Demokratik
Dari sudut politik pula rata-rata umat Islam tertindas di bawah sistem pemerintahan yang tidak demokratik. Ada yang menggunakan sistem monarki demi mengukuhkan kedudukannya dan kaum keluarganya terus berada di puncak kuasa. Monarki dalam bahasa Yunani disebut "monos archein", yang bermaksud "satu pemerintah" (hereditary monarchies) dan ia memang terkenal sebagai sistem pemerintahan yang tertua di dunia.

Tidak semua monarki korup atau menindas kerana ada yang memanfaatkan sistem tersebut secara demokratik (elective monarchy). Tetapi yang tidak sepatutnya berlaku dalam sistem monarki ialah apabila ia digunakan untuk memenuhi tembolok nafsu dan kuasa. Sebagai contoh rejim tentera di Syria pimpinan Hafez al Assad kepada Basyar al Assad, turut mengguna-pakai sistem monarki untuk menekan kebebasan suara rakyat di negaranya.

Sejarah rejim Shah Iran, umpamanya telah melakukan kekejaman yang dahsyat terhadap rakyat Iran. Kesan pemerintahan satu parti yang mengongkong juga membelenggu mereka. Malah dalam negara-negara yang bertopengkan demokrasi-pun umat Islam tidak sebenarnya mendapat kebebasan yang menjadi hak asasi mereka. Satu demi satu akta yang membataskan serta menyempitkan kebebasan mereka diperkenalkan. Umat terus menerus menderita dalam slogan kebebasan atau kemerdekaan yang dilaungkan.
Masalah Sosial
Dari segi sosial pula maka kita dapati korupsi telah berkembang dan telah membudaya. Berpuluh juta, bahkan berbilion wang ringgit rakyat hilang kerana jenayah kolar putih. Bahkan juga kerana angkara golongan politikus yang rakus. Gejala ini bukan hanya melanda dunia Islam, malah juga melanda negara-negara bukan Islam seperti Itali, Mexico, Argentina, Thailand dan lain-lain. Banyak kerajaan yang jatuh tetapi banyak pula yang masih bercokol dengan memegang kuasa 'tanpa muka dan maruah'. Suatu contoh yang jelas ialah kes-kes yang berlaku di Bangladesh sekarang ini, Pakistan di zaman pemerintahan Ali Bhuto, Afghanistan dalam pemerintahan Raja Zahir Shah.

Selain daripada masalah ini dunia Islam juga menghadapi kegoyahan institusi keluarga. Di Malaysia meskipun mungkin tidak seteruk beberapa negara Barat sehingga perkara ini dijadikan agenda bertindak yang penting oleh pemimpin negara tertentu; namun permasalahan ini tetap mencemaskan kita. Kadar jenayah remaja, kehilangan anak gadis, rogol, buang anak, perceraian, pelacuran dan sebagainya kian meningkat.

Institusi keluarga semakin tersepit dalam budaya hidup bebas, permessiveness dan kebendaan. Adegan-adegan ranjang dan gila-gila yang dipaparkan oleh media massa bahkan gaya politik pemerintah yang mahu kekal kuasa dengan budaya tohmah dan fitnah, menyemarakkan lagi gejala ini untuk menjadi ikutan masyarakat. Wanita semakin bebas dan ingin meniru lelaki. Lelaki sendiri semakin dirayap kedayusan, kepondanan dan tidak lagi benar-benar memegang kendali keluarga.
Masalah Kemunduran Teknologi
Umat Islam memang menghadapi masalah kemunduran infrastruktur dan teknologi baik di Afrika mahupun di Asia. Mereka rata-ratanya masih bergantung kepada teknologi dan bantuan negara-negara asing yang kaya atau maju. Kemunduran ini berakibat daripada lingkaran musibah yang pada pemikiran yang singkat akan terus rebah dengan sinis bahawa keadaan seperti ini sukar diubah dan dibaiki.

Kita semua maklum penjanaan kapitalisme dan ekonomi moden bergerak atas pencapaian dan penguasaan sains dan teknologi, selain perdagangan dan pemasaran yang ampuh. Negara-negara Euro-Amerika, Australia, dan Asia Timur dapat menguasai ekonomi dan pasaran dunia kerana mereka terkehadapan dan mendominasi bidang sains dan teknologi. Manakala usaha-usaha negara Islam untuk mengubah negara mereka menjadi negara industri masih di peringkat pra-matang dan sering menghadapi gangguan oleh kuasa ekonomi yang berpengaruh.

Umat Islam seolah-olah semakin dirantai dan semakin hilang kuasa di negara mereka sendiri. Hak milik mereka dalam negara sendiripun kerap terhakis oleh pemodal-pemodal sedunia yang semakin galak membeli dan memiliki saham ekuiti syarikat-syarikat besar dan penting. Oleh itu, kedaulatan dan kemerdekaan mereka dalam erti kata sebenamya semakin tergugat dan terhad. Namun, sebelum menyerah kalah atau pasrah akan keadaan ini, adalah menjadi tanggungjawab ke atas mereka, khasnya golongan inteligensia dalam sesebuah masyarakat untuk bersungguh-sungguh memikirkan dan mengupas keadaan yang menjerat ini.

Usaha yang dilakukan untuk memindahan teknologi sebenarnya lebih sukar dari sekadar membeli hasil teknologi atau mempamerkan teknologi orang di negara mereka. Proses ini menghadapi berbagai rintangan dan cabaran khasnya yang berkaitan dengan persenjataan canggih dan industri yang bersifat strategik.

PERGOLAKAN SERANTAU

Berbicara mengenai pergolakan serantau yang meliputi berbagai rantau umat Islam seperti rantau Melayu, Arab dan lain-lain; maka kita dapati masalah yang sering mencetuskan sengketa perbalahan dan peperangan di antara negara-negara Islam serantau ialah masalah sempadan, masalah ekonomi, pertentangan politik, trend pemerintahan; di samping percaturan politik antarabangsa. Masalah-masalah ini telah mengorbankan ribuan perajurit dan kelengkapan tentara dengan sia-sia; baik di Asia mahupun di Afrika.
Masalah Sempadan
Masalah sempadan ialah masalah yang menentukan tapak batas yang memisahkan antara negara-negara Islam berkenaan. Masalah ini telah mencetuskan perang antara Iraq dengan Iran, antara Iraq dengan Kuwait, Algeria dengan Maghribi, Libya dengan Mesir serta Pakistan dengan Bangladesh.

Beberapa masalah pernah muncul misalnya dua buah pulau negara Iran dipertelagahkan oleh beberapa buah negara Arab di Teluk Parsi, kawasan di Utara Sudan menuntut kemerdekaan dan mahu menubuhkan kerajaan sendiri, Pulau Sipadan dan Ligitan masih menjadi masalah persempadanan antara Malaysia dengan Indonesia termasuklah isu Lahad Datu di Sabah yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Sulu.

Begitulah juga jika kita melihat dalam jangkauan yang lebih luas, kita menyaksikan pertembungan antara Azerbaijan dengan Armenia dalam kes Nogorno-Karakhbah adalah kerana masalah sempadan. Demikian juga kes Bosnia-Herzegovina yang menyayat hati satu ketika dahulu, dan kes-kes yang lain.
Masalah Ekonomi
Negara-negara Islam ditadbir oleh berbagai corak sistem pemerintahan. Ada yang mengamalkan sistem Kapitalism, Sosialisme, Pragmatisme, Liberalisme, Ekonomi terpimpin dan sebagainya. Manakala masalah yang mereka hadapi berkisar sekitar falsafah ekonomi yang membentuk tuju-hala negara, sistem ekonomi, hutang luar negeri yang semakin mencekik, kemiskinan, ketiadaan modal, ketiadaan pakatan ekonomi serantau yang kuat dan mantap, ketiadaan keselarasan bidang pengeluaran antara sesama negara Islam dan sebagainya.
Masalah Pertentangan Trend Pemerintahan
Dalam konteks serantau berlaku pergeseran antara pemerintah negara-negara umat Islam, lantaran kelainan ideologi yang diikuti oleh sesuatu pemerintahan satu sama lain. Dengan demokrasi terpimpin dan NASAKOM (Nasionalis-Agama-Komunis) umpamanya, Soekarno pernah mengkritik keras Malaysia melalui politik konfrantasinya, Iraq sejak zaman Saddam Hussain sehingga kini bersikap dingin dengan Syria walaupun sama-sama Ba’thisme, Turki mencurigai Iran, Pakistan pernah bertembung dengan Bangladesh, Iraq berperang dengan Iran, selepas itu berperang pula dengan Kuwait dan Pakatan tentara PBB. Yang untung terus ialah Israel. Ia dapat meluaskan daerah kekuasaannya di bawah perlindungan kuasa Barat.
Percaturan Politik Antarabangsa
Dunia Islam memang bekas tanah jajahan kuasa Imprealis. Kuasa-kuasa mustakbirin ini telah banyak menangani rantau ini dengan rakus. Kuasa penjajah telah melukiskan peta dan sempadan negara-negara umat Islam. Kurdistan yang berpenduduk sekitar 25 juta orang dilenyapkan dalam pelbagai negara di rantau berkenaan agar nantinya menjadi 'bom jangka’ yang menghakis tenaga atau meledakkan kawasan berkenaan dengan peperangan yang berpanjangan. Sedang mereka tega Israel ditegakkan di tengah-tengah negara Arab.

PERGOLAKAN SEDUNIA

Dalam era pasca perang dingin, era yang disebut sebagai Unipolar atau "Kutub Politik Tunggal", dunia kini diperkenalkan oleh kuasa besar dengan apa yang dipanggil sebagai New World Order; di mana Amerika dan kuncu-kuncunya menganggap mereka adalah pencorak dan penentu nasib dunia masa kini. Meskipun banyak persidangan sedunia yang menghasilkan pelbagai resolusi, piagam dan perisytiharan yang berhasrat membawa kedamaian, pembangunan, kesejahteraan dan sebagainya; namun penduduk dunia terus diancam oleh berbagai kejahatan, kekejaman, pembunuhan beramai-ramai, rogol dan sebagainya.
Tata Dunia Baru (NWO - New World Order) yang Tidak Adil
Apa yang dicanangkan sebagai Tata Dunia Baru yang ingin mendaulatkan undang-undang dan piagam bangsa-bangsa hanya tinggal dakwaan dan lakonan semata-mata. Tata Dunia Baru lebih memihak kepada kepentingan negara kaya dan yang berkuasa besar. Dalam keadaan tertentu lebih memihak kepada golongan Zionis Yahudi daripada Islam dan umat Islam.
Pengaruh Kuasa Besar Dari Sudut Ketenteraan dan Ekonomi
Penglibatan mana-mana kuasa besar dalam krisis di daerah atau negara umat Islam memang tidak semestinya membawa kesan yang baik. Sejarah membuktikan mereka selalu memihak kepada golongan boneka. Mereka cenderung untuk menjayakan tujuan strategik mereka sendiri. Penglibatan tentera Amerika umpamanya di Somalia, NATO di Libya telah banyak mengorbankan kaum wanita dan anak-anak yang tidak berdosa.

Pada tahun 1991 ketika Perang Teluk "Gulf War", Turki membenarkan pasukan tentera Amerika berkubu di kawasan perbatasan Turki dengan Iraq. Walaupun dengan alasan untuk melindungi golongan minoriti Kurdi; namun pasukan yang berjumlah lima ribu orang askar terdiri daripada tentera Amerika, British dan Kanada dengan kelengkapan canggih boleh menggugat Iraq, Iran dan malah Turki sendiri bila-bila masa sahaja.

Begitu juga bagi negara-negara Islam di Asia Tengah dalam lingkungan CIS (Commonwealth of Independent States), maka sebenarnya mereka masih belum benar-benar terlepas dari pengaruh dan belenggu Rusia. Ada berbagai faktor ekonomi yang merantai umat Islam dan negara mereka dengan Rusia. Ada yang berkaitan dengan mata wang, sumber gas atau kuasa. Ada pula yang berkaitan dengan pewaris politik yang memang boneka Rusia seperti di Tajikistan dan lain-lain.

Pendek kata tentera Rusia masih berkuku di negara-negara berkenaan. Kejatuhan Komunisme tidak semestinya menjanjikan kebebasan kepada negara-negara umat Islam di Asia Tengah. Ini kerana kuasa ekonomi dan kewangan Amerika boleh mencairkan Rusia, apatah lagi pemimpin-pemimpin negara Islam yang sekular. Mereka mudah menurut sepak terajang politik Amerika atau kuasa Barat demi untuk mendapat bantuan ekonomi, pinjaman kewangan atau janji pelupusan hutang-piutang dan seribu satu macam janji atau habuan lagi.




Kesan 65 Tahun Malapetaka Palestin




Tanggal 15 Mei lalu adalah ulang tahun ke-65 nakbah atau “malapetaka” yang menimpa Palestin dengan tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948. Persoalan yang sering timbul ialah sejauh mana perubahan demografi (taburan penduduk) di bumi Palestin. Zionis dan negara ‘Israel’ mempunyai dua langkah utama untuk mewujudkan perangkaan penduduk agar Yahudi menjadi warga majoriti mengatasi kaum Arab Palestin.

Langkah pertama, melakukan serangan terhadap pribumi yang berakhir dengan pengusiran warga Arab Palestin dari perkampungan dan tanah air mereka. Pengganas Yahudi dengan sokongan British telah melakukan 44 serangan berdarah terhadap orang-orang Palestin pada tahun 1948. Akibatnya, kira-kira 850,000 warga Palestin dihalau keluar dari kampung halaman mereka hingga tanggal 15 Mei 1948. Para pelarian tersebut berasal dari 531 bandar dan perkampungan di Palestin.

Kira-kira 65 tahun telah berlalu, kini jumlah pelarian Palestin pada awal tahun ini (2013) adalah kira-kira enam juta orang. Sejumlah lima juta orang antaranya berdaftar dalam cacatan UNRWA. Taburan mereka di dalam dan luar bumi Palestin adalah seperti berikut, 41% bermastautin di Jordan, 22% berhijrah ke Gaza, 16% dari dalam Gaza sendiri, 10,5% menempati kem-kem pelarian di Syria dan Lubnan. Selebihnya sejumlah beribu-ribu pelarian Palestin berada di Mesir, Iraq dan lain-lain. Jumlah mereka ini tidak berdaftar dengan UNRWA.

Langkah kedua, Zionis Israel mewujudkan status quo dengan menarik warga Yahudi dari luar negara berimigrasi ke bumi Palestin yang dijajah itu. Usaha ini mampu menarik sekitar 650,000 orang bangsa Yahudi dari berbagai penjuru dunia sebagai merealisasikan objektif penubuhan negara ‘Israel’ pada tahun 1948 setelah Zionis melakukan penghapusan etnik secara terancang.

Perang etnik yang dilancarkan oleh Zionis di bumi Palestin bermula dari 30 November 1947 sehingga Majlis Keselamatan PBB mengakhiri mandat pemerintahan British di Palestin pada 15 Mei 1948. Ketika itu, bangsa Yahudi hanya menguasai kira-kira 5.8% wilayah Palestin. Setelah itu penaklukan terhadap wilayah kaum Arab Palestin dilakukan secara berperingkat-peringkat menerusi peperangan tahun 1948, 1956,1967,1978, 1982 dan 2002.

Tahun 1948, berlaku pengambilan wilayah Galilee, Auja dan luar bandar Jerusalem di mana kawasan ini adalah milik negara Palestin menurut Resolusi PBB 181. Ketika British menjajah Palestin tahun 1917, jumlah Yahudi hanya sekitar 50,000 dan ketika British melepaskan mandat kepada Israel, jumlah pendatang Yahudi bertambah 10 kali ganda hingga mencapai setengah juta orang.

Bangsa Yahudi membeli senjata dan kelengkapan perang dari tentera British berupa 24 buah pesawat bernilai lima juta pound (Mesir). Ini menjadi fasa pertama peperangan di Palestin pada tahun 1948. Warga Arab Palestin mula menyusun tindakan mempertahankan diri. Mereka cuba mengatasi kekuatan ketenteraan Zionis dengan berusaha mendapatkan bekalan senjata dan latihan dari Damsyik, Beirut dan Kaherah.

Pada awal tahun 1948, tatkala British masih berkuasa di Palestin, bangsa Yahudi sudah menyelinap masuk dalam pemerintahan dan pertahanan. Antara yang dapat dikenal pasti berada dalam ketenteraan ialah pasukan pelampau Hagana Yahudi berjumlah 35,000, di samping 10,000 pasukan unit komando Palmach serta kumpulan Aragon dan Sterin.

Manakala jumlah pasukan tentera revolusi Palestin hanyalah berjumlah 2,500 orang dan 4,000 sukarelawan Arab Palestin yang dikenali sebagai Jaysh al-Inqaz (tentera Penyelamat) yang masuk ke Palestin secara berperingkat. Ini bermakna, tentera Arab Palestin hanya berbekalkan senjata ringan dan sederhana dalam menghadapi tentera Zionis Yahudi yang memiliki senjata berat di darat atau udara. Pada ketika itu nisbah tentera Palestin ialah 1 orang berhadapan dengan enam orang tentera Yahudi.

Pada awal tahun 1948 berlaku beberapa kes letupan yang didalangi oleh pengganas Yahudi Hagana di Yafa, Haifa dan mengorbankan warga Palestin. Tujuannya adalah untuk mengusir penduduk asal Palestin dari tempat tinggal mereka. Kumpulan pengganas Hagana dan Palmach kemudian menghalau warga Palestin keluar secara beramai-ramai.

Ketika itu, Yitzhak Rabin adalah komandan pasukan Palmach yang mengetuai gerakan pengusiran warga Palestin dari perkampungan Qisriah di Haifa tengah dan menghancurkannya. David Ben Gurion juga pernah menegaskan agar setiap serangan yang dilancarkan oleh Zionis mesti bertujuan untuk menghancurkan kediaman orang Palestin dan mengusir penghuninya.

Setelah itu Zionis terus mengundang bangsa Yahudi dari seluruh pelosok dunia datang ke Palestin. Usaha ini tidak pernah berhenti. Hingga tahun 2013 ini, jumlah pendatang Yahudi ke Palestin sudah mencapai angka 6,042,000 orang. Sejumlah 40% dari mereka adalah Yahudi Barat Ashkenazi, 36% Yahudi Timur Sephardic, sementara Yahudi Sabira yang dilahirkan di Palestin adalah sebanyak 24% daripada jumlah keseluruhan.

Pengganas Zionis pada tahun 1948 telah menghalau sebanyak 850,000 etnik Palestin yang mana mereka adalah terdiri daripada 61% daripada keseluruhan warga Palestin yang mencecah 1.4 juta penduduk. Mereka akhirnya menjadi pelarian dan jumlah mereka kini di tahun 2013 menjadi kira-kira enam juta orang. Manakala pada tahun 1967, Israel melakukan pengusiran sekali lagi terhadap 460,000 warga Palestin setelah mereka menjajah Tebing Barat dan Gaza. Jumlah itu kini bertambah menjadi 1.4 juta.

Sementara itu masih terdapat 151,000 warga Arab Palestin saat itu yang masih bertahan di wilayah Palestin yang dijajah Israel. Pada tahun 2013, jumlah mereka bertambah menjadi 1.6 juta orang. Mereka kini berstatus sebagai pemastautin di ‘negara orang’ iaitu Israel. Mereka merupakan kelompok minoriti iaitu 20% daripada keseluruhan penduduk Israel. Pemastautin Palestin ini hanya memiliki 2% tanah saja daripada wilayah yang dikuasai Israel.

Namun demikian, keseluruhan jumlah warga Palestin sama ada di dalam wilayah Israel atau di luarnya mencecah 11.6 juta orang sehingga awal tahun 2013. Sejumlah kira-kira 6 juta warga Palestin berada di Tebing Barat, Gaza dan wilayah jajahan.

Kini, setelah 65 tahun. tertegaknya negara haram ‘Israel’ (1948-2013), projek demografi Israel ini masih belum mencapai matlamat kerana jumlah penduduk Yahudi yang kira-kira 6 juta itu masih seimbang dengan penduduk Arab Palestin. Oleh itu, ‘Israel’ masih membina penempatan penduduk secara drastik terutamanya di ibu negara Jerusalem (Baitulmaqdis) bermula pada tahun lalu.

Politik Mesir Belum Reda

Politik Mesir sangat rumit. Banyak perubahan positif yang telah diusahakan oleh Presiden Dr Mohamed Morsi, namun badan kehakimannya masih dikelilingi para hakim yang pro-rejim Hosni Mubarak. Rakyat kebanyakannya juga masih belum dapat menerima pentadbiran Morsi yang dibayangi gerakan Ikhwan Muslimin.

Ketika Undang-Undang Kehakiman Mesir hampir dibentangkan dan bakal dibahaskan oleh anggota Dewan Senat Mesir, tidak semena-mena dewan itu telah dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi. Ini kerana, buat sementara waktu Dewan Senat mengambil alih kuasa perundangan Dewan Rakyat yang terlebih awal dibubarkan sebelum ini. Peraturan ini bakal meletakkan institusi kehakiman lebih telus dan bebas dari penyelewengan.

Antaranya berkaitan umur persaraan hakim. Pada zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat umur persaraan hakim adalah 60 tahun. Tetapi pada zaman Mubarak umur persaraan dilanjutkan menjadi 70 tahun. Hal ini menjadi sebahagiarf faktor utama meningkatnya pengangguran bagi para pelajar lepasan jurusan undang-undang.

Pada era Mubarak juga seorang hakim boleh melantik 40 orang daripada kaum kerabat mereka walaupun terdapat di kalangan mereka yang tiada kelayakan akademik. Jika undang-undang ini diluluskan maka hakim yang korup berada dalam bahaya. Jadi Dewan Senat mesti dibubarkan oleh Mahkamah Tinggi yang korup juga. Tindak tanduk Mahkamah Tinggi Perlembagaan yang membubarkan Dewan Senat Mesir telah pun dijangka.

Sangat menghairankan apabila dua badan penggubal perundangan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Senat tidak wujud dalam satu masa. Begitu juga isu perlembagaan negara yang makin menimbulkan kekeliruan kepada rakyat yarig keluar menyatakan persetujuan mereka dalam referendum tahun lalu. Dalam masa yang sama terdapat puja kelompok di kalangan rakyat Mesir sibuk untuk menuntut mengadakan pilihan raya Presiden lebih awal melalui kempen kumpul tanda tangan sedangkan keutamaan perlu diberikan untuk mengisi kekosongan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Kempen mengumpul tanda tangan ini telah dimulakan oleh sekumpulan aktivis muda berdasarkan apa yang mereka anggap sebagai kegagalan pihak pemerintah dalam mentadbir negara. Mereka memulakan petisyen undi tidak percaya kepada Presiden Mursi dan pentadbirannya. Setakat ini, dikatakan bahawa pihak penganjur telah menerima lebih dua juta tandatangan.

Kempen yang dikenali sebagai “Tamarrud” ini yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu di Dataran Tahrir, tetapi ia telah berkembang dengan pesat sejak kebelakangan ini. Beberapa pihak yang berpengaruh telah mengumumkan bahawa mereka yang menyertai kempen ini. Antara mereka adalah ahli-ahli parti politik, artisan dan aktivis belia. Pengaruh kempen Tamarrud telah meluas dan memadai untuk memburukkan pemerintah Mesir sehingga Presiden Morsi menuntut satu laporan lengkap mengenai kempen tersebut dah bagaimana untuk menanganinya.

Jurucakap kempen Tamarrud, Mahmud Badr berkata, kempen ini dilancarkan selepas Presiden Mursi dilihat seperti tidak berkaliber untuk mentadbir negara itu. Ini kerana rakyat negara itu boleh menilai sendiri keadaan negara ini yang berterusan dilanda krisis ekonomi dan politik.

Konflik politik di negara itu mula tercetus selepas pemerintah Mesir melancarkan dekri presiden pada November tahun lalu dan terus berlarutan sehingga Perlembagaan baru digubal. Sehingga kini, Dr Morsi terus dikritik pihak pembangkang kerana didakwa cuba memperkukuhkan pengaruh Ikhwan Muslimin dalam pentadbiran negara. Lebih buruk lagi, para penentangnya menolak penerapan syariat Islam dalam perlembagaan baru yang akan dibentangkan.

Bagaimanapun, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang mewakilkan Morsi dalam pilihan raya presiden yang lalu telah menolak penganjuran kempen tersebut dan menegaskan rakyat • mesti menghormati keputusan pilihan raya sebelum ini.

Pihak penganjur kempen yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menunggu sehingga pilihan raya 2016 untuk mengubah keadaan. Mereka juga bakal menganjurkan demonstrasi besar-besaran pada 30 Jun ini sebagai tanda simbolik semasa tarikh Presiden Morsi mengambil kuasa daripada junta tentera pada tahun lalu.

Dengan ini, telah jelas bahawa kempen ini merupakan satu bentuk pemberontakan terhadap pemerintah yang sah. Apa yang nyata sekali ialah sokongan rakyat kepada Presiden Morsi adalah lebih besar daripada kelompok penentangnya. Kempen "Tamarrud" ini hanyalah satu lagi episod penentangan pro-sekular dan liberal terhadap pembaharuan yang dibawa oleh Presiden Morsi.

PEMBANGKANG MESIR TOLAK SEMUA DIALOG,PERBINCANGAN DENGAN MURSI, TUNGGU 30 JUN!



Perihal kumpulan pembangkang Mesir bernama "Barisan Penyelamat". Dalam mesyuarat jawatankuasa mereka pada 8 Jun lalu yang berlangsung di Pejabat Parti Wafd, salah sebuah parti sekular komponen Barisan Penyelamat, ada dua keputusan yang dicapai:

1) Menolak sebarang bentuk dialog, perbincangan dan kerjasama sama ada dengan Ikhwan Muslimin atau Presiden Mursi sehingga detik 30 Jun ini iaitu hari yang mereka yakin akan menumbangkan "rejim" Mursi. Ia termasuk jemputan Pejabat Presiden Mesir kepada semua parti politik untuk membincangkan isu "Empangan Nahdha" oleh kerajaan Ethopia.

2) Mengekalkan Amru Musa, Presiden Parti Muktamar (bekas Setiausaha Agung Liga Arab) sebagai penggerak barisan tersebut yang mencetuskan kontreversi apabila terdedah beliau mengadakan perjumpaan rahsia dengan Naib Mursyidul Am Ikhwan, Khairat Shatir. Rakan-rakan komponen Barisan Penyelamat melihat Musa wajar dipecat kerana "khianat". Namun kontreversi itu berakhir apabila Amru Musa meminta maaf dalam mesyuarat tersebut dan dia kekal berada dalam Barisan Penyelamat.

Islam Tidak Diukur Melalui Tingkah Laku Ummah


Di negara-negara Arab khususnya di Timur Tengah yang dihuni bijak pandai agama khasnya ulama-ulama besar, masih menerima-pakai undang-undang dan peraturan manusia yang diistilahkan "man made law", seolah-olah ia wajar dan tidak bercanggah dengan Islam. Persoalannya mengapa di Malaysia timbul suara yang menuntut undang-undang Islam dilaksanakan?

Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan. Jika Islam hendak diukur dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu. Lihatlah pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.

Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar. Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.

Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar.

Perlu kita fahami bahawa negara umat Islam suatu ketika dahulu semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w memerintah Madinah. Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini.

Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka ditubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabi'en yang digelar Khulafa' ur-Raashidin, Daulah Umayyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924.

Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam. Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.

Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang undang ciptaan manusia diterima pakai. Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat.

Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat. Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka.

Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal. Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.

Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mcngembalikan perundangan Islam asal. Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dahulu dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat.

Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikchendaki Allah Taala. Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah mcnerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana.

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya), “Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran.”

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah. Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya. Wallahu a’lam.



Sunday 2 June 2013

Islam Dan Nasionalisme


Kefahaman nasionalisme telah menjadi ideologi perjuangan kebanyakan bangsa dan negara di seluruh dunia. Fahaman ini juga menjadi akidah perjuangan yang dijunjung tinggi, bukan sahaja kerana ia dipergunakan dalam perjuangan kemerdekaan menentang penjajah asing yang zalim, tetapi fahaman nasionalisme ini diteruskan sekalipuan selepas penjajah itu keluar dan negara berkenaan mencapai kemerdekaannya.

Kadangkala fahaman nasionalisme dijadikan teras negara sehingga ada yang terlanjur berlaku zalim pula apabila adanya masyarakat majmuk dalam negara itu atau negara jirannya. Semua ini berlaku walaupun dunia akhir zaman ini berada di puncak kemajuan teknologi, khususnya dalam lapangan perhubungan dan maklumat. Ideologi ini turut diikuti dan dianuti oleh umat Islam di zaman kejatuhan khilafah, sehingga tanahair umat Islam dijajah akibat perpecahan kaum dan bangsa yang menganut Islam.

Apa yang lebih parah lagi ada pula yang terlibat bersama musuh menjatuhkan kepimpinan kerajaan Islam yang tidak sebangsa dengan mereka. Akibatnya bumi Islam dijajah dan dibahagikan di kalangan bangsa dan negara yang menjajah umat Islam. Mereka mencapai kemerdekaan pula dengan semangat kebangsaan masing-masing dan mengisi kemerdekaan dengan semangat yang sama, walaupun dalam masyarakat majmuk.

Berbeza dengan zaman pemerintahan Islam yang mengamalkan konsep terbuka kepada semua bangsa dan penganut semua agama. Sikap keterbukaan pemerintahan Islam ini wujud dengan hasrat supaya mesej Islam dapat disampaikan kepada seluruh manusia tanpa paksaan. Pemerintahan Islam ini juga menerima rakyat bukan Islam berbagai bangsa dalam amalan bermasyarakatnya, yang dengan terbuka mengamalkan cara hidup Islam di semua lapangan, termasuklah juga politik.

Keadaan negara yang mengamalkan konsep sekularisme, lebih mudah mencetuskan pertembungan kalangan masyarakat majmuk dalam negara dunia dan negara umat Islam yang mewarisi ideologi ini sejak dari zaman penjajahan. Hal ini menunjukkan bahawa aliran pemikiran yang memisahkan politik daripada agama gagal mengawal perasaan fanatik kaum dan bangsa, walaupun dalam sebuah negara dan pemerintah yang berkuasa mewujudkan takrif nasionalisme dengan makna yang lebih luas mengikut perbatasan tanahair yang sama menjadi tempat bermukim, berkuasa memerintah, dan berada dalam satu parti yang membuka keahlian berbagai bangsa.

Islam agama fitrah tetap mengakui wujudnya berbagai bangsa, bahasa, budaya dan agama, dalam masa yang sama lahirnya perasaan kecintaan kepada bangsa masing-masing mengikut ketetapan Allah yang mustahil dinafi dan dihapuskan. Namun, Islam mempunyai pendekatan yang mengambil kira segala aspek fitrah manusia dari segi individu, keluarga dan masyarakat dalam satu bangsa, satu negara dan seluruh dunia yang luas bidangnya.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwah dan perjuangannya bersama keluarga Bani Hasyim, Qabilah Quraish dan bangsa Arab, mengikut arahan Allah Taala supaya mengajak keluarga yang hampir terlebih dahulu kepada Islam. Semangat kekeluargaan juga memberi peranan mempertahankan Rasulullah S.A.W termasuk daripada kalangan yang belum menganut Islam.

Adapun sejarah kegemilangan Islam bermula dengan bangsa Arab, dan tamadunnya pula silih berganti di kalangan bangsa yang paling kuat berpegang dengan ajaran Islam. Menunjukkan tidak kekal dengan kepimpinan bangsa Arab sahaja, walaupun bangsa Arab menjadi pilihan Allah dilantik menjadi Rasul akhir zaman. Apabila bangsa Arab lemah pegangannya kepada ajaran Islam, maka kepimpinan Islam beralih kepada bangsa lain yang menganut Islam, berilmu dan berakhlak mulia.

Semua perkara ini perlu dikaji secara mendalam dan menyeluruh dari sumber ajaran Islam dan sejarahnya, di sepanjang zaman kegemilangannya. Kesemua keadaan tersebut menunjukkan bahawa risalah Islam tetap bersifat sejagat tanpa terikat dengan kaum dan bangsa tertentu, kerana ia adalah matlamat Rasul akhir zaman. Dalam masa yang sama bangsa yang paling kuat berpegang dengan Islam diberi peranan yang besar melaksanakan kewajibannya berdakwah dan memerintah negara bersama Islam di sepanjang zaman dengan kesetiaan dan penglibatan umat Islam berbagai bangsa.

Allah Taala berfirman :

“(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepada-Nya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” – Surah Muhammad:38

Maka penjelasan berkenaan nasionalisme yang menjadikan semangat kebangsaan itu satu ideologi perjuangan sangat penting difahami, supaya setiap penganut Islam tidak terjerumus ke dalam fanatik perkauman jahiliyah yang merosakkan tasawur Islam dan tidak menyelamatkan umat dan bangsa dengan Islam.

Allah juga mengurniakan tokoh para ulama yang tersohor dalam ilmu Islam, daripada kalangan dan kepelbagaian bangsa yang menganut Islam, termasuk bukan berbangsa Arab, seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Hanifah, Imam AI Ghazali, Imam Al Haramain dan lain-lain lagi.

Risalah ringkas ini sekadar membuka minda untuk mengembalikan semua pihak kepada landasan hidup vang diredhai Allah, dengan kembali kepada sumber yang terpelihara kebenaran dan kesahihannya, iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W (maksudnya), “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al Quran) dan Sunnah NabiNya S.A.W.”

Kewujudan Bangsa

Firman Allah Taala :

“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang wanita dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan Maha Mengetahui perkara-perkara yang berkait dengan kamu.” – Surah al Hujuraat:13

Allah Taala menegaskan bahawa penciptaan manusia bermula dengan individu Adam dan Hawa, seterusnya menjadi keluarga yang besar, kemudiannya bersuku kaum dan selepasnya berbagai-bagai bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit. Semua kejadian ini mengandungi hikmat yang besar dan tinggi nilainya. Yang terpenting daripada proses ciptaan manusia ialah dalil keTuhanan Allah Yang Maha Agung, tiada bandingan dan tandingan. Firman Allah Taala :

"Dan di antara tanda-tanda ketuhanan Allah, Dia menciptakan langit dan bumi dan menjadikan kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit. Sesungguhnya perkara itu menjadi dalil kepada orang-orang yang berpengetahuan." – Surah ar-Rum:22

Manusia diciptakan dengan fitrah (naluri) yang berbeza dengan makhluk lain, bukan sahaja bersifat ruh dan jasad yang membezakan mereka dengan malaikat, haiwan, tumbuhan pokok dan batu-batuan. Manusia juga diberi peranan di kalangan makhluk Allah, memerlukan mereka hidup bermasyarakat, secara keluarga dalam satu bangsa dan berbagai bangsa dalam dunia yang luas.

Kehidupan bermasyarakat mewajibkan mereka bekerjasama dengan berhubung dan tolong-menolong di antara satu sama lain. Tanpa hubungan kerjasama di antara satu sama lain, maka akan berlakulah kecacatan dalam kehidupan mereka di alam dunia, bahkan tidak mampu berada di atas muka bumi ini, kerana keperluan bagi seseorang manusia pada jasadnya sahaja, seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, tidak mungkin dihasilkan secara individu dan setempat. Maka berlaku pembahagian kerja di kalangan mereka, ada yang bertani, ada yang berindustri, ada yang berniaga, ada yang mentadbir dan mengurus dan seterusnya.

Ibnu Khaldun menegaskan manusia adalah haiwan tamaddun, dengan makna bermasyarakat dan berhimpun, serta memajukan cara hidup yang berakal dan berilmu secara bermasyarakat, sama ada di peringkat masyarakat yang kecil dan besar. Mewajibkan mereka berkenalan dan tolong-menolong di antara satu sama lain.

Para ulama sejarah Islam menegaskan Allah Taala melahirkan bangsa-bangsa daripada zuriat Rasulullah iaitu Nuh A.S. Mereka disebarkan ke seluruh pelusuk dunia mengikut kedudukan geografi di tempat yang berbeza dan menghasilkan kemakmuran bumi di tempat masing-masing dan kerja mengikut kemahiran yang berbeza. Seterusnya mewajibkan campuran hasil bumi dan hasil kerja, kerana mereka tidak hidup sempurna dengan hasil bumi di tempat masing-masing dan hasil kerja masing-masing tanpa campuran dan pertukaran wang.

Bagi menghasilkan sehelai pakaian bagi seorang manusia memerlukan kapas yang ditanam, alat tanaman dan tenunan yang memerlukan logam yang dilombong, di zaman yang lebih maju memerlukan jentera pertanian, kilang dan bahan bakar bagi keperluan jentera untuk pertanian, industri dan perdagangan. Segala sumber yang dirangkumkan ini menghasilkan hanya sehelai pakaian dan ia mewajibkan manusia berbeza kemahiran dan bahan kerjanya, mewajibkan mereka bermasyarakat dan berada di tempat, negeri dan benua yang berbeza.

Begitulah juga keperluan yang lain seperti makanan, tempat tinggal, alat perhubungan dan lain-lain. Semua perkara yang tersebut menunjukkan bahawa manusia bukan sahaja mempunyai naluri individualistik masing-masing, mereka juga hidup dalam kelompok keluarga, masyarakat yang kecil, di kalangan satu bangsa dalam perbatasan negerinya sahaja. Dalam masa yang sama mewajibkan bermasyarakat di peringkat antarabangsa dengan hubungan yang saksama dan berakhlak. 

Maka, Allah Yang Maha Mengetahui berkenaan manusia menetapkan peraturan dan undang-undang yang
lengkap, bagi mengatur cara hidup yang memenuhi sifat dan keperluan manusia, ruh dan jasad, secara individu, keluarga, masyarakat kejiranan dalam kelompok yang kecil dan antarabangsa.

Dari hal ini, terbuktilah dengan nyata kegagalan teori, ideologi dan semua ajaran yang tidak sempurna merangkumi segala aspek kejadian manusia mengikut fitrahnya. Berlakunya kemusnahan jasad dengan berbagai penyakit tanpa moral manusia yang sebenar, berlakunya ancaman keamanan dan keselamatan dalam masyarakat negara dan antarabangsa kerana perundangan ciptaan manusia sendiri yang sarat dengan kelemahannya.

Firman Allah Taala :

“Telah zahir dengan nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia sendiri, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” – Surah ar Rum:41

Hubungan Silaturrahmi

Manusia wajib berkeluarga, maka Islam mewajibkan hubungan silaturrahmi di kalangan keluarga dengan perintah tegas secara wajib daripada Allah Taala dan Rasulullah S.A.W.

“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripada Allah (Dia) menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” – Surah an Nisa’:1

Hal ini menunjukkan bahawa Islam menerima hakikat hubungan keluarga dan memeliharanya secara wajib, supaya perasaan kasih kepada sesama keluarga tidak boleh dirosakkan dan diputuskan dengan sewenang-wenangnya kecuali kepada mana-mana pihak yang memaksa supaya menderhakai Allah dan Rasul-Nya, kerana hubungan yang berlandaskan ajarannya sahaja yang dapat menyelamatkan diri dan keluarga.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah memuliakan tetamunya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah menghubungkan silaturrahmi dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah bercakap yang baik atau diam sahaja.”

Hadis ini mewajibkan hubungan baik dalam kalangan keluarga yang dinamakan hubungan silaturrahmi dan yang lebih luas daripada silaturrahmi kepada meraikan tetamu dan memelihara percakapan kerana memelihara hubungan yang baik di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama Islam juga menetapkan sempadan hubungan sehingga tidak melampau batas kebenaran dan keadilan,walaupun dengan ibu bapa yang paling hampir hubungannya dengan seseorang.

Firman Allah Taala :

“Dan jika keduanya (ibu dan bapa) memaksa untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepada Akulah kamu kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” – Surah Luqman:15

Allah memelihara hak dan kewajipan bagi memenuhi kecintaan kepada keluarga, apatah lagi terhadap kaum kerabat yang paling dekat hubungannya seperti ibu bapa. Begitupun Allah juga meletakkan sempadan yang tidak boleh dilampaui sehingga melupai batas hubungan dengan Allah dan kemanusiaan yang sebenar. Maka dilarang mematuhi ibu bapa dalam perkara maksiat atau dosa terhadap Allah dan zalim kepada sesama manusia, dalam masa yang sama tetap berlaku baik terhadap mereka berdua. Islam menegaskan bahawa kesalahan syirik ini ialah punca semua kezaliman, terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Firman Allah Taala :

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar." – Surah Luqman:13

Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidak boleh taat kepada makhluk dalam perkara menderhakai Tuhan.”

Hal ini menunjukkan bahawa hubungan silaturrahmi dan sebagainya tidak boleh mengatasi hubungan dengan Allah dalam perkara agama Islam.

Kecintaan Kepada Bangsa

Sifat kecintaan atau kasih kepada bangsa adalah menjadi sifat manusia, termasuk para Rasul A.S. Al Quran menceritakan ucapan Para Rasul ketika berdakwah kepada kaum masing-masing, mereka menggunakan bahasa yang menunjukkan kecintaan mereka kepada bangsanya dan merasa sedih apabila bangsanya ditimpa bencana kerana menolak seruan Allah dan perintahnya.

Firman Allah Taala :

“Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: Wahai kaum bangsaku! Abadikanlah diri kamu kepada Allah. Tiada lagi Tuhan kamu selain daripadanya.” – Surah al A’raf:65

Allah turut berfirman mengesahkan Nabi Lut A.S :

“Lut berkata; Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada dokongan yang kuat (keluarga yang kuat).” – Surah Hud:80

Berhubung dengan ayat ini Rasulullah S.A.W bersabda, “Rahmat Allah kepada Lut, sebenarnya dia telah berada dalam perlindungan dokongan yang kuat (Allah Taala). Maka Allah tidak melantik Nabi selepasnya, melainkan ada sumber penolong di kalangan kaumnya sendiri.”

Rasulullah S.A.W juga mendapat kawalan daripada keluarganya yang beriman dan yang tidak beriman tetapi bersemangat kekeluargaan, namun tidak berganjak terhadap keluarga yang menentang kerasulannya, seperti ketegasan Nabi Ibrahim A.S berhadapan ayahnya dan Rasulullah S.A.W terhadap bapa saudaranya Abu Lahab yang menentang Islam.

Ada kalangan para sahabat seperti Abu Bakar R.A dan lain-lain mendapat himayah (pembelaan) daripada keluarga yang tidak beriman. Keadaan ini menunjukkan bahawa Islam mengizinkan semangat kekeluargaan dan kebangsaan yang berpihak kepada Islam walaupun daripada kalangan bukan Islam, walaupun pembelaan oleh yang tidak berasaskan Islam tidak ada pahala kepada pendokongnya kerana semangat yang tidak berdasarkan kepada iman.

Rasulullah S.A.W menetapkan garis panduan yang nyata dalam menghadapi sokongan keluarganya yang dikumpulkan oleh Abu Talib. Apabila Abu Talib menyampaikan kepadanya pengaduan pemimpin musyrikin supaya meninggalkan prinsip tauhid yang menolak syirik, dengan tegas Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai bapa saudara kesayanganku! Demi Allah kalau sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan(dakwah) ini, nescaya aku tidak meninggalkannya sehinggalah Allah memenangkannya atau dibinasakan kerananya.”

Akhirnya Abu Talib memberi jaminan pembelaan keluarga kepada Baginda S.A.W sekalipun tidak menganut Islam.

Perpaduan Umat

Islam membahagikan umat manusia kepada dua kumpulan. Pertama, dinamakan umat Islam iaitu yang disebut dalam al Quran sebagai orang-orang yang beriman iaitu penganut Islam, dan kedua umat manusia iaitu seluruh yang bernama manusia. Kedua-dua pembahagian ini mempunyai pendekatan perpaduan mengikut sifat dan cirinya. Ayat al Quran mengandungi dua seruan. Ditujukan kepada orang-orang yang beriman dan ditujukan kepada umat manusia secara menyeluruh.
  • Umat Islam
Umat Islam ialah kalangan yang telah menganut Islam, mereka diikat dengan persaudaraan Islam. Hubungan ini lebih kuat lebih kuat dari hubungan silaturrahmi dalam keluarga dan juga lebih erat daripada hubungan satu bangsa. Rasulullah S.A.W telah menjalinkan hubungan ini di kalangan para sahabatnya daripada kalangan bukan Arab, seperti Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir, Salman al Farisi dan lain-lain, diikat persaudaraan Islam dengan kalangan yang berbangsa Arab, sehingga persaudaraan Islam itu dibandingkan seperti anggota dalam satu jasad.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Bandingan hubungan persaudaraan di kalangan orang-orang yang beriman itu dari segi kasih sayang di kalangan mereka laksana satu jasad, apabila satu anggota mengalami kesakitan menyebabkan seluruh anggota berjaga dan mengalami demam.”

Umat Islam diperintah menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh manusia tanpa paksaan, menjadi contoh yang baik kepada umat yang lain dan menegakkan kebaikan dan keadilan untuk seluruh manusia. Mereka hendaklah mempunyai ciri kelayakan menyampaikan risalah dan melaksanakan kewajipan ini. Di antaranya dinyatakan oleh Allah Taala :

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).” – Surah al Baqarah:143

Umat Islam itu wajib menjadi contoh yang baik kepada umat manusia seluruhnya dengan bersifat luhur dan berlaku adil kerana mereka bertanggungjawab meneruskan kerasulan di zaman tidak ada lagi perlantikan Rasul selepas wafatnya Muhammad S.A.W. Seterusnya Allah Taala berfirman lagi :

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” – Surah ali Imran:110

Ayat ini pula menghuraikan ciri-ciri umat Islam yang sebenar berperanan di kalangan umat manusia ialah melaksanakan kewajipan, menyuruh kepada yang baik, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Melaksanakan kewajipan tersebut sehinggalah ke peringkat menegakkan negara yang berdaulat dan berwibawa seperti yang ditunjuk contohnya oleh Rasulullah S.A.W dan generasi awal, memimpin umat manusia di semua peringkat, negara dan antarabangsa.

Apabila mendirikan negara Islam di Madinah, Rasulullah S.A.W menyatukan umat Islam dari kalangan Muhajirin dan Ansar, Arab dan bukan Arab dengan persaudaraan Islam dengan menghadapi tentangan awal daripada keluarganya yang berbangsa Arab. Setelah itu Baginda S.A.W melebarkan dakwah di peringkat antarabangsa dengan menghantar perutusan kepada raja-raja Arab dan bukan Arab, mengekalkan Raja Habsyah yang menerima Islam, begitu juga Raja Muscat, Oman dan Bahrain, berdamai dengan raja-raja yang adil dan menghadapi tentangan kuasa besar dan kecil yang zalim.
  • Umat Manusia
Al Quran menegaskan bahawa semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama berasal daripada Adam dan Hawa, mereka hidup bermasyarakat secara fitrah (semula jadi), keperluan bermasyarakat menjadikan mereka tidak boleh berpisah dalam kehidupan di dunia. Firman Allah Taala :

“Manusia itu adalah umat yang satu. Maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi berita gembira kepada yang beriman, peringatan kepada yang derhaka dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya, dan Allah selalu memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.” – Surah Baqarah:213

Para ulama tafsir menjelaskan bahawa manusia bermula dengan keluarga dan agama Islam bersama Adam dan Hawa sehingga mencapai tempoh sepuluh abad. Selepas kewafatan Adam A.S berlaku penyelewengan agama dengan berlakunya syirik, lalu Allah mengutuskan Nabi Nuh A.S dan berlakunya bencana taufan yang menenggelamkan pelusuk bumi. Kelahiran bangsa selepasnya mengikut anak-anak Nabi Nuh AS bernama Sam , Ham dan Yafith.

Allah mengutuskan Rasul kepada bangsa, zaman dan tempat yang berasingan. Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W adalah akhir zaman sebelum berlakunya bencana kiamat ketika dunia dikurniakan kemuncak kemajuan ilmu yang mendekatkan hubungan bangsa dan negara, sehingga dunia bermasyarakat dengan mudah melalui alat-alat yang canggih. Maka cukup dengan seorang Rasul dan kitab mukjizat ilmu yang bernama al Quran.

Ditegaskan tujuan kerasulan Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, tidak khusus kepada bangsa Arab dan negerinya sahaja. Firman Allah Taala :

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Wahai Muhammad S.A.W) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” – Surah al Anbiya’: 107

Rahmat Allah di alam dunia ini bukan sahaja tertentu kepada penganut Islam sahaja, bahkan kepada seluruh manusia tanpa mengira agama. Termasuk juga rahmat daripada kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun Islam wajib dianuti oleh seluruh umat manusia, tetapi kita tidak dibenarkan untu memaksa seseorang untuk menganut kepercayaan yang dipegang oleh kita, kerana hikmah kejadian Allah Taala yang mengurniakan akal kepada manusia yang wajib digunakan untuk berfikir, mencari ilmu dan pengalaman.

Maka, penerimaan Islam hendaklah dengan kerelaan hatinya. Adapun keadilan hukum Islam hendaklah diberi kepada seluruh umat manusia. Peranan memimpin umat Islam juga tidak khusus kepada bangsa Arab sahaja, kerana Allah menentukan kepimpinan Islam itu kepada mana-mana bangsa yang menganut Islam, kuat berpegang kepada ajarannya, dan kuat berjuang menegakkannya.

Allah Taala berfirman kepada generasi awal Islam di kalangan bangsa Arab :

“(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian – kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.” – Surah Muhammad:38

Mana-mana bangsa yang menganut lslam yang memimpin negara diharamkan berlaku zalim terhadap bangsa lain tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...