Monday 10 June 2013

PEMBANGKANG MESIR TOLAK SEMUA DIALOG,PERBINCANGAN DENGAN MURSI, TUNGGU 30 JUN!



Perihal kumpulan pembangkang Mesir bernama "Barisan Penyelamat". Dalam mesyuarat jawatankuasa mereka pada 8 Jun lalu yang berlangsung di Pejabat Parti Wafd, salah sebuah parti sekular komponen Barisan Penyelamat, ada dua keputusan yang dicapai:

1) Menolak sebarang bentuk dialog, perbincangan dan kerjasama sama ada dengan Ikhwan Muslimin atau Presiden Mursi sehingga detik 30 Jun ini iaitu hari yang mereka yakin akan menumbangkan "rejim" Mursi. Ia termasuk jemputan Pejabat Presiden Mesir kepada semua parti politik untuk membincangkan isu "Empangan Nahdha" oleh kerajaan Ethopia.

2) Mengekalkan Amru Musa, Presiden Parti Muktamar (bekas Setiausaha Agung Liga Arab) sebagai penggerak barisan tersebut yang mencetuskan kontreversi apabila terdedah beliau mengadakan perjumpaan rahsia dengan Naib Mursyidul Am Ikhwan, Khairat Shatir. Rakan-rakan komponen Barisan Penyelamat melihat Musa wajar dipecat kerana "khianat". Namun kontreversi itu berakhir apabila Amru Musa meminta maaf dalam mesyuarat tersebut dan dia kekal berada dalam Barisan Penyelamat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...