Wednesday 23 February 2011

JIHAD ISLAMI :
PRINSIP PEMULIHAN IZZAH UMMAH.

Realiti ummah dapat dilihat secara jelas bagaimana mereka sedang dibuli dan didera oleh musuh – musuh Islam samada di peringkat internasional mahupun nasional.

Mereka dipaksa menjalani kehidupan dalam satu system yang sangat asing dari Manhaj Islamiyyah , malah lebih malang apabila minda mereka diracuni dengan pelbagai ideology ciptaan manusia sehingga ianya dianut dan ditaati mengatasi agama mereka sendiri.

Seluruh anggota ummah ini kaku dan lesu dibius oleh musuh – musuh Islam sehingga hilang kepekaan dan keaktifan bertindak biarpun sedang berhadapan dengan gejala riddah yang sangat mencabar maruah ummah.

Agama diperkosa , nilai akhlak Islami dibelasah secukupnya dan maruah dinodai tanpa simpati . Segalanya berlaku di hadapan mata ummat Islam dewasa kini , tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka , mereka bagaikan dipasung .

Paling menyedihkan , terdapat sebahagian ummat Islam yang menjadi tali barut musuh dan agent yang menikam Islam dari belakang. Jumlah mereka tidak sedikit bahkan hampir sahaja mereka menguasai keadaan .

Fenomena ini adalah implikasi mudah dari sikap ummah yang meninggalkan Jihad Islami sejak sekian lama .

Akibat Meninggalkan Jihad .

Dari Abi Bakr rha. telah berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
[1]

مَا تَرَكَ قَوْمٌ الجِهَادَ إِلاَّ عَمَّهُمُ اللهُ بِالْعَذَابِ .

Tidaklah sesuatu kaum yang meninggalkan jihad melainkan Allah menimpakan azab ( kehinaan ) ke atas mereka seluruhnya.

( Riwayat at Tabarani di dalam al – Awsat )

Firman Allah swt :

Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

( Surah at taubah : Ayat 38 – 39 )

Dari Abi Hurairah Rha. bahawa Rasulullah saw. bersabda :
[2]

مَنْ مَاتَ وَ لَمْ يَغْزُ وَ لَمْ يَحْدَثْ بِهِ نَفْسه مَاتَ عَلىَ شُعْبَةٍ مِنَ النِّفَاقِ .

Sesiapa yang mati sedang ia tidak pernah berperang ( berjuang ) dan tidak pernah bercita – cita untuk berjuang , mati ia adalah di atas satu cabang dari cabang Nifaq ( munafiq ) .

( Riwayat : Imam Muslim , Abu Daud dan an – Nasa’I )

Muslimin dan Muslimat sekelian :

Pastinya mereka yang meninggalkan jihad sangat dicela oleh syara’ justeru mereka ini lemah jiwanya dan lumpuh sanubarinya , biarpun musuh sedang membantai mereka. Mereka hanya mampu mengeluh .

Apakah Pengertian Jihad .

Syaikhuna Dr. Said Ramadhan al Buti menegaskan
[3] : Jihad ialah usaha yang bersungguh – sungguh untuk menegakkan kalimah Allah , mendirikan masyarakat Islam dan mendirikan Negara Islam yang sah .

Justeru itu , mereka yang berjihad mempunyai kedudukan yang jauh lebih mulia daripada mereka yang “duduk bersahaja” dan enggan berjihad. Firman Allah swt :

Tidaklah sama keadaan orang-orang Yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang Yang beriman - selain daripada orang-orang Yang ada keuzuran - Dengan orang-orang Yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) Dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang Dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) Dengan kelebihan satu darjat. dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu)

Allah menjanjikan Dengan balasan Yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang Yang berjuang atas orang-orang Yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) Dengan pahala Yang amat besar.

( Surah an – Nisa’ : Ayat 95 )

Kenapa Mesti Jihad .

Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyyah menyebut bahawa : Jihad adalah lebih mulia daripada Haji Sunat , Umrah Sunat , Solat Sunat dan Puasa Sunat . Ini berasaskan Sabda Rasulullah saw :
[4]

رَأْسُ اْلأَمْرِ الإسلامُ وَ عَمُوْدُهُ الصَّلاَةُ وَ ذَرْوَةُ سَناَمِهِ الْجِهَادُ

Asas semua perkara ialah Islam dan tiangnya adalah solat sementara kemuncaknya adalah jihad .

( Riwayat at Tarmizi )

Kemuliaan ummah mesti diperjuangkan , malah ummah mesti dibebaskan dari semua belenggu yang merantai mereka selama ini .

Ummah mesti bangkit berhadapan dengan ancaman Kuffar Musyrikin yang senantiasa mengintai peluang untuk menguasai ummat Islam dan tanahairnya , demikian juga menghalang tipu helah golongan munafiqin yang sering menikam Islam dari belakang .

Kebangkitan ummah itu mestilah dengan ruh Jihad Islami , tidak dengan semangat nasionalis mahu pun mana – mana ideology yang asing dari manhaj an - nabawiyyah .

Termasuklah membebaskan diri dari pengaruh nafsu syahwah dan syaithan iblis yang tidak pernah leka menanti peluang guna menewaskan seorang muslim .

Ibnu Qayyim rhm. Menegaskan Jihad Islami sememangnya dilaksanakan dalam beberapa kategori atau lapangan :
[5]

· Jihad an – Nafs ( Jihad lawan Nafsu )
· Jihad asy – syaithan ( Jihad menentang helah syaithan )
· Jihad al – kuffar ( Jihad menentang kuffar musyrikin )
· Jihad al – Munafiqin ( Jihad menghadapi kelicikan munafiqin )

Yahudi hanya Memahami Bahasa Jihad .

Apatah lagi , kuffar yang yang dihadapi itu adalah Yahudi yang tidak pernah memahami bahasa perdamaian atau gencatan senjata . Jauh sekali untuk memahami erti persahabatan dan setia kawan .

Yahudi adalah musuh tradisi ummat Islam yang sangat tinggi tahap permusuhan dan dendam kesumat mereka terhadap Islam .

Firman Allah swt :

Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.

( Surah al Maaidah : Ayat 82 )

Yahudi hanya mampu dihalau keluar dari Palestin mahupun selatan Lubnan dengan Jihad . Inilah bahasa paling lunak buat mereka.

Jihad memberi Pulangan Lumayan .

Firman Allah swt :

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran;

dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.

( Surah at – Taubah : Ayat 111 )

Ayat di atas menjanjikan syurga dan kemenangan yang agong buat ummat yang berjihad . Demikian juga ayat 10 hingga ayat 12 dari surah as – shof , turut menjanjikan peruntuk lumayan buat mereka yang berjihad .

Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya). (dengan itu)

Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

( Surah as – Shoff : Ayat 10 – 12 )

Ayat ini memperuntukan 4 pulangan lumayan buat mereka yang beriman dan berjihad fi Sabilillah :

Pembebasan dari azab Neraka .
Keampunan dari segala dosa
Jaminan Syurga
Kemenangan Agong .

[1] Majma’ az Zawaai’d . Jilid 5 / Muka surat 284 . dan disebut dalam Targhib wa Tarhib , Jilid 2 / muka surat 217 : hadis ini diriwayatkan oleh at Tabarani dengan sanad Hasan .
[2] Targhib wa Tarhib . Jilid 2 / muka surat 217 . No 2155 .
[3] Dr. Said Ramadhan al Buti di dalam Fiqhus Siirah . Darul Fikri , Beirut 1992 hal. 60
[4] Riwayat Imam at Tarmizi , al - Jami’us Sohih . Cetakan Bab al Halabi Qaherah 1975 . Hal . 12
[5] Sila rujuk Ibnu Qayyim di dalam Zaadul Maa’d fi Hadyil Khairat . Cetakan Muassasatur Risalah . Beirut 1996 . Hal 9 – 10 .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...