Friday, 7 January 2011

Cerita di Sebalik Epal

(AQIDAH)
Objektif:
Memberi kefahaman tentang tauhid rubbubiyah, tauhid uluhiyyah dan asma was sifat.

Bahan:
Epal yang manis.

Perlaksanaan:
1.             Naqib di minta mengagihkan epal kepada setiap peserta sama ada sebiji seorang atau potongan dari epal.
2.            Minta pelajar makan epal tersebut dan beri komen tentang epal tersebut.
3.            Selepas itu, tanya kepada pelajar bagaimana mereka boleh mengaitkan epal tadi bagi menunjukkan ketiga-toga tauhid tersebut.
4.            Pelajar diberi masa 10 minit unutk berbincang.
5.            Minta pelajar bentangkan hasil perbincangan mereka.

Point Perbincangan:
1.             Tauhid Rububiyah       -        Allah Maha Pencipta..Allah yang mencipta epal
                                                     yang kita makan.
2.            Tauhid Uluhiyah          -        Kita bersyukur hanya kepada Allah yang
                                                     menjadikan epal ini.
3.            Tauhid Asma’ Was sifat        Allah Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Allah
Maha Pemurah menciptakan epal yang cukup sedap untuk menjadi rezeki kita.

Kesimpulan:
Tauhid adalah asas keimanan kita kepada Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...