(AKHLAK)
Objektif:
- Memahami dengan jelas makna akhlak
- Mengetahui kepentingan akhlak dalam kehidupan muslim dan sunnah Rasulullah dalam berakhlak.
- Menyedari Rasulullah adalah sebaik2 role model dalam berakhlak.
Bahan:
- Dapatkan limau (atau seumpama denganya) yang masam.
- Sediakan air sirap yang masin
Perlaksanaan:
- Pelajar diberikan dengan buah dan air di atas utk merasanya.
- Fasi menanyakan pelajar apakah yang mereka rasa dari buah tersebut.
- Setelah mendengar jawapan, Fasi menyakan kepada mereka secara ikhlas adakah mereka suka sekiranya org sengaja memberi barang2 tersebut kepada mereka dan apakah tindakan mereka sekiranya mereka terpaksa mengambilnya.
- Fasi membuat perbincangan dengan anak usrah dengan membawa cerita2 tentang akhlak Rasulullah samada dengan sahabat2 baginda, musuh, keluarga dan orang miskin.
- Bawa anak usrah bercerita dan mengahayati kemuliaan akhlak Rasulullah dan kita mesti mencontohinya kerana ia ditinggalkan sebagai sunnah.
Cth cerita :
1. Rasululah telah diuji oleh seorang perempuan yahudi dengan memberi baginda 3 biji liamau yang sangat masam.
2. Rasulullah mengambilnya tapi tidak seperti kebiasaanya iaitu mengagihkan kepada sahabat2 baginda, Rasulullah makan limau yang masam tersebut tanpa mengajak sahabat2nya dan makan dengan penuh nikmat dan tersenyum. Sementara sahabat2 baginda menanti2 bilakah Rasulullah akan mempelawa mereka makan bersama..
3. Melihat keadaan tersebut yahudi tersebut merasa begitu kagum dan tersenyum melihat akhlak Rasulullah dan mengucapkan terima kasih lalu pergi.
4. Kemudian apabila Rasulullah ditanya, Baginda pun menerangkan bahawa limau uitu masam kepada sahabat2 baginda.
Point Perbincangan:
- Apa yang boleh dikaitkan dengan akhlak dan sunnah Rasulullah sebagai contoh ikutan buat muslim.
- Kedudukan dan kepentingan akhlak sebagai asas dalam kehidupan muslim.
- Ibadah tanpa akhlak adalah tidak sempurna kerana orang yang paling berimana adalah muslim yang paling berakhlak..
Kesimpulan:
- Akhlak yang mulia merupakan asas utama dalam kehidupan muslim manjaga hubungan semasa Khaliq dan hubungan sesame manusia.
No comments:
Post a Comment