Monday 10 June 2013

ISU EMPANGAN NAHDAH MENYATUKAN HATI RAKYAT BERSAMA MURSI



Penyokong setia yang berdiri teguh di belakang beliau dan rakyat yang ikhlas membantu beliau bukannya sedikit. Sekali mereka berhimpun akan memenuhi jalan raya. Tetapi Mursi tidak mahu rakyatnya setiap hari keluar berkumpul di jalan-jalan raya seperti kumpulan pembangkangnya. Setiap hari ada perkumpulan dan perkampungan dengan mendirikan khemah sama ada di Tahrir atau lain-lain. Namun kecundang dari sudut angka kerana yang menyertai hanya boleh dibilang dengan jari. Mereka diajar untuk berkampung dan berdemonstrasi serta tidak mempedulikan kehidupan dan membangunkan negara. Oleh sebab itu, Mursi dan Ikhwan cuba mengelakkan himpunan kerap diadakan walaupun sebenarnya mereka mampu mengumpulkan penyokong mereka jauh berganda dari kumpulan "Barisan Penyelamat" atau kempen "Tamarrud".

Saya yakin mereka yang akan keluar pada 30 Jun ini tidak ramai sekaligus usaha menumbangkan Mursi akan menemui kegagalan KECUALI melalui taktik kotor seperti komplot bunuh dan sebagainya (seperti didedahkan oleh Dr.Raghib Serjani).

Jika mahupun mereka terpaksa mengupah wang dan makanan. Kerana itu seorang pemimpin aliran Salafi/Wahabi Mesir, Syeikh Yaser Burhami secara sinis mencabar, "Jika kumpulan pembangkang berjaya mengumpulkan jutaan rakyat di Tahrir dan seluruh Mesir pada 30 Jun ini, saya sendiri akan minta Mursi letak jawatan!".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...