Friday, 7 January 2011

Ubat hati untuk yang bersedih


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) 

Buat yang bersedih hati, ini satu bingkisan buat dirimu. Ubati hatimu dengan ayat-ayat cinta dari-Nya agar dirimu kembali bahagia. 



Bersabarlah di atas setiap ujian yang menimpa dirimu kerana kamu adalah insan terpilih antara berjuta makhluk untuk merasai hikmah ujian ini.




[Appreciation]




Ujian itu diturunkan adalah untuk menaikkan darjat ketakwaanmu di sisi Allah, maka bersangka baiklah di atas ujian yang telah Allah kurniakan. Ada manisnya di sebalik pedihmu itu.


[Appreciation]




Dengan adanya kesusahan dan kepedihan dalam kehidupan, kita dengan bijak dapat membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Manusia akan dapat belajar erti syukur. 



Dan ingatlah, bahawa ujian yang kita perolehi ini ternyata amat kecil dengan ujian orang lain. Kita masih mampu tersenyum di sini, tetapi ingatlah ada insan lain yang terpaksa merintih setiap hari untuk hidup, ternyata ujian mereka itu lebih besar daripada ujian yang kita alami saat ini.


Setiap masalah pasti ada hikmahnya.


[Appreciation]




Setiap kesulitan yang dialami, akan membuatkan manusia menyedari betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah, sekaligus menyedari betapa Allah itu Maha berkuasa.


[Appreciation]




Dan ingatlah, bahawa ujian itu tandanya Allah mencintai seseorang itu, dibiarkan hamba-Nya merasai manisnya hikmah ujian itu di penghujungnya walau di awalnya derita yang dirasa. 


[Appreciation]




Menyedari kita hanyalah hamba Allah, kita sememangnya layak diuji. Jangan pernah mengeluh andai kita merasa pedihnya takdir, jangan pernah mencebik andai kita merasa sukarnya hidup. Ya, mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah. =) 




Bersyukurlah andai kita merasai musibah mahupun ujian kerana Allah sangat rindu untuk mendengar rintihan kita kepada-Nya. Manusia itu sendiri sering lupa, maka didatangkan ujian untuk kembali mengingati-Nya.


Salam mujahadah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...