Sunday 27 February 2011

SANGKA RAMAI, RUPANYA SEDIKIT



Kisah Raja dan Susu

Saya ada satu kisah yang kita sama-sama boleh mengambilnya sebagai pengiktibaran kita dalam memacu kehidupan seharian, lebih-lebih kita selaku golongan agamawan, bahkan mereka yang menggerakkan Islam, pendokong Islam.

Kisahnya bermula dengan suatu rasa keinginan yang melampau batas di mana satu hari raja itu ingin sangat hari esoknya bersiram (mandi) dengan air susu. Lalu baginda memerintahkan perdana menterinya mengkhabarkan titah tersebut kepada rakyat jelatanya agar setiap keluarga menuangkan segeluk susu ke dalam kolam baginda pada malam hari. Selesai titah tersebut disampaikan kepada rakyat jelatanya, maka berbisik-bisiklah di kalangan rakyat jelata tersebut terhadap permintaan raja mereka itu.
Pada malam penuangan susu tersebut ke dalam kolam raja tersebut, dalam suasana yang gelap, sebelumnya, terdapat sebuah keluarga yang telah merancang yang diketuai oleh ketua keluarga tersebut (ayah), supaya memerintahkan kepada anaknya agar mengambil segeluk cecair air menggantikan susu untuk dituangkan ke dalam kolam raja tersebut. Pada pandangan keluarga tersebut, segeluk air tidak akan dapat mengubah warna susu yang dituangkan oleh orang lain, hanya kita sahaja.

Maka, pada malam itu, berduyung-duyunglah rakyat jelata menuangkan segeluk susu setiap keluarga termasuklah keluarga tadi menuangkan segeluk air yang berpendirian tiada orang yang tahu dan perasan. Disebabkan malam yang gelap gelita.


Kemudian, pada keesokan harinya, apabila raja tersebut ingin mandi, terkejut raja melihat keadaan air yang berada di dalam kolam tersebut. Airnya kelihatan jernih, bukan air susu. Kemurkaan jelas terpancar di wajah raja tersebut. Rupa-rupanya bukan sebuah keluarga sahaja yang berfikiran semacam keluarga yang menuangkan segeluk air pada malam tadi, bahkan semua keluarga berfikiran sama dan tepat. Yang akhirnya menyebabkan rakyat jelata mendapat hukuman yang sewajarnya.


Beginilah keadaan yang berlaku pada hari ini. Satu program nak diadakan. Sampai masanya, masing-masing merasakan bahawa, aku tak perlu hadir program tersebut, kerana sudah ramai yang hadir. Ikutan sebelum ini telah diberi penerangan, penjelasan, kata-kata semangat, jadi pasti ramai yang datang dalam program tersebut. Akhirnya, program yang sepatutnya bilangan kehadiran seramai 30 orang, yang hadir tak sampai pun 5 orang.

Rupa-rupanya, bukan dia sahaja yang berpandangan demikian, bahkan semua orang lain berpandangan sama. Akhirnya program tersebut terpaksa ditangguhkan kepada hari yang lain. Hilangnya kehebatan ketika itu. Lemahnya pentadbiran pada masa itu. Kurang berkesannya tarbiyyah yang telah lama diserapkan.

Kejadian, bukan setakat berlaku dalam satu program sahaja, bahkan kebanyakkan program. Allah...Betapa kurangnya rasa sensitiviti di kalangan kita terhadap kerja-kerja Islam. Masing-masing mengharapkan orang lain untuk menjayakannya. Jadi, kita buat apa? Kita sumbang ke mana?

Sesungguhnya masih ada masa untuk kita sama-sama membetulkan keadaaan, untuk pulihkan keadaan ini. Allah taala tidak bertanya, kita menang atau kalah, yang ditanya apa sumbangan dan peranan kita untuk menjayakan agama-Nya (Islam)? Sesungguhnya kita tak layak untuk menyumbang, yang selayaknya untuk kita adalah membuat pengorbanan untuk Islam yang semaksima mungkin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...