Objektif:
Memberi kesedaran kepada peserta kesan daripada sifat bertangguh.
Material:
Botol yang ditebuk dan air
Perlaksanaan:
1. Fasilitator,”Setiap seorang dari anda perlu menulis satu alasan yang biasanya disebut oleh orang yang bertangguh.”
2. Selepas itu, isi botol yang ditebuk dengan paku kecil dengan air dan arahkan peserta menyebut alasan mereka satu persatu selepas anda mengahbiskan ayat, ”Saya perlu menyiapkan latihan yang guru/pensyarah berikan kepada saya tetapi saya rasa ...”
3. Setelah semua pelajar selesai menyebut, mereka diminta memperhatikan air yang
keluar dari botol.
4. Perbincangan:
a. Jika saya kaitkan air yang keluar dari botol sebagai masa yang semakin berkurangan apakah yang anda dapat kaitkan dengan sikap bertangguh?
b. Apakah kesan jangka panjang kepada hidup seseorang yang suka bertangguh?
c. Adakah anda yakin anda akan hidup lama sehingga anda mampu menangguhkan amanah, janji, bertaubat dan sebagainya?
d. Bagaimana hendak membuang sikap bertangguh?
Kesimpulan:
Sikap bertangguh adalah sikap yang akan menyusahkan diri. Kita tidak tahu bilakah kematian kita. Jika kita asyik bertangguh dalam sesuatu amanah dan kematian datang mendapatkan kita, kita akan bermasalah.
No comments:
Post a Comment