Imam Hassan Al-Banna berkata : " Kajilah kembali sejarah semua pertubuhan dan bangsa-bangsa, kamu akan mendapati bahawa asas kejayaan, kebangkitan dan pembangunannya ialah dengan adanya manhaj yang tertentu dan dengan adanya satu kumpulan manusia yang berusaha di dalam batas-batas manhaj itu. Mereka ini tidak jemu-jemu berusaha terus-menerus untuk mencapai tujuan mereka dan tetap taat kepada pimpinan mereka. Demikianlah juga setiap langkah yang yang telah dilakukan oleh da'wah Islam yang pertama di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah menurut tabiat ini. Sesungguhnya Allah telah meletakkan satu manhaj yang khusus untuk Rasulullah saw bersama dengan jemaah muslimin pertama kepadanya. Da'wah secara rahsia di peringkat permulaannya, diikuti secara terang-terangan dan akhirnya tidak jemu-jemu berjihad di jalan-Nya. Kemudian mereka berhijrah ke Madinah, tempat yang mempunyai hati-hati yang subur dan jiwa yang bersedia untuk membela Islam. Di situ, baginda mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansar dn mengukuhkan ikatan tali iman di hati-hati mereka. Akhir sekali, jihad dan perjuangan menentang kebatilan untuk kemenangan Al-Hak".
Wednesday, 5 January 2011
Antara Qiadah dan Jundiyah

Labels:
Perjuangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment