Sunday 20 March 2011

Perancangan Tarbiyyah




 Perancangan adalah perkara penting kerana sesuatu program tarbiyyah hendaklah menepati tujuan-tujuan yang tertentu. Langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam perancangan tarbiyyah ialah:

1.Mengenalpasti keperluan semasa- perlu kepada persiapan ahli yang dilatih dengan kemahiran tertentu.

2.Menentukan matlamat: kenalpasti kelemahan-kelemahan yang timbul dan memberi keutamaan terhadap penyusunan program tarbiyyah.

3.Mengenalpasti tahap kefahaman para peserta- ambil kira kematangan peserta dan memulakan pendedahan daripada peringkat asas, dan meneruskan keperingkat seterusnya jika sudah lengkap.

4.Menentukan kandungan program tarbiyyah- ambil kira matlamat yang ingin dicapai dan tahap kefahaman peserta. Hubungan dalam setiap program harus diperjelaskan agar wujud kaitan yang tersusun diantara satu program dengan program seterusnya.

5.Tentukan kaedah dan pendekatan- kaedah dan pendekatan penyampaian indikasi kepada kejayaan.

6.Melaksanakan program tarbiyyah-
 
(i) memberi maklumat pada tempoh yang munasabah

(ii) agihkan segera tugasan kepada yang terlibat, senarai semakan amat penting dalam sesuatu gerak kerja bagi mengelakkan sesuatu perkara tercicir.

(iii) pastikan penyusunan program bersesuaian, masa, tentatif tidak terlalu padat atau longgar,tempat yang tidak membosankan

7.Penilaian dan pengawalan: 2 asasi penilaian harus dibuat, pertama; penilaian gerakerja semasa dan kedua selepas program. Tujuannya adalah supaya kita dapat menilai sejauh mana pendekatan tersebut memberi kesan kepada keberhasilan program tersebut.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...