Beberapa kali dalam sebuah renungan 'admin' menasihati diri sendiri dengan kalimat ini; ali, embun itu datang bukan untuk membasahi, tetapi untuk menyejukkan. Nasihat ini muncul setiap kali 'admin' terjebak dalam ruang peristiwa yang begitu jauh perbezaan antara harapan dan kenyataan. Atau ketika memori-memori masa lalu muncul meminta kembali untuk dinikmati dengan kata-kata "andaikan", "kalau saja", "seandainya" atau apapun yang membuat kita berimaginasi pada kenyataan-kenyataan lain yang mungkin kita harapkan seharusnya terjadi. Kenyataan yang sepatutnya tak jauh dari harapan.
Dengan nasihat tadi, 'admin' ingin kembali membawa kesedaran untuk menyelami peristiwa yang ada di depan mata, kerana boleh jadi peristiwa itu sejatinya memiliki makna yang tak berbeza dengan harapan meskipun penampakannya jauh dari harapan. Tetapi 'admin' juga mahfum jika nasihat renungan tadi dapat dianggap sebagai dalih dari ketidakmampuan mendapatkan kenyataan sesuai dengan harapan. Namun bukankah mampu, tidak mampu, tidak melulu bergantung pada upaya 'admin', kerana ketika 'admin' meyakini ada kekuatan "prima kausa" yang selalu menyelimuti hidup manusia, maka sesungguhnya ada senario-senario hidup yang sudah ditetapkan dan akan berjalan.
Maafkan jika tulisan ini seperti tidak jelas pangkalnya dari mana dan hujungnya mahu kemana. 'Admin' hanya ingin menulis saja apa yang ada dibenak. Mungkin akhir-akhir ini, diri 'admin' tengah dihadapkan oleh kejadian-kejadian yang mengaduk-aduk logika dan rasa. dan hampir kesemua kejadian itu hakikatnya hanyalah "pertempuran" antara harapan dan kenyataan. Kadang kenyataan sama dengan harapan, atau satu kali kenyataan lebih besar dari harapan, tetapi seringkali kenyataan lebih kecil dari harapan.
Nasihat renungan tadi mungkin ingin mengingatkan bahawa kenyataan boleh jadi penampakannya lebih kecil dari harapan, tetapi boleh jadi ia sama dengan harapan atau bahkan lebih besar dari yang diharapkan, yaitu ketika kita memandang dari perspektif yang berbeza, dari perspektif yang tidak sama dengan perspektif ketika pertama kali kita menetapkan harapan. wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment