Objektif:
Mengajar peserta cara berfikir secara positif dalam setiap ujian yang menimpa diri.
Material:
Air kosong, Lemon, air gula dan Terjemahan Al-Qur’an
Perlaksanaan:
1. Fasilitator menyediakan air lemon dengan campuran air kosong dan perahan dari buah lemon di dalam jug sederhana besar.
2. Fasilitator turut menyediakan air gula dengan campuran air panas dan gula.
3. Fasilitator memulakan aktiviti dengan memberikan air lemon tanpa gula untuk diminum
oleh peserta. Selepas peserta minum, minta respons peserta.
4. Kebanyakan peserta akan menyatakan masamnya air lemon tersebut.
5. Fasilitator meminta peserta menuangkan larutan gula secukup rasa ke dalam air lemon
mereka.
6. Rasa semula air lemon tersebut. ’Sedap tak?’
7. Bincangkan:
a) Air lemon memang masam tetapi apabila ditambah gula ia akan menjadi cukup sedap.
b) Begitulah kita sebagai manusia kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai ujian yang namun jika
kita boleh melihat sisi kebaikan dari ujian tersebut kepada diri kita.
c) Ia akan menjadi seorang yang positif dan menganggap masalah bukan sebagai beban. Tetapi
sebagai sesuatu yang perlu dilakukan sesuatu.
Kesimpulan:
(Al-Baqarah: 216)
No comments:
Post a Comment