Al-Quran diturunkan kepada ummat Islam sebagai mukjizat kebesaran Nabi Muhammad s.a.w. yg penuh dengan pelbagai jenis ilmu dan rahsia yg terkandung di dalamnya yg perlu diterokai. Persoalan yg wujud di sini jika kita benar-benar meneliti isi kandungan dalam Al-Quran,banyak terdapat perkataan atau lafaz sumpah ( qasam ) yg diguna pakai.Semua lafaz qasam ini kepada siapa Allah tujukan dan mengapa?
Lafaz qasam yg terkandung di dalam Al-Quran ini sebenarnya Allah datangkan dengan berbagai bentuk sebagai untuk menegaskan dan meneguhkan kisah-kisah terdahulu dan lain-lain serta segala isi kandungan,kejadian atau amaran yg sudah dijanjikan oleh Allah akan berlaku satu masa akan datang nanti dan ajaran yg terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.Lazimnya lafaz sumpah yg terkandung dalam Al-Quran itu terdiri daripada 2 bentuk :
1 ) lafaz yg diturunkan dalam bentuk kisah-kisah umat terdahulu
Lafaz qasam seperti ini terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri yg Allah datangkan dalam bentuk kisah-kisah umat terdahulu dari kalangan para anbia.Contoh seperti firman Allah :
Demi Allah sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya
( Al-Anbia : 57 )
Dalam contoh yg lain dalam Al-Quran menceritakan tentang kaum kuffar Mekah sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan dan rasul :
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan,nescaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat- umat ( yang lain ).
( Fathir : 42 )
Bentuk lafaz qasam seperti ini memang banyak terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.
2 ) lafaz qasam yg digunakan oleh Allah s.w.t. sendiri
Merupakan satu bentuk sumpah yg Allah s.w.t. sendiri yg melafazkannya.Bentuk lafaz qasam seperti ini terbahagi kepada beberapa jenis :
i. qasam menggunakan isim dhamir ( المضمر )
i. qasam menggunakan isim dhamir ( المضمر )
Iaitu satu bentuk lafaz sumpah yg dibuang dan ia menunjukkan satu bentuk jawapan kepada sumpah tersebut dengan disertakan huruf lam.Contoh dalam firman Allah :
Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.Dan ( juga ) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah,gangguan yang banyak yang menyakitkan hati
( Ali - Imran : 186 )
Melihat kepada ayat di atas,huruf lam itu merupakan huruf Lam qasam iaitu sebagai menjawab kepada sumpah yg dilafazkan.Akan tetapi lafaz qasam itu sudah dibuang atau dihazafkan dan takdir kepada ayat ini ialah : والله لتبلون ولتسمعن sebagai menjawab lafaz sumpah tersebut. Lafaz qasam wallahi ( والله ) dalam ayat dibuangkan.
ii. lafaz qasam secara zahir
ii. lafaz qasam secara zahir
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi dan terperinci tentang lafaz sumpah yg terkandung dalam Al-Quran,perlu kita ketahui dan fahami beberapa perkara terlebih dahulu.Bila menyebut tentang lafaz qasam yg digunakan dalam Al-Quran,kita perlu ketahui tentang beberapa perkataan yg berkaitan dengan qasam ini iaitu : ( القسم ) , ( الحلف ) , ( اليمين ).Ketiga-tiga kalimah ini membawa maksud sumpah tetapi mempunyai perbezaan maksud yg tersendiri dalam bahasa arab.
Kita cuba lihat satu persatu dengan lebih halus :
1 ) القسم
Perkataan yg berasal dari ( قسم ) dan mengandungi makna yg tersendiri iaitu : pembahagian dan pengasingan.Di mana kalimah asal ini mempunyai banyak kata terbitan yg boleh diterbitkan. Antaranya : ( قسم ) iaitu dengan meletakkan tasydid atau syaddah pada huruf Sin yg membawa maksud banyak iaitu pembahagian dan pengasingan yg banyak.Contoh dalam firman Allah :
Dan ( malaikat-malaikat ) yang membagi-bagi urusan
( Az-Zariyat : 4 )
2 ) الحلفPerkataan yg berasal dari ( حلف ) dan juga membawa maksud sumpah,perjanjian.Dalam bahasa arab perkataan ini jika disebut dengan baris yg beza membawa maksud yg berlainan dan berbeza. Jika disebut atau dibaca ( الحِلف )iaitu dengan baris kasrah pada huruf Ha,ia membawa maksud perjanjian di antara sesuatu kaum.Manakala ( الحلف ) yg dibaca dengan baris fathah pada huruf Ha,ia membawa maksud sumpah yg ini yg sedang kita cuba kupaskan dengan lebih terperinci lagi.Contoh dalam firman Allah :
Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina
( Al-Qalam : 10 )
Zamakhsyari mengatakan bahawa perkataan ( ح – ل – ف ) ini tidak pernah digunakan di dalam Al-Quran melainkan hanya untuk penegasan dan pengukuhan dengan sumpah.Di mana Zamakhsyari menegaskan bahawa sumpah dengan nama Allah.Seperti dalam contor bait syair :
3 ) اليمين
Perkataan ini tidak pernah ada di dalam Al-Quran melainkan dalam bentuk isim sahaja iaitu kata nama.Kalimah yg berasal dari ( يمن ) dan terdapat sedikit pertambahan huruf iaitu huruf Ya dan menjadi ( اليمين )atas wazan ( فعيل ).Perkataan ini sebenarnya mempunyai maksud dan makna yg banyak.Antaranya bermaksud : tangan kanan manusia,kekuatan,kemampuan, sumpah.
Kalimah ini terkandung di dalam Al-Quran dan digunakan dalam beberapa sighah iaitu :
i. Dalam bentuk mufrad iaitu tunggal ( يمين ) dalam sighah ( أيمن ) atas wazan أفعل dan keduanya dalam sighah ( ميمنة ) atas wazan مفعلة
i. Dalam bentuk mufrad iaitu tunggal ( يمين ) dalam sighah ( أيمن ) atas wazan أفعل dan keduanya dalam sighah ( ميمنة ) atas wazan مفعلة
ii. Perkataan ( يمين ) ini diulang sebanyak sembilan kali di dalam Al-Quran yg menunjukkan maksud pada tangan yg kanan dan kalimah ini hanya terdapat dalam bentuk mufrad sahaja.Firman Allah :
Lalu dihadapinya berhala-berhala itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya ( dengan kuat)
( As-Saffat : 93 )
Perkataan ini juga mengandungi maksud tangan kanan yg di sandarkan kepada Allah.Firman Allah :
dan langit digulung dengan tangan kananNya
( Az-Zumar : 67 )
Dalam ayat ini yg dimaksudkan dengan tangan kanan Allah itu ialah satu gambaran tentang kebesaran dan kekuasaan Allah pada hari kiamat dan Dialah yg maha berkuasa pada hari kiamat nanti.
iii. Perkataan ( يمين ) diulang sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dalam bentuk lafaz mufrad dan jamak yg membawa maksud arah dari kanan.Dan arah kanan yg dimaksudkan di sini ialah arah yg betul.Firman Allah :
iii. Perkataan ( يمين ) diulang sebanyak 16 kali di dalam Al-Quran dalam bentuk lafaz mufrad dan jamak yg membawa maksud arah dari kanan.Dan arah kanan yg dimaksudkan di sini ialah arah yg betul.Firman Allah :
Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit,condong dari gua mereka ke sebelah kanan
( Al-Kahfi : 7 )
Dan golongan kanan,alangkah bahagianya golongan kanan itu
( Al-Waqia’ah : 27 )
iv. Perkataan ( الميمنة ) yg terdapat di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali membawa maksud martabat kemuliaan dan kebahagiaan
v. Perkataan ( يمين ) ini juga terkandung di dalam Al-Quran yg mengandungi maksud asal sumpah itu.Firman Allah :
Dan ( jika ada ) orang-orang yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka,maka berilah kepada mereka bahagiannya.Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu.
( An-Nisa : 33 )
Begitulah serba sedikit yg perlu kita ketahui dan fahami terlebih dahulu tentang tiga perkataan ini dimana sebenarnya ketiga-tiga kalimah ini memang terkandung di dalam Al-Quran dalam berbagai konteks penggunaan.Kita cuba lebih terperinci lagi berkaitan dengan qasam ini.Jika di lihat di dalam Al-Quran itu sendiri sebenarnya terdapat beberapa bentuk lafaz qasam yg Allah s.w.t. gunakan dalam beberapa tempat.Antaranya :
1 ) Sumpah Allah s.w.t. dengan zat dan sifat Allah
Kita boleh melihat dengan jelas lafaz sumpahan ini dalam firman Allah s.w.t. terhadap golongan munafik :
Maka demi Tuhanmu,mereka ( pada hakikatnya ) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan,kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan,dan mereka menerima dengan sepenuhnya.
( An-Nisa : 65 )
Di sini kita dapat lihat satu bentuk atau satu konteks qasam yg Allah s.w.t. lontarkan kepada golongan munafik yg sudah sememang pada hakikatnya mereka tidak beriman kepada Allah. Dalam ayat ini Allah s.w.t. bersumpah dengan zat dan sifatNya terhadap munafik di mana kaum munafik ini mereka tidak akan beriman kepada Allah sehingga Nabi Muhammad s.a.w. menjadi hakim di kalangan mereka dan menghakimi dalam segala perkara yg benar dan batil.
Dalam konteks situasi yg lain boleh kita lihat :
Demi Tuhanmu,sesungguhnya akan Kami bangkitkan mereka bersama syaitan
( Maryam : 68 )
Dalam ayat ini terang dapat kita lihat bagaimana Allah s.w.t. bersumpah dengan zat dan sifatNya yg maha agung dimana Allah akan bangkitkan dan menghimpunkan semua manusia pada hari kebangkitan iaitu hari kiamat bersama semua syaitan yg mana mereka menyembah selain dari Allah.Contoh lain juga :
Maka aku bersumpah dengan Tuhan Yang memiliki timur dan barat,sesungguhnya Kami benar-benar Maha KuasaUntuk mengganti ( mereka ) dengan kaum yang lebih baik dari mereka,dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan.
( Al-Maa’rij : 40 – 41 )
Melihat kepada ayat ini juga jelas ia adalah satu sumpahan di mana Allah s.w.t. bersumpah sesungguhnya Allah itu yg menciptakan timur dan barat dan Dialah yg memilikinya.Disebalik lafaz qasam Allah ini sebenarnya terkandung satu penafian terhadap hari kiamat.Dimana lafaz sumpah Allah dalam ayat ini sebenarnya menolak dakwaan dan penafian bagi golongan yg menafikan tentang hari kebangkitan iaitu hari kiamat.
2 ) Sumpah Allah s.w.t. terhadap makhlukNya
2 ) Sumpah Allah s.w.t. terhadap makhlukNya
Bentuk qasam seperti ini banyak terkandung di dalam Al-Quran.Jika menyebut tentang lafaz qasam Allah terhadap makhlukNya,kita akan dapat ketahui bahawa bentuk sumpah ini di mana Allah bersumpah kepada makhlukNya terhadap asal usul keimanan iaitu makrifatullah dimana menjadi satu kewajipan terhadap makhlukNya untuk mengetahui dan beriman kepada Allah. Adakalanya di dalam Al-Quran itu Allah bersumpah tentang keesaan Allah iaitu hanya Allah sahaja tuhan yg satu dan esa.Adakalanya Allah bersumpah tentang hari kebangkitan manusia iaitu hari kiamat.Adakalanya Allah bersumpah tentang hal keadaan manusia.Sebagai contoh di sini :
Demi ( rombongan ) yang bershaf-shaf dengan sebenar-benarnya.dan demi ( rombongan ) yang melarang dengan sebenar-benarnya ( dari perbuatan-perbuatan ma'siat ).dan demi ( rombongan ) yang membacakan pelajaran. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar Esa
Disini kita dapat fahami di mana Allah s.w.t. bersumpah tentang Maha Esa Allah dimana tiada tuhan melainkan Allah sahaja.Rombongan yg bersaf-saf yg dimaksudkan dalam ayat ini ialah para malaikat atau makhluk lain seperti burung dan sebagainya.
Dalam contoh yg lain :
Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bagian-bagian Al-Quran.Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui.Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia
( Al-Waqia’ah : 75 -77 )
Allah s.w.t. bersumpah tentang kebenaran Al-Quran itu bahawa Al-Quran yg diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah benar
Dalam contoh lain :
Demi malam apabila menutupi ( cahaya siang ).dan siang apabila terang benderang.dan penciptaan laki-laki dan perempuan.sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza
( Al-Lail : 1 – 4 )
Ini juga adalah satu bentuk lafaz sumpah Allah s.w.t. terhadap makhluk yg menceritakan tentang hal keadaan manusia.Dalam ayat ini menceritakan keadaan manusia di atas muka bumi itu bagaimana.
3 ) Sumpah Nabi Ibrahim a.s.
3 ) Sumpah Nabi Ibrahim a.s.
Demi Allah,sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhalamu sesudah kamu pergi meninggalkannya
( Al-Anbia : 57 )
Nabi Ibrahim a.s. yg digelar sebagai Khalilullah bersumpah dengan nama Allah dimana ungkapan itu bermaksud bahawa Nabi Ibrahim akan menjalankan tipu helahnya untuk menghancurkan berhala-berhala kaumnya selepas mereka meninggalkan tempat-tempat berhala itu.
4 ) Sumpah Nabi Muhammad s.a.w.
Dan mereka menanyakan kepadamu : “ Benarkah ( azab yang dijanjikan ) itu?Katakanlah : “ Ya, demi Tuhanku,sesungguhnya azab itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput ( daripadanya ) ”.
( Yunus : 53 )
Nabi s.a.w. bersumpah dengan nama Allah menegaskan tentang azab yg dijanjikan oleh Allah dan kebenaran janji Allah tersebut terhadap azab dan siksaanNya yg sudah dijanjikan pada hari kiamat nanti.
5 ) Sumpah kaum kafir dengan nama Allah
Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh : "Allah tidak akan akan membangkitkan orang yang mati".( Tidak demikian ),bahkan ( pasti Allah akan membangkitnya ) sebagai suatu janji yang benar dari Allah akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui
( An-Nahl : 38 )
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menceritakan kepada kita bagaimana kaum kafir bersumpah dengan nama Allah dengan sebenar-benar sumpahan dengan keimanan mereka bahawa Allah itu tidak akan membangkitkan manusia yg telah mati.Mereka mendustakan rasul-rasul dengan khabar yg disampaikan oleh para rasul.Padahal hari kebangkitan itu adalah satu kepastian dan janji Allah tetapi mereka tidak ketahui dan tidak ramai manusia yg tahu.
Demikianlah beberapa bentuk lafaz sumpah yg terkandung di dalam Al-Quran mengikut kepada kontesk dan situasi.Kita cuba petik satu bentuk lafaz qasam yg ada di dalam Al-Quran.Dimana dalam Al-Quran terdapat lafaz sumpah yg digunakan atau dilafazkan oleh kaum kafir.Apa yg dapat diperhati disini,lafaz sumpah yg diungkapkan oleh kaum kafir ini adalah lafaz yg diungkap ketika pada hari kiamat dan juga diungkap ketika di dunia.Kita cuba perhatikan kepada firman Allah ini :
Dan ( ingatlah ) hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik : " Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dulu kamu katakan ( sekutu-sekutu ) Kami? ".Kemudian tiadalah fitnah mereka, kecuali mengatakan : " Demi Allah,Tuhan kami,tiadalah kami mempersekutukan Allah.Lihatlah bagaimana mereka telah berdusta kepada diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan
( Al-An’am : 22 – 24 )
Perhatikan dalam ayat ini bagaimana Allah menyebutkan tentang kaum kafir yg mensyirikkan Allah apabila pada hari kiamat nanti.Allah s.w.t. melontarkan persoalan kepada mereka yg menyekutukan Allah dimana kaum kafir ini sudah maklum mereka menyembah berhala.Lalu mereka berkata kepada Allah dengan bersumpah bahawa mereka sebenarnya tidak menyekutukan Allah.Itulah jawapan mereka kepada Allah yg berupa satu pendustaan.
Persoalan yg terkandung dalam ayat ini ialah mempersekutukan Allah atau syirik.Itu yg dilontarkan oleh Allah kepada kaum musyrikin dan dibalas dengan satu jawapan dalam bentuk lafaz sumpahan.
Melihat kepada semua ini,timbul satu tanda tanya.Sebenarnya apa tujuan disebalik lafaz qasam ini yg terkandung di dalam Al-Quran itu?
1 ) Sebagai menegaskan dan mengukuhkan tentang sesuatu khabar berita dan sesuatu perkara.Seperti yg kita kupas sebelum ini lafaz qasam yg terkandung dalam Al-Quran ini memang banyak dan mengikut kepada situasi dan konteks.Secara kesimpulannya boleh dilihat bahawa lafaz qasam yg ada dalam Al-Quran ini mengukuhkan lagi tentang kisah-kisah umat terdahulu,peristiwa pada hari kiamat,amaran dan azab Allah dan lain-lain lagi.Jika kita melihat khususnya dalam biah atau suasana berada di tanah arab,sudah menjadi satu kebiasaan melafazkan sumpah dengan nama Allah kerana maksud yg tersirat disebalik sumpah itu ialah untuk menguatkan lagi kata-kata tersebut dan memastikan kata-kata itu terlaksana.
1 ) Sebagai menegaskan dan mengukuhkan tentang sesuatu khabar berita dan sesuatu perkara.Seperti yg kita kupas sebelum ini lafaz qasam yg terkandung dalam Al-Quran ini memang banyak dan mengikut kepada situasi dan konteks.Secara kesimpulannya boleh dilihat bahawa lafaz qasam yg ada dalam Al-Quran ini mengukuhkan lagi tentang kisah-kisah umat terdahulu,peristiwa pada hari kiamat,amaran dan azab Allah dan lain-lain lagi.Jika kita melihat khususnya dalam biah atau suasana berada di tanah arab,sudah menjadi satu kebiasaan melafazkan sumpah dengan nama Allah kerana maksud yg tersirat disebalik sumpah itu ialah untuk menguatkan lagi kata-kata tersebut dan memastikan kata-kata itu terlaksana.
Akan tetapi ada perbezaan antara sumpah kalam manusia dengan sumpah kalam Allah sendiri. Dimana sumpah dalam kalam manusia ini adakalanya mengandungi unsure keraguan dan was-was jika dibandingkan dengan sumpah Allah dalam Al-Quran itu adalah satu perkara yg pasti dan benar tiada langsung syak keraguan apa-apa.Kita lihat satu contoh bagaimana Allah sendiri bersumpah di dalam Al-Quran :
Aku bersumpah demi hari kiamat. dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali ( dirinya sendiri ).Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan ( kembali ) tulang belulangnya?Bukan demikian,sebenarnya Kami berkuasa menyusun ( kembali ) jari jemarinya dengan sempurna
( Al-Qiamah : 1 – 4 )
2 ) Menetap kebenaran Nabi Muhammad s.a.w..Jika melihat kepada masyarakat arab mereka terlalu yakin dan beriktikad bahawa mereka benar-benar beriman padahal hakikatnya keimanan mereka itu adalah dusta semata-mata yg tidak ada hujah atau bukti bahkan mereka menyekutukan Allah s.w.t. lagi.Kebanyakkan lafaz qasam dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam quran adalah satu perintah dari Allah ke atas baginda untuk membenarkan ajaran yg disampaikan oleh baginda.Kita lihat dalam Al-Quran :
Dan mereka menanyakan kepadamu : " Benarkah ( azab yang dijanjikan ) itu?Katakanlah : " Ya, demi Tuhanku,sesungguhnya azab itu adalah benar dan kamu sekali-kali tidak bisa luput ( daripadanya )"
( Yunus : 53 )
Ketika Nabi s.a.w. ditanyakan tentang kebenaran janji azab Allah.Lalu Allah perintahkan baginda supaya bersumpah membenarkan apa yg sudah dijanjikan oleh Allah s.w.t.
3 ) Melahirkan sesuatu yg diterima akal dalam bentuk yg tidak boleh dirasai oleh pancaindera. Sesuatu perkara yg boleh diterima oleh akal manusia jika digambarkan dalam bentuk pancaindera,akal manusia mampu untuk menerima dan menguasainya.Kita lihat sendiri dalam Al-Quran itu dimana perumpaan wahyu itu dengan waktu dhuha ketika sinaran cahaya pada waktu siang,perumpamaan batil dengan malam dan kemenangan yg benar itu dengan siang menunjukkan bahawa malam itu adalah sesuatu yg samar-samar.Begitulah yg dimaksudkan.
3 ) Melahirkan sesuatu yg diterima akal dalam bentuk yg tidak boleh dirasai oleh pancaindera. Sesuatu perkara yg boleh diterima oleh akal manusia jika digambarkan dalam bentuk pancaindera,akal manusia mampu untuk menerima dan menguasainya.Kita lihat sendiri dalam Al-Quran itu dimana perumpaan wahyu itu dengan waktu dhuha ketika sinaran cahaya pada waktu siang,perumpamaan batil dengan malam dan kemenangan yg benar itu dengan siang menunjukkan bahawa malam itu adalah sesuatu yg samar-samar.Begitulah yg dimaksudkan.
4 ) Memalingkan pandangan manusia dan makhluk-makhluk kepada kejadian-kejadian yg muncul kerana itu sebenarnya mampu memberikan kesan kepada manusia.Melihat kepada Al-Quran wujudnya di dalam satu lafaz qasam di mana Allah menyebut :
Demi bukit
( At-Thur )
Allah s.w.t. melafazkan sumpah itu pada satu tempat pada satu kejadian iaitu Thur.Dan yg dimaksudkan Thur dalam ayat ini ialah bukit.Sumpah di sini menunjukkan kepada kita bahawa tempat itu adalah bukit dan terdapat pokok-pokok seperti mana kisah Nabi Musa a.s. berkata-kata dengan Allah s.w.t.
Begitulah yg boleh sikit sebanyak kita kupas.Sebenarnya sumpah atau qasam ini juga adalah salah satu dari kesenian balaghah Al-Quran yg perlu kita tahu dan fahami.Sesungguhnya sumpah yg dilafazkan oleh Allah dan juga para rasul dan anbia itu bukanlah satu rekaan atau sekadar ungkapan mainan tapi adalah satu kepastian dan janji-janji Allah terhadap makhlukNya.Wallahu a’lam…
No comments:
Post a Comment