Menyedarkan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk melakukan usaha dakwah.
Material:
Lilin dan mancis
Perlaksanaan:
1. Fasilitator menyalakan sebatang lilin dengan mancis. Pastikan di kawasan lilin dinyalakan tiada bahan yang mudah terbakar.
2. Fasilitator mencabar sesiapa yang berani untuk meletakkan tangan di atas api lilin tersebut.
3. Fasilitator bertanya ”Kenapa tiada siapa pun yang berani meletakkan tangan di atas api lilin tersebut?” Kerana mereka tahu api itu akan membakar mereka, mereka akan melecur dan ia akan amat menyakitkan.
5. Minta peserta kaitkan aktiviti yang mereka lakukan sebentar tadi dengan tuntutan dakwah.
6. Perbincangan:
a. Api : kelihatan sungguh cantik diibaratkan kesenangan dunia yang menyeronokkan tetapi
membinasakan. Seperti judi, minum arak, berzina dan pelbagai lagi maksiat menyeronokkan
tapi membinasakan.
b. Budak kecil : umpama seorang yang jahil yang jauh dari pengetahuan tentang Allah. Dan atas
kejahilannya di berbuat sesuatu yang padanya nampak cukup cantik tetapi sebenarnya akan
membinasakan dirinya.
c. Kita : bertanggungjawab untuk berusaha dengan bersungguh untuk menarik mereka jauh dari
kebinasaan. Dengan nasihat, dakwah dan pelabagai lagi cara yang memberi kesedaran supaya
tidak jatuh dalam kebinasaan kerana kejahilan mereka.
Kesimpulan:
Kita sebagai pendakwah perlu menarik manusia dari terjun ke arah jalan yang membinasakan.
Muslim 24 jam
Objektif:
Menimbulkan kesedaran betapa penting muslim memanfaatkan masa dalam kehidupan seharian.
Material:
Kertas A4 dan pen
Perlaksanaan:
1. Para peserta diagihkan pen dan kertas dan mereka dan diminta mencatat bagaimana mereka menggunakan masa 24 jam dalam hidup mereka. Beri peserta selama 20 minit untuk menyiapkannya.
2. Setelah peserta selesai minta setiap peserta membentangkan pengurusan masa mereka.
3. Bincangkan:
a. Bagaimana kita hendak merancang masa yang berkualiti dengan menggunakan sebaik-baiknya
sebagai seorang muslim.
b. Bagaimana kita hendak menjadikan masa beribadah lebih banyak dari yang pernah kita lakukan
sebelum-sebelum ini.b. Bagaimana kita hendak menjadikan masa beribadah lebih banyak dari yang pernah kita lakukan
Kesimpulan:
Dalam kehidupan seseorang muslim, ia perlu memanfaatkan walaupun setiap minit dari masanya
kerana masa adalah amanah yang perlu dipergunakan dengan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment