Monday, 10 January 2011

Pertanyaan Dari Angkatan Muda...(2)

16.4 Individu Muslim yang Kita Kehendaki

Berbicara tentang memperbaiki diri, kita perlu mengemukakan contoh yang selamat dan sejahtera bagi individu Muslim dan berbagai-bagai jurusan yang menyempurnakan peribadi Muslimnya. Kemudian kita sentuh berbagai-bagai wasilah dan cara yang mungkin yang dapat mengubah realiti yang rendah dan yang sedang berkuasa kepada satu dihuraikan dalam satu atau dua artikel. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut perlulah kita merujuk kepada buku-buku, risalah-risalah, dan majalah-majalah yang telah menghurai dan mengkaji aspek-aspek terseut. Kita memerlukan individu Muslim, pendokong akidah yang sahih dan murni dari sebarang percampuran, pendokong ibadah yang sahih lahir dan batin, yang mempunyai akhlak yang teguh yang diambil dari al-Quran dan Sunnah Rasul s.a.w yang mempunyai pendidikan dan pemikiran yang sesuai dengan pimpinan amal Islami, yang mempunyai tubuh yang kuat dan mampu memikul  berbagai tugas, amal dan jihad. Kita mahukan Muslim yang bermujahadah dengan dirinya dan memerangi nafsunya, yang berguna kepada orang lain, yang menjaga waktunya, yang mampu mengatur segala urusannya dan mampu berusaha dan berdikari.
Inilah sebahagian dari tanda-tanda contoh yang kita kehendaki dan inilah aspek memperbaiki diri yang akan saya sentuh dengan serba ringkas.



16.5 Akidah Islam

Kita mahukan akidah Islam yang sahih menurut akidah salafussoleh, akidah para sahabat Rasulullah s.a.w dan para pengikut mereka yang jauh dari bida'ah dan khurafat karut marut. Akidah yang telah membentuk generasi Muslim yang pertama. Akidah inilah yang menguasai perasaan dan pemikiran dan menguasai setiap urusan hidup mereka, memancarkan kemampuan amal yang sungguh-sungguh di dalam diri mereka. Akidah tauhid yang sejati ini memenuhi hati makhlukNya dengan Nur iman dan dengannya dia berjalan di atas sirat al-mustaqim.


Kita mahu pendokong akidah yang sejahtera sedar bahawa dia adalah sesuatu yang agung di dalam hidup ini, menginsafi bahawa dia mempunyai satu risalah yang penting, bahawa dia hidup dengannya dan hidup kerananya. Dirinya bukanlah barang yang remeh dan terbiar seperti seekor kambing atau persis satu alat, tetapi dia merasai dirinya kuat dan mulia kerana dia bersandar kepada Allah yang Maha Kuat Perkasa. Apabila kita memperkatakan akidah tauhid di sini, bukanlah ilmu tauhid yang membawa pendokongnya hanya berkisar di daerah ilmu kalam dan perdebatan melulu. Semoga Allah memberi berkat kepada pujangga Iqbal tatkala berkata: "Tauhid itu dahulu satu kekuatan di antara manusia. Tetapi sekarang telah menjadi tauhid ilmu kalam". Kita menghendaki pendokong akidah yang sejahtera, yang beriman kepada Allah, malaikat, rasul-rasul Allah, hari Akhirat dan beriman kepada qada dan qadar, baik buruknya dari Allah.
Iman yang teguh dan tidak goncang apabila berhadapan dengan apa jua tekanan dan pengaburan mata yang membawa keraguan. Kita menghendaki akidah salimah yang memberikan kepada pendokongnya hati yang
mukmin yang mencintai Allah s.w.t. sama ada di waktu rahsia dan terang, di waktu marah dan redha dan dalam apa jua keadaan kerana semata-mata berharap kepada rahmat kurnia Allah dan keredhaanNya serta kerana takutkan murka Allah dan azabNya.
Kita inginkan insan akidah yang menimbang segala urusan hidup di sekitarnya dengan timbangan rabbani. Lantaran itu pandangannya kepada dunia dengan segala apa diam kecuali dari akidah Islam dan sesuai dengan syariat Islam, ajaran Islam dan adab-adab Islam.
Kita mahukan manusia akidah yang mengutamakan Allah daripada perkara lain daripadaNya lalu dia menyerahkan segala hartanya, waktunya, pemikirannya, usahanya, jiwanya dan segala yang dimilikinya kepada dakwah Islam. Dia sentiasa bersabar dan berkorban pada jalan Allah kerana mengharap keredhaan Allah.
Kita mahu manusia akidah yang berbangga dengan saudaranya, yang bersungguh-sungguh membawa kebaikan kepada saudaranya dan menolong saudaranya dan mencintai saudaranya, yang memberikan pada saudaranya apa yang paling disukainya bahkan mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya, serta memelihara kehormatan saudaranya. Tidak membiarkan atau mengecewakan saudaranya dan tidak mendedahkannya kepada bahaya. Kita mahukan akidah Islam yang menjadikan pendokongnya merasa bertanggungjawab terhadap Islam, terhadap saudara-saudaranya sendiri. Hatinya tidak akan merasa senang dan tenteram sehinggalah dia melaksanakan tanggungjawabnya dengan seluruh kemampuannya terhadap dakwahnya, dakwah Islam.

16.6 Sumber Akidah Yang Sejahtera

Tidak ada sumber yang paling patut dirujuk, untuk kita minum akidah yang sejahtera kecuali al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a w. Apakah yang baru datang kepada Semenanjung Tanah Arab yang lantas menghapuskan jahiliah dan meninggalkan untuk kita sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk kebaikan manusia? Yang datang itu ialah turunnya wahyu, turunnya al-Quran pada Muhammad s.a.w. lalu baginda mengajarkannya kepada orang ramai. Lalu Rasulullah s.a.w. membentuk diri mereka menjadikan mereka laki-laki akidah yang sebenarnya. Di tangan merekalah tertegaknya daulah Islam, negara Islam yang tulen dan membawa rahmat ke seluruh alam. Uslub al-Quran dalam menjelaskan akidah adalah sebaik-baik cara dan yang paling sempurna yang mengikat akidah dengan hati lalu dia memancarkan mata air iman:

"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara selagi kamu berpegang dengan keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Ku, cara hidupku"

"Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itu Allah menunjukki orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan dan dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizinNya dan menunjukki mereka ke jalan yang lurus". Al-Maidah : 15 -16

Uslub al-Quran dan gaya bahasa al-Quran dalam memuaskan dan memenuhkan hati dengan akidah tauhid, hari kebangkitan dan pembalasan, adalah uslub yang indah dan menakjubkan, mudah dan memudahkan.
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang mengambil pelajaran". Al-Qamar: 17

Sebagaimana juga sunnah Rasulullah s.a.w. yang menerangkan dan menjelaskan kitab Allah, mempunyai segala perkara yang memberi pertolongan pada tiap-tiap orang yang suka menegakkan akidah Islam dalam dirinya dan benarlah Rasulullah s.a.w:

“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kita Allah dan sunnahku, cara hidupku.”



bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...